Tuesday, May 31, 2011

Kembara Sonata Musim Salju Korea Selatan 2011-Part 1


Assalamualaikum

Anyeong Haseyo, yorobun...

Sekian lama dah terperap travelog ni...
Hari ni barulah ada hati nak edit dan publish.
Travelog ini sekadar berkongsi pengalaman kembara kami ke bumi Korea Selatan sekitar 14/3/2011~18/3/2011 *lama dah tu cerita pun sudah basi*

PRA KEMBARA

Tahun lepas, sebaik sahaja encik suami tanya nak ke destinasi mana pulak untuk cuti-cuti overseas 2011, saya teragak-agak antara Jepun dan Korea.
Hati tu memang meronta-ronta la nak pergi Jepun...salah satu negara idaman yang wajib saya jejakkan kaki sebelum menutup mata.

Tapi entah kenapa Allah gerakkan hati pilih Korea.
Dan alhamdulillah sungguh besar hikmah kami tak jadi ke Jepun. 

Gempa dan tsunami melanda Jepun 3 hari sebelum tarikh penerbangan kami. Orang Jepun sebut jishin. 
Dan Alhamdulillah jugak yang Korea, negara jiran kepada Jepun, tidak terkesan dengan malapetaka itu.
Allah masih mengizinkan kami menjejak kaki ke bumi Winter Sonata itu.
Kalau tidak...just imagine kos yang terpaksa kami tanggung setelah membayar tiket dan ground arrangement kalau tak jadi pegi *boleh demam setahun huhu*

Apa ada dengan Korea Selatan?

Beberapa hari sebelum menjejak kaki ke Korea, saya sendiri pun masih tertanya-tanya apa istimewanya negara ini.  
Nak kata die hard fan K-drama, tak jugak.
Walaupun masa belajar dulu saya antara peminat tegar Winter Sonata (tak cukup tengok TV, ulang tayang pulak dengan VCD) namun tak banyak yang saya tahu tentang Korea.

Lagu2 K-Pop pun saya tak follow sangat maklumlah saya pun bukannya muda lagi *walaupun dalam hati selalu feeling sweet 16 gitu*
Zaman saya nak mendengar lagu2 yang tak mengajak ke arah akhirat ni dah berakhir..sebab masa budak2 dulu apa lagu yang saya tak tau?
Eksyen pulak tu lagu Melayu tak mau dengar. Layan lagu English saja.
Jadi cukup-cukuplah tu...

Rasanya faktor utama ialah rasa ingin tahu.
Ya. Seorang traveller (tegap tegar) macam saya ni lazimnya sampai ke sesuatu destinasi (dengan izin Allah) kerana rasa ingin tahu dan keinginan meng'explore' perkara dan tempat baru.

Bermusafirlah…berjalanlah…menjelajahlah ke tempat orang kerana ia akan membuka minda anda seluas-luasnya dan memberi perspektif baru tentang kehidupan. 
Anda kembali ke tempat asal sebagai manusia baru.
Yang dapat menerima perbezaan dalam budaya dan cara orang lain.

Setiap negara yang pernah saya pergi akan meninggalkan footprint dalam hati saya.
Sama ada saya akan lebih menghargai negara sendiri dalam sesuatu aspek…dan menyampah juga dengan negara sendiri dalam satu aspek yang lain..emmm

Mulanya pening kepala la jugak nak decide.
Sebab...awalnya ramai yang nak join tapi last2 tinggal 8 orang sahaja.
Ada yang mula2 beria nak pergi, tapi kensel sebab tak tahan sejuk *memang betul sejuk di Korea lain macam*
Ada pulak yang tarik diri atas sebab kewangan.
Macam-macamlah.

Selain emak dan ayah, suami dan 3 anak saya berusia 4, 2 dan 1 tahun, ada sorang cousin sebelah emak turut serta. 
Khalil namanya.
Seronok ada Khalil
Mamat ni memang pandai menceriakan suasana dan boleh masuk Maharaja Lawak ^_^.
Berbeza dengan pengalaman kami ke negara-negara lain sebelum ini, perkhidmatan private coach di Korea disediakan tetapi dengan harga yang agak mahal. 
Maksudnya, boleh kalau nak pakai pakej dengan harga murah (sekitar RM2000 sekepala)…tapi...anda akan disekalikan dengan pelancong2 lain (yang takde kena mengena dengan anda) dalam satu bas seramai 50 orang.
Emm sangat tak best.

