Wednesday, September 26, 2012

PHD Life: Part I

Assalamualaikum.

Selama blog ini wujud adalah sekali dua saya bercerita kisah perjalanan study saya.

Malu nak mengaku yang saya masih study.

Lagipun nak cerita banyak-banyak...tak ramai yang faham dan interested nak tahu. Jadi better to keep it to myself.

Blog ini hanya untuk melepaskan tekanan yang adakala tak tahu kepada siapa hendak saya adukan.

PHD bukan mudah, that's all I can say.

Tekanan ada di mana-mana, di setiap saat....dalam minda anda.

Tapi...paling penting ialah cara bagaimana anda mengurus tekanan itu jangan sampai menyakitkan tubuh badan dan mendera mental.

Banyak kisah rakan2 seperjuangan yang sementara menyelesaikan pengajian, ditimpa pelbagai penyakit dari migrain, ke batu karang, ketumbuhan otak, penyakit saraf dan macam2 lagi.*kisah benar berlaku di kalangan kenalan terdekat saya*

Saya pun sama. Sejak mula cuti belajar, hampir setiap bulan ditimpa selsema batuk dan migrain. Padahal semua orang tahu adalah jenis manusia yang amat susah ditimpa penyakit sebelum cuti belajar.

Alhamdulillah semakin lama saya dah boleh handle semuanya dengan baik.

Anak2, Suami yang selalu outstation, dan study....syaa balancekan dengan aktiviti-aktiviti yang saya sukai. Buatlah apa yang anda suka asal boleh melepaskan tekanan.

Biasanya saya akan study bermula waktu pagi...hingga ke petang. Bila letih saya update satu-dua entry di blog...atau jenguk FB...atau jenguk majalah2 feveret macam Hijabista dan Solusi untuk ketenangan minda.

Sebelah petang barulah saya keluar ambil angin dan keluar makan dengan anak2.

Encik suami kalau ada di tanah air...beliau akan pesan pada saya hampir setiap hari..."pergilah keluar mana2...release tension" mungkin kerana beliau dapat melihat tekanan pada wajah saya yang biasanya saya tak luahkan kepada sesiapa.

Ada PhD tidak semestinya bijak....orang yang bijak ialah boleh mengimbangi kehidupan dengan baik.

Kalau kita ada PhD dan bergelar ahli akademik hebat, bagaimana pula dengan keluarga dan anak-anak? Adakah mereka juga seiring dengan kejayaan kita?

Banyak kali saya melihat sendiri kenalan2 ayah dan emak saya yang bergelar Professor dan Doktor...tetapi anak-anak mereka terlibat dengan masalah sosial dan tidak ke mana-mana dalam pelajaran.

Nauzubillah minta dijauhkan.

Kesimpulannya, semua orang punya masalah dalam hidup. Tempat meluahkannya ialah kepada Allah yang Mencipta kita dan semua masalah itu dan bukan dinding facebook, twitter atau blog. Imbangi kehidupan kita dengan bijak dan sederhana....

Jangan sampai kerana sibuk mengejar gelaran Doktor itu, ada perkara2 penting dalam kehidupan yang kita terlepas dan terlepas pandang.

Sampai jumpa lagi.

Sebenarnya tujuan asal entry ni nak bookmark website ini saje tapi dah melalut ke benda lain hehehe: APA CITATION EXAMPLES



Boleh tak...? (^_^)

Boleh baca sini: The Loneliness of a Long Distance Researcher

No comments:

Post a Comment