Wednesday, September 19, 2012

Mengidam Meatball IKEA

Salam Alayk.

Ada orang mengidam meatball IKEA la hehe.

Sebenarnya tak boleh kata mengidam sebab tak pernah berkesempatan merasanya even banyak kali dah ke IKEA.

Bila dah sampai sana duk ralit tengok barang2 rumah rasa kalau stop makan pun buang masa. Setiap saat harus digunakan sepenuhnya. Lagi pulak food court IKEA selalu je penuh dan takde space pun nak duduk.
Alhamdulillah katanya sekarang dah disahkanh Halal oleh JAKIM.
Tapi sebelum disahkan Halal dulu pun saya tengok ramai je Melayu Islam makan dengan riang gembira...*musykil*
Speaking of foods...kadang2 sedih je tengok orang Islam tak particular apa yang masuk ke perut mereka.
I am not that good either, but Mencari Yang Halal itu Fardhu. 
F.A.R.D.H.U as in fardhu solat, puasa et cetera.
Fardhu means wajib iaitu jika dibuat mendapat pahala dan ditinggalkan mendapat dosa.

Ada sekali di Cameron Highland, kami hanya berenti di sebuah restoran milik bukan Islam untuk pergi toilet.
Ada juga dijual kek2 dan pastry...nampak sedap semuanya tapi memang tiada pengesahan halal dan tampak jelas meragukan.
Anehnya...ada la satu family Melayu Islam (nampak mereka bertudung....) dengan selamba order dan makan kek2 dan pastry tersebut.
Silap makan....tubuh badan kita jadi bahan bakar api neraka, nauzubillah.

Puas menggoogle resipi Meatball IKEA...akhirnya terlaksanalah jua impian nak buat sendiri.
Tak taulah jadi ke tak sebab tak pernah rasa yang sebenarnya.
Inilah tujuan sebenar membeli MARINA Beef Balls tempoh hari (lihat entry sebelum ini).

Yang penting, sendiri buat...sendiri makan juga hehehe (^_^)

Takde Lyngonberry jam belasah saja Strawberry Jam....sedap menjilat jari je..consider menjadilah tu...:P
Syukran wa ma'assalamah (^_^)

1 comment:

  1. shana....nak jugakn resepi ni...takot nak mkn kat ikea...huhuhu

    ReplyDelete