Pada kami keselesaan adalah no.1. 
Jadi kami request utk pakej yg sedikit mahal sekitar RM3000 sekepala.
Biar mahal sikit yang penting selesa memikirkan kami travel dgn anak2 kecil yg bermacam ragam…
Jadi macam agak kurang selesa kalau bercampur dgn orang lain. 
Bila guna private coach, kami bebas ke sana ke mari tanpa perlu menanti atau mengikut orang lain. 

Penerbangan kami ialah pada tengahari 14/3/2011 hinggalah malam 18/3/2011.

DAY 1 ~Monday 14/3/2011

Kami bangun awal pagi untuk cek barang takut ada apa2 yang tertinggal

Maklumlah travel dengan 3 kanak-kanak, kalau ada yang tertinggal boleh jadi haru biru. 

Kami tak tergesa-gesa sebab flight kami jam 1.55 tengahari.


Kami keluar dari rumah jam 10pagi dengan dijemput adik ipar saya, Muaz. 

Beg kami banyak betul macam nak pindah duduk Korea terus* 8 buah beg semuanya. Seorang satu beg. 
Anak2 saya pun satu beg seorang disebabkan banyak baju tebal nak di bawa. Dengan stroller lagi. 
Rasa berbaloi betul beli stroller Anakku ni. 
Tak mahal sangat tapi heavy duty. RM 200 lebih saja saya beli waktu sale di Alamanda. Tapi 3 orang boleh naik serentak. Bangga betul bila dapat beli barang yang taklah mahal sangat...tapi sangat2 useful dan berkualiti...
Kalau beli mahal2 pun bila naik flight akhirnya kena campak juga.

Salah satu beg, kami penuhkan dengan makanan standby. 
We didn't really know what to expect there. 
Sampai sana nanti mesti dah malam mana pulak nak cari makanan (yang Halal!) 
Dalam kereta, bersempit sikit. Duduk bersila. 
Khalil kena duduk depan sebab beliau demuk. Hewhew. 
Cuaca di Malaysia tiba2 je rasa panas sungguh sebelum kami 'terbang'..harap2 Korea tak sepanas di negara sendiri. 
Kalau pergi tempat orang pun panas lebih baik duduk diam2 dalam rumah.

Sementara tunggu gate dibuka, kami duduk kejap di Marrybrown then masuk dalam. 
Kami dah sibuk ambik wudhuk dan sempat solat walau gate 18 to Incheon dah dibuka lebih awal. 

Mula2 bajet macam sempat la nak tunaikan solat Zohor sebelum terbang.
Kelam kabut menunaikan solat Zohor dalam departure hall tu.
Sampai di Incheon nanti hari dah malam sedangkan waktu ini waktu Zohor dahpun masuk.
Kami sempat solat kt ruang menunggu walaupun orang lain tak ada pun yang nak bersolat sama. 
Cabaran merantau…kuat atau tidak iman kamu? Saya pun tak pasti kuat atau tidak iman saya jika tidak diuji...

Sepanjang 6 jam setengah perjalanan, saya order Nasi Kung Pao yang disahkan Halal. 
Kami mendarat di Incheon International Airport jam 8 mlm (9 mlm waktu Korea). 
Kurang feel lah kali ni. Maybe sebab dah banyak kali sangat travel. 
Alah bisa tegal biasalah konon...

Pesawat Air Asia X yang menerbangkan kami dengan selamat ke Incheon


Disebabkan encik suami dah pun pre booked flight seat jadi takdelah masalah kami duduk berpecah2. 
Anak2 pun Alhamdulillah x meragam dan tidur saja. 
Sangat nikmat melihat pesawat take off meninggalkan bumi Malaysia…dan mendengar bunyi tayar pesawat bergeser dengan batu2 di landasan. 

