Monday, September 24, 2012

Shopping Kasut di Dongdaemun, Seoul.

Assalamualaikum

Semalam entah kenapa buka almari kasut dan tertengok bebarapa pasang kasut yang jarang-jarang digunakan.
Saya dan kasut bagai isi dan kuku, bagai irama dan lagu.

Terutamanya boot.
Boot pertama saya beli di Suria KLCC masa undergrad di UIA.
Boot tulah saya lanyak pergi kelas...dan pergi outing dan pergi jalan-jalan.

Apa yang best sangat tentang boot?
Entahlah eh...sebab dia nampak smart kot.
Dan menutup aurat, kalau tak pakai stokin pun tetap menutup kaki.

Dan paling cool...bila lalu dekat lecak atau banjir, tatkala wanita2 ayu lain sume sibuk angkat kain dan terjengket2, saya main redah aje.
Sebab pakai boot kan..apa nak risau basah...kalau angkat kain / jubah tinggi-tinggi pun tetap tercover aurat. Heh..

Kali terakhir beli boot ialah di Seoul, Korealah mana lagi.

I went to Korea on March 2011. Untuk entry sebelum ini mengenai Korea sila klik pada tag Travelog dan Korea.
Tapi ya ampun kerana kesbukan tuan tanah maka travelog Korea masih berada di tahap separuh jalan hehe.

Ada 3 pasang kasut semuanya yang berjaya saya rembat dan kesemuanya adalah boots!

Semuanya saya beli di Dongdaemun, tempat shoping moping yang tak perlu diperkenalkan lagi di Korea.
Sape2 yang peminat fanatik drama Korea pun konfem tau even belum pernah menjejak kaki ke Seoul kan?

Boot di bawah ini saya beli di Migliore Shopping Center. Migliore ni building besar dekat area Dongdaemun dan soping complex pertama dibina dikawasan ini sekitar tahun 1998.
Disebabkan suhu di luar terlalu sejuk maka shopping dalam bangunan ni adalah amat selesa sekali...huhuhu


Boot hitam dipadankan stokin hitam corak LV. Later saya cerita pasal stokin ni which I bought in Namdaemun Market dengan harga sangat murah *nyesal tak beli banyak*

Boot hitam ni saya tak ingat berapa harganya *pasal main tunjuk je dan suruh ajussi tu turunkan*. 
Disebabkan kesukaran komunikasi *sebab rata2 Korean memang tak boleh cakap Inggeris maka encik suami sesuka hati kecek Kelate...*
Guess what, tiba2 dia tekan2 kalkulator dan kasi harga tahap nak pengsan...murahnyaaaaa
tapi dengan syarat ambik lagi sepasang..
Adakah bahasa Kelantan sudah (atau pernah) menjadi lingua franca di Korea? 

Jadi saya ambik lagi sepasang kaler cekelat...saya suka sebab ada banyak perincian macam tali-tali, buckle...i like (^_^)


Bila dah kira2...ajussi tu kasi dua pasang dalam RM100 gitu. Kira murahlah tu kan berbanding dengan harga asal dia sepasan sekitar RM150 gitu.
Berkat kecek Kelate kot...hehehe

Clearly walaupun bahasa jadi penghalang, tapi penjual2 kat sini supporting habis.
Diorang akan usaha beri kita harga dan barang terbaik walau terpaksa guna bahasa isyarat.

Takpe..takpe...my next visit to Korea Insya Allah saya dah boleh berbahasa Korea berabuk sampai terbatuk-batuk orang yang mendengar.

Lepas tu...kami jalan2 lagi kedai lain...lepas tolong cousin saya si Khalil pilih kasut dia...tiba2 saya ternampak boot kulit kaler pink ni yang amatlah sedap dipakai ketika meredah salji tebal. Kalau takde salji pun memang sedap sebab leather kan...it keeps your feet warm.

Jadi rembat sepasang lagi...


Teruja nak beli yang pink sebab sangat sweet hehe. Brutal and sweet at the same time. Ni kalau tambah embellishment macam buttons ke, ribbons ke mesti lagi cute (^_^)


Sebelah dalam pun kaler pinky winky...cute tak? cute tak?

Setelah menggoogle, saya terbaca sorang forumer yang alami experience hampir sama dengan saya ketika shopping di Migliore. Ni dia:

"I remembered a funny experience in Migliore, on a boots store… the seller can’t speak English so we really had a hard time understanding each other! But I can say he really did his best to provide any details we need to know before buying through sign language. That’s what I really like about the Koreans; they do their best to provide information. The retailer can just send me away from his shop instead of spending a hard time conversing with me. I'm so grateful to this guy, in the end, I was able to buy 3 different kinds of boots." 

~theguardianangel @ www.virtualtourist.com~

Kebetulan kan? Saya pun beli boots...dan 3 pasang pulak tu....

Lepas snap gambar ni terus kena marah (padahal dah cover2 dah dengan ambik gambar Tebi dan encik husband..niat sebenar nak ambik gambar kasut2 tu ). Sombong!

Kat Dongdaemun ni ada 2 jenis tempat shopping. Satu, dalam building. Dua, flea market (ofkos dekat flea market jauh lebih murah).
Kalau yang dalam building tu...berderet sepanjang jalan...kalau sempat terjahlah semua sekali. Ada Migliore, Doota, Spris, LesMore, New Freya etc.
Dengan jayanya saya telah masuk dan keluar semua sekali.

Saya terjah semua sebab masa tu encik suami nak cari Galaxy Tab (belum masuk pasaran Malaysia lagi masa tu tapi semua penjual sombong dan macam tak layan kitorang...nak pegang pun tak boleh benci!)
Diorang ni nama soping kompleks kemain omputeh tapi cakap omputeh tak reti jugak heh.

Pinjam gambar dari  blogkorea.net
Ni gambar bulding Migliore (masa saya pergi tu dari petang ke malam...memang happening siap ada outdoor show boyband Korea...tak tau la kumpulan apa sebab bukan main bising dan ramai anak muda duk tengok boyband tu terkinja-kinja atas stage...)

Nak tau lebih tentang Migliore, boleh jenguk sini: Shopping in Dongdaemun-Migliore

Sebelah Migliore ada Doota!


Me and anak dara di Doota!
Migliore dan Doota adalah antara yang fofuler, kalau nak compare antara dua ni boleh baca sini: Migliore: Unlimited Bargain


Anak dara ni muka monyok sebab nak jalan sendiri sambil tarik beg. Feeling ala2 stewardess le tu....(^_^)
Korea negara yang selamat jadi kanak2 jalan sorang2 pun Insya Allah takde apa-apa.
Tengok polis diorang pun rilek je bawak cota...takde bawak pistol pun. Pendek kata polis kat Korea umpama makan gaji buta saje haha.


Brand ni dah femes kat Malaysia tapi saya tak pakai...sebab ragu2 status halal


The Face Shop pun banyak kat Malaysia.
Sesungguhnya rakyat Malaysia sudah dijajah secara halus.

Pasal tempat shopping lagi yang popular juga iaitu Namdaemun Market nanti saya tulis dalam entry lain.

Til then, ma'assalamah.

TQ for reading.


2 comments:

  1. Keh..keh...suka tengok anak dara moncong tarik beg tu...dan suka hak nengok boot..comel la sungguh!

    ReplyDelete
  2. nk tnye klu kt myeondong & insadong market leh dpt x boot yg murah gak?

    ReplyDelete