Assalamulaikum semua.
Harini dah pun menjelangnya 1 Zulkaedah, bererti musim haji pun baru bermula. Baru jam 12 tengahari tadi saya (dengan sedihnya) menghantar My Other Half naik pesawat di KLIA untuk menyelesaikan urusan kontrak dengan tokey2 hotel di sana. Musim haji tahun ni kelam kabut sungguh dan tempiasnya terkena juga pada kami sekeluarga.
Harini saya nak review satu produk feveret yang dah lama sangat nak review tapi asyik tertangguh.
Anda peminat Meatball (or Beef Ball)? Kalau ya, teruskan pembacaan. Kalau Tidak, sila abaikan entry ini.
Saya adalah salah seorang dari berjuta rakyat Malaysia yang sangat menyukai meatballs. Walaupun ramai orang kata yang di IKEA itulah yang paling sedap, but to me yang kita masak sendiri dari hati itulah yang paling sedap. Betul tak?
Selalunya bila encik husband tiada di tanah air barulah saya rajin sangat masak meatballs ni disebabkan encik husband adalah seorang meatball hater..hahaha.
Biasanya kalau saya buat bakso pun, beliau hanya hirup kuah dan meatball semua diserah bulat-bulat kepada saya. Memang betul bulat-bulat sebab beliau langsung takkan menggigitnya langsung. *Oh apakah yang kamu benci sangat dengan bentuk bulat meatballs itu pun tak tau...*
Jadi, since encik husband sudah fly...maka bermulalah sekali lagi era mempelabagaikan menu berasakan meatballs. Yiha.
Setelah mencuba hampir semua jenama meatballs di pasaran, saya dengan ini mengisytiharkan jenama berikut sebagai meatballs paling sedap dalam pasaran, iaituuuuuu:
Gambar pinjam dari SINI that's why termasuk sekali another best seller produk from Marina jugak yang tak kurang lazatnya (^_^) |
Bila dibelek ditelek...ternyata rahsia kesedapan Marina Beef Ball ni ialah disebabkan ia hanya menggunakan lean meat iaitu daging premium tanpa memasukkan sekali lemak2 yang memang sepatutnya dibuang.
Patutlah harganya agak mahal iaitu RM10++ sekotak dan kotaknya tidaklah besar sangat.
Baru2 ni I recommended a close friend untuk guna Marina Beef Balls for her open house and guess what most of her guests memuji2 masakan beliau. Malangnya hari open house tersebut saya tak dapat hadir.
Sebenarnya saya dah lama jatuh hati dengan produk Marina ni disebabkan Nugget Tempura Cheddar Cheesenya yang sangat sedap *pada tekak saya ye...*. Semenjak itu saya tak beli dah nugget jenama lain kecuali apabila jenis ini tiada dalam pasaran.
Feveret saya yang kiri sekali tu: Cheddar Cheese. Biasanya stok wajib bila tiba bulan Ramadhan (^_^) (Gambar ambil dari SINI). Nugget Tempura ni pun kata mereka, hanya menggunakan daging premium dan tidak termasuk lemak. Tapi memang rasanya agak berbeza dari nugget2 lain dalam pasaran di Malaysia ni. Paling best bila menggoreng nampak je cheese meleleh2 keluar dari celah2 nugget...tak ke menggiurkan...hehehe *ayat provokasi* Kesimpulannya, kalau produk itu memang berkualiti consumer takkan teragak2 membeli walau harganya sedikit mahal...tak gitu? Okay nak lari kejap masak Meatball ala IKEA...next entry saya cerita eh. Till then, assalamulaikum wbt dan salam sayang (^_^) |
No comments:
Post a Comment