Bagi saya itu antara bunyi paling menggetar dan mengujakan di telinga saya. 

Sejak kecil kapal terbang, langit dan awan sentiasa membuat saya teruja. Berada tinggi di awan membuatkan saya rasa bebas. Melihat ke bawah membuatkan kekaguman pada Allah SWT semakin bertambah. 
 Sunset

 makin lama makin sejuk wuhu

Di tengah2 perjalanan, tiba2 anak sulung saya Wifaq *yang selalunya akan noticed even the smallest thing* tanya: “Ma, apa kat tingkap tu?”. Katanya sambil mengunjuk ke tingkap pesawat. 
“Tak ada apa. Air je..”. 
Tapi bila lihat dekat2…subhanallah..ia adalah kepingan hablur kristal ais…ia halus, berwarna putih dan jernih melekap di cermin sebelah luar. 
Kristal berbentuk bunga2 seperti yg selalu kita lihat bergantungan pada pokok Krismas pada hari Natal. Atau lebih dikenali sebagai Snowflake...*macam jenama Tupperware pulak*



 Wifaq yang mula2 sekali perasan ini adalah kepingan salji




Saya sentuh cermin tingkap~sejuk. Rasanya kami sedang melalui garisan perubahan waktu dan cuaca. 
Saya memang selalu teruja dengan Sains dan Geografi sejak zaman sekolah lagi. 
“Wifaq, mari sini tengok..ini salji”. 
Kami berdua melekap di tingkap itu sambil meneliti kristal ais yang sangat cantik itu. Ini pertama kali saya melihat salji. 
Dari atas awan. 
Awan di bawah dan saya di atas. 
Oh saya sangat teruja dengan situasi ini. 
Dan di penghujung sana, kelihatan garisan horizontal putih di bawah dan biru gelap di atas menandakan kami sedang menuju ke bahagian bumi yang di sebelah lagi. 
Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Tuhan sekalian alam.

 Sebenarnya ini pertama kali saya melihat snowflake...*jakun*

 Di tingkap kecil berhadapan tandas...kepingan salji lebih banyak lagi...saya dan Wifaq duk terbongkok2 di sini untuk melihat lebih dekat...

Selepas 5 jam penerbangan, akhirnya kami sampai juga di bumi kelahiran Rain *nama Rain je yang terlintas padahal tak minat pun*
Kami tiba lebih kurang jam 8 malam di Incheon International Airport, Korea Selatan. 
Incheon hakikatnya ialah sebuah pulau. Pulau Incheon.*Tapi jangan confuse sebab ada satu tempat lagi di Korea yang namanya Icheon~tanpa N*


Kalau anda pengikut tegar drama Jewel In The Palace, ada satu babak di mana pesalah negara akan dibuang ke Pulau Incheon dengan berjalan kaki. Zaman dulu kala memanglah macam jauh dari Seoul ke Incheon..tapi lani dengan highway lebih kurang sejam (kalau tak silap) dah boleh sampai.

Alhamdulillah dah sampai Incheon ^_^

Airport Incheon ni besar jugak sampai kena naik train untuk pergi ambik bagasi. 
Perghh...saya suka betul unifom stewardess diorang. Sangat stylo okay.
Dark blue long coat yg stylish itu. 
Ini untuk winter season saja rasanya. 
Untung pergi time winter sebab tak buat dosa asyik tengok aurat orang. 
Orang Korea ni kalau summertime boleh tahan la 'seksa'nya.

Siapa kata stewardess je ada blue long winter coat? See...Rihaab pun ada :)

Lepas tu saya perhatikan, di setiap tempat menulis ada disediakan cermin mata rabun dekat. Idea ini boleh diadaptasi di Malaysia.

Public Spectacle ~ an awesome idea isn't it
Kami disambut oleh Mr. Jed Hyung S. Kim. First impression saya tengok Mr. Jed ialah wajahnya iras pelakon Hong Kong tapi dengan rupa tak mandi.
Sejuk2 macam ni memang biasalah tak mandi.

Mr. Jed

Kim lagi...orang Korea kebanyakannya nama Kim, sampai makanan pun nama KIMchi.  
Jarang Korean fasih berbahasa Inggeris tapi saya betul tabik spring dengan Mr.Jed...he speaks English with American accent very well indeed.

Yang saya tak suka tu...kenapalah kau taruk nama aku dekat signage board yang selalu depa pegang untuk ambik pelancong masa kt airport tu.
Tak suka!!!
Lepas tu sikit2 dia tanya aku padahal yang expert hal2 travel adalah encik suami.  
Lagipun saya akan menjadi sangat busy dengan 3 kanak2 itu.
Kejap2 "Hana...", kejap2..."Hana...". Hana bermaksud SATU dalam dialek Hangul. 

Kenapa aku pulak? Ayayaya...


Bank saya. HANA BANK. Ni owner datang dari jauh nak observe pekerja ni ^_^

Mr. Jed tanya kami lapar ke? Kami cakap lapar la jugak...lepas tu dia suruh tunggu kejap dia tengok restoran seafood kt level atas masih bukak ke tidak.
Lepas tu dia kata semua kedai dh tutup. Eloklah jugak dah tutup lagipun tak pasti halal ke tidak.
Memang pun kecuali kedai 24 hours macam 7 Eleven je yang bukak.
So saya ambik kesempatan beli sebotol air mineral.

Wawawa ini transaksi pertama saya dengan menggunakan matawang WON. Sungguh teruja pertama kali bawak keluar duit won dari purse dan hulur ke kaunter ^_^

Mula2 tu dalam airport kami rilek je pakai sweater nipis. Maklumle dalam airport ada heater.
Anak2 pun kami tak pakaikan winter coat.
Waktu kami berjalan menuju ke pintu keluar, ada sorang pakcik Korea ni cakap bahasa Hangul (Korea) dengan kami...yang saya faham dari gestruresnya...dia suruh pakaikan si Nehal (1 tahun masa itu) baju tebal dan topi sebab suhu kt luar teramat sejuk.
Macam menjerit2 dia bercakap...maksudnya sejuk sangatlah kot.
Sekali keluar...hambik kau...-2C ditambah pulak dengan angin...rasa hilang segala deria.

Angin sejuk menyerbu muka terus rasa numb. Rupanya suhu drop mlm ni. Pergh. Esok dijangka lebih sejuk dan suhu drop lagi...aigooo...masuk dalam kereta Mr.Jed, dah pekena heater barulah masing2 lega dan tanggalkan winter coat masing2. Jadi panas pulak tiba2...

Sejuk Korea ni lain macam sebab dia berangin. 
Angin Siberia bertiup kuat untuk perubahan musim. Winter takdelah menyeksakan sangat kalau tak berangin. Waktu duduk di Mesir dulu pun ada winter juga..tapi kedudukan Geografi Korea Selatan menjadikan sejuknya lain macam...rasa give up dah walaupun belum satu hari berlalu...
Nak dijadikan cerita, ada masalah sikit dengan itinerary kami sejak kat Malaysia lagi.
Memandangkan saya request untuk ke Mount Seorak dengan harga yg telah diberikan walhal dalam itinerary yang agent bagi tak termasuk pun Mount Seorak ni.
Biasanya saya tengok pun orang Malaysia yang ke Korea hanya pusing2 sekitar Seoul, Jeonju dan tempat2 berdekatan.

Lepas sampai di Incheon Beach Hotel, kami duduk lama kat lobby sebab dia pelik dengan itinerary. 
Saya beritahu Mr. Jed yang kami nak pergi Mount Seoraksan dan Mrs. Annie (agent dari Malaysia) cakap boleh discuss dengan Mr.Jed. Mr. Jed pulak cakap kena confirm balik dengan Annie.


Agent di Malaysia kata, Mount Seorak memang termasuk dalam itinerary. Tapi bila sampai di Korea, lain pula ceritanya. 
Mr. Jed kata kalau nak pegi Mount Seorak kena rombak balik schedule sebab tempat tu jauh.
Mula2 saya ingat senang nak deal dengan Mr. Jed ni macam travel agent di negara2 yang pernah saya pegi sebelum ni.
Selalunya TA akan ikut je apa tourist nak dan mana tourist nak pegi.
Tapi Mr. Jed ni macam strict sikit...very serious dalam kerja...maka sejak itu tahulah saya bahawa org Korea ni lebih kurang org Jepun jugak dalam bekerja.
Sangat strict dan skema tapi bersungguh2 memuaskan hati kami.

Saya dah cuak.
Sudahlah badan letih. Sampai kt Hotel Seorak Park, kami duduk berbincang dulu kat lobby pasal nak pegi Mt. Seorak ni.

Dalam banyak2 tempat, memang Mount Seorak lah destinasi idaman saya…
Tak kira ala apa jadi saya mesti sampai jugak ke sana walaupun sekejap.  

Sebab apa? Sebab saya memang pencinta gunung. Pencinta alam semulajadi *cuma tak join Greenpeace je*
Suasana pergunungan mengingatkan saya tentang PUNCAK KEJAYAAN. 
Lagipun dah google sebelum ni dan tengok gambar2 Mt. Seorak terus jatuh chenta dan berazam nak pergi jugak.

Budak2 pun dah mula meragam..mengantuk last2 kami naik ke bilik sambil berdoa hajat nak ke Mt.Seorak tercapai juga. Rugi la datang jauh2 tapi ada tempat menarik tak dapat cover. 
Incheon Beach Hotel ni agak sunyi…jauh dari bandar. 

Akhirnya Mr. Jed suruh kami masuk bilik dulu dan rest.
Sebelum kami naik, dia pesan...esok pagi breakfast takde sebab emak tukang masak meninggal dunia.

Haru..macam2 lah pulak dugaan 1st day ni...Allahumma Yassirlana...(Dalam hati~ini baru adventure...kalau takut adventure jangan travel...wahaha)

Akhirnya kami cek in di bilik yang dekat2 semuanya.
Emak dan ayah sebilik. Saya anak beranak sebilik. Khalil sorang2.
Khalil dapat bilik besar.. dengan air mineral yang masih banyak dalam botol dispenser.
Hotel ni bukanlah hotel 4 bintang tapi sangat cantik dan nampak mahal.

Paling best dispenser air yang hot and cold tu ada kt setiap bilik. Kat luar bilik pun ada. Cuma yang tak bestnya kt bilik kami airnya dh nak surut dan belum direfill.
Nak bancuh susu anak...terpaksa pergi ke bilik Khalil atau bilik parents yang airnya penuh.
Pendek kata takde masalah langsung la nak minum air sejuk atau panas sebab air ada di mana2 dan percuma pulak.

Tebi dah tidur keletihan
 
Malam tu disebabkan kelaparan, maka keluarlah semua stok makanan yg kami bawa dari Malaysia.
Apa lagi, keluarkan stok mi segera, roti, tuna, air kotak

Yang kelakarnya, husband dan Khalil turun balik ke lobby nak tanya kiblat. Takde sorang pun daripada kami bawak kompas.
Tapi berkat berkomunikasi macam itik dengan ayam...maka takde satu maklumat pun kami dapat.
Akhirnya kami buat ijtihad sendiri.
Malam tu sempatlah saya online sekejap sebab dapat password hotel.

Cute je bathtub
Tak reti nak guna sistem bidet ni. last2 tarik je shower hose (mujur versi yg boleh tarik) tu dan guna di sini...huhuh
Saya tengok, door stopper depa pun canggih dan unik. Melekat terus dengan pintu. 
Toilet pun semua elektronik dan semua pulak tu tulisan Hangul...susahnya la hai nak guna...tak faham sepatah haram.

Antara barangan rapi diri yang disediakan ialah hairspray, day cream dan night cream. 
Kalau di Malaysia cuma ada lotion, syampu dan shower gel saja. 
Nampak sangat orang Korea sangat mementingkan kecantikan dan barangan alat solek memang murah di Korea.

Sikit punya banyak peralatan kecantikan disediakan...

Malam ni Wifaq kata nak tidur bilik Opah...pergilah nak...lapang sikit bilik Mama...boleh adik2 bergolek sakan.
Malam pertama di Korea Selatan...esok kena bangun awal nak jalan lagi. 

Wifaq pergi Korea pun bawak homework. Rihaab tukang tengok*eh tiba2 rambut Rihaab jadi lurus....?*
 
Perbezaan ketara ke negara orang untuk kerja/belajar dan berjalan ialah...
Bila pergi untuk kerja/belajar...banyak benda nak kena fikir.

Tapi bila pergi hanya untuk makan angin cuma fikir baju apa nak pakai dan apa nak makan...sungguh ohsem kan!

Terima kasih sudi baca.
Nanti sambung lagi  ya...^_^



Spaghetti Meatballs Bolognaise: Bukan Resipi Baru...tetapi...

Salam alaik.

Entry kali ni bukanlah nak beri resipi baru..tetapi sekadar improve apa yg sudah ada dan status halal setiap produk yang saya gunakan.

Sebelum itu, ini lunch saya dan anak2 hari ini setalah tak tahu apa nak di masak. Beberapa hari ini saya kurang mood untuk mengasapkan dapur.


Ini Spaghetti Meatballs Bolognaise versi saya....ada bahan lain yg saya tambah iaitu: Sos Lada Hitam, Sedikit Lada Hitam kisar dan Sos Cili Thai. Bahan2 asas yang lain adalah seperti biasa: Sos Spageti Prego, Spageti, Bawang Merah dan Bawang Putih. Dan semua yang saya gunakan Insya Allah HALAL.

 Saya guna yang perasa Selasih dan Bawang Putih

 Bahan2nya....

 Yang ni saya beli di Az Zain Shah Alam. Buatan Muslim...tapi cap Halal Jakimnya di bahagian bawah...


Emak saya kata bila tambah Sos Lada Hitam, Bawang Merah, Bawang Putih, Sos Cili Thai dan Lada Hitam kisar...jadi extra sedap daripada biasa. Mungkin ada pun boleh cuba. Silakanlah ye!



Monday, May 30, 2011

Destinasi Kembara Seterusnya....Ke Mana?!

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya kami sekeluarga (terutamanya saya) sedang dilanda demam memilih destinasi kembara untuk tahun hadapan. Biasanya, Bos (baca: suami) akan memberi penghormatan untuk S/Unya (siapa lagi kalau bukan saya...hohoho) memilih destinasi. 

Saya rasa...mahu ke New Zealand! Ya...hati sudah nekad dan bulat. New Zealand is the next destination.

Kenapa NZ? Sebab saya pernah terbaca...pemandangan di NZ menyerupai keseluruhan Eropah dan saya teringin benar mahu melihat dan menyentuh sendiri lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings (walaupun saya bukanlah minat sangat filem itu...~kalau tanya jalan cerita pun saya x berapa ingat kecuali beberapa watak seperti Frodo si Telinga Capang dan Gollum).

 from Google Image...simply breathtaking...angan2 dulu sebelum pergi...macam biasa...hehe

Ba..ba...white sheep...

Yang ini yang paling saya suka: Mount Hutt...


NZ terbahagi kepada dua bahagian~North Island dan South Island. Bagi pencinta alam seperti saya...yang sukakan pemandangan gunung2 ala Puncak Matterhorn di Swiss, South Island lebih sesuai. Lagipun nak cover kedua2 bahagian ini memerlukan tempoh yang agak panjang...dan kos yang agak panjang juga!

Tapi...ini baru angan2...tiketnya belum di'book' lagi...mahu tunggu yg paling murah!

Mari memenuhkan tabung ayam!!! Insya Allah jika diizinkan Allah sampailah jejak kami ke bumi Kiwi tahun depan.

Walaupun di sekolah, Wifaq (baca: anak sulung saya) berada dalam kelas Kiwi, tapi beliau sangat tidak suka buah Kiwi. Lepas ke NZ, Insya Allah beliau akan suka buah Kiwi...itupun kalau kami berpeluang memetik buah Kiwi yang bergayut2  dari pokoknya...Insya Allah.









Thursday, May 12, 2011

Tentang Pintar Cerdas: Satu Analisis Peribadi...

Setelah lebih 4 tahun...baru tergerak hati saya ingin menulis tentang hal2 berkaitan kepintaran dan kecerdasan ini. Sepanjang membesarkan anak sulung saya, WAN AHMAD WIFAQ ARHAM saya menerima banyak komen2 yang mengatakan WIfaq agak 'laju' dan agak 'lain' dari kanak2 seusianya. Hanya setelah usianya 3 tahun baru saya bertul2 mengambil berat komen2 yang diberikan oleh kenalan, rakan dan saudara-mara. Memandangkan WIfaq adalah anak sulung kami...dan saya memang tidak punya pengalaman langsung berkaitan hal kanak-kanak (saya anak tunggal..) jadi setiap perkembangan Wifaq saya anggap sebagai normal tanpa menyedari apa2 yang istimewa mengenainya. 
Setelah melakukan sedikit kajian, dan bertanya dengan yang pakar saya berusaha membuat ujian IQ untuk Wifaq dan juga membuat ujian sama ada wujud ciri2 pintar cerdas pada dirinya. Mengejutkan. Wifaq mempunyai 90% ciri2 tersebut...dan hanya selepas itulah saya berusaha menggali sedalam2nya mengenai perkara ini. Saya bimbang...terlepas sesuatu maklumat dan merisikokan masa depan Wifaq.

PINTAR CERDAS
(Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama)

Definisi
Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
 
Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.
~Saya menyedari hal ini seawal usia Wifaq 1 tahun. 
  
Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
~Sejak kecil, jika melihat kita membuat apa2 aktiviti sekalipun WIfaq akan bertanya, dan datang menjenguk utk melihat apa yg kita buat. Jika ada kenduri kendara atau keramaian, Wifaq biasanya akan sama sibuk dgn tetamu dewasa menyusun kerusi, memasukkan bunga telur, membentang karpet atau apa saja asalkan beliau terlibat sama. Kalau boleh semua nak dibuat sendiri... 
 
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.
~Biasanya Wifaq akan duduk menghadap sesuatu dalam tempoh yang lama dan fokus dgn apa yang dilakukannya. Apa yang dibuat akan disudahkan hingga selesai.

Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.
~Biasanya hanya dengan sekali lihat dan sekali dengar...beliau boleh mengingat dan memahami dan menyampaikan dgn detail kepada orang lain.
 
Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
~Seawal usia setahun, saya perasan...jika ada sesutau barang yg hilang, atau terlupa sesuatu fakta...tanyalah Wifaq. Insya Allah beliau akan ingat perkara yg org lain terlupa. Hingga ada yg komen kuat sungguh ingatan budak ini. Adakalanya beliau hanya jumpa org itu sekali...jika terjumpa lagi beliau akan ingat baju warna apa yg dipakai org itu pada pertemuan sebelumnya.

Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
~Wifaq sudah boleh membaca seawal usia 4 tahun...dalam tempoh 3 bulan sahaja ke sekolah. Sebelum habis silibus buku 8 Bacalah Anakku...beliau sudah membaca majalah dan akhbar...

Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
~Jika ada kertas surat khabar yang menjadi pembungkus atau pelapik makanan, beliau akan membacanya dahulu sebelum makan. Begitu juga segala signboard, notis2, papan tanda dan segala tulisan yg ada di sekelilingnya. Biasanya kami terpaksa menunggu beliau menghabiskan bacaan jika terjumpa tulisan2 di tengah jalan... 
 
Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik.
~ Seawal usia 2 tahun, Wifaq mula bertanya: "Allah tu apa? Allah di mana?". Kemudian suka bertanya dlm nada matang. Cth: "Kalau nak tulis AYAM, macam mana ye?". Dan kerap menggunakan perkataan2 yang agak bombastik seawal usia 2 tahun seperti: "Maksudnya...", "Kemudian...", "Supaya..."

Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
~Biasanya beliau akan bermain seorang diri dalam tempoh yang lama.

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
~Saya pernah memerhatikan bagaimana beliau menyelesaikan masalah. Satu hari, Wifaq disuruh membawa barang2 yang penuh di tangan dan dihantar ke dalam kereta. Saya lihat, beliau letak dulu buku2 tersebut di atas bahagian depa kereta (atas enjin), buka pintu kereta...ambil semula barang2 dan menutupnya. 
~Satu lagi, ada sebiji saja gula2 di tangan Wifaq. Kemudiannya adiknya juga mahukan gula2 yg sama. Apa yg Wifaq buat ialah, membuka plastik...gigit sebahagian kecil gula2 tersebut dan sebahagian besarnya diberi pada adiknya...

Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
~Kalau bab bertanya, biasanya soalanya tidak akan berhenti selagi beliau tidak puas hati. Pernah ketika usianya 1 tahun 2 bulan, beliau menangis hendakkan susu. Ketika itu kami di kafe hotel dan susunya ditinggalkan dalam bilik. Setelah saya jelaskan dengan panjang lebar...beliau terus diam dan makan seperti biasa tanpa sebarang ragam tangis lagi. Saya nampak beliau faham penjelasan saya yang panjang lebar itu...walaupun pd mulanya saya mengagak 'budak ni mesti akan menangis balik sebaik saja aku habis bercaakap..."

Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
~Ya, beliau sering membayangkan perkara2 yg biasanya kanak2 tidak dapat membayangkan dan bercerita dengan ayat yang sangat detail dan jelas.
 
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
~Wifaq sangat suka membaca ensiklopedia milik saya ketika seusianya...dan bertanya segala macam benda...kadangkala beliau bertanya tentang apa yg didengarnya dr perbualan org dewasa dan dr berita. Ada masa2nya Wifaq akan tidur lewat malam menonton Dunia Jam 10 dengan pesanan: "Mama jgn tutup TV Ipak nk tgk berita...". 
 
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
~Sangatlah tepat. Seawal usianya 8 bulan...ada satu ketika dia melihat saya menangis kerana suatu perkara. Wifaq datang duduk menghadap saya dan menangis sama. 
~Pada ketika yg lain, usianya 2 tahun...saya terlalu lapar menanti suami dalam kereta...hingga mengalir airmata kerana sakit perut, Wifaq dtg memeluk saya dan tanya: "Kenapa mama nangis". Saya jawab."Mama lapar dan sakit perut...kenapa Wifaq nangis?", Jawabnya..."Ipak sedih sbb mama nangis...". Oh anakku...

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain
~Jika ada perkara2 yang dirasakannya tidak adil biasanya Wifaq akan bising mempersoalkannya...
Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
~Tepat sekali. Wifaq mmg kurang tidur. Biasanya bangun awal waktu Subuh tetapi tidur amat lewat...dan bangun tanpa rasa mengantuk. Jarang tidur siang hari. Jika pulang dari berjalan jauh juga beliau masih boleh balik ke rumah dan membaca buku atau bermain sedangkan org lain sudah tergolek keletihan.
Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
~Pertama kali Wifaq membuat jenaka seawal usianya 1 tahun. Kami melarangnya dari beridiri dekat2 dengan kaca TV...tetapi beliau mengacah kami dgn pura2 mahu pergi dekat dgn TV sambil ketawa2. Dan saya menyangka semua kanak2 begini...
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
~Jika tidak tahu atau tersilap melakukan sesuatu, beliau akan menangis sekuat2nya...

Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
~Ini sudah disahkan oleh guru sekolahnya. Wifaq biasanya tidak boleh 'masuk' dgn kanak2 seusianya yg gemar berlari dan memanjat. Ada satu ketika, di tempat lapang...saya hairan melihat kenapa Wifaq tak berlari. Saya kata: Larilah Wifaq.... tetapi beliau tidak mahu dan menjawab..."tak payah lari..jalan je..."
~Biasanya beliau akan berkawan dengan kanak2 berusia lebih tua 2 daripadanya dan ke atas...

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas 

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Thursday, May 5, 2011

Penyakit: Mungkin Berpunca Daripada Amalan Harian Kita...Part I

Entry kali ini saya tulis berdasarkan pengetahuan setakat yang ada dan dikongsi untuk faedah bersama.

Seringkali terlintas di fikiran saya, kemungkinan besar penyakit yang menghinggapi tubuh badan kita berpunca dari amalan kehidupan harian kita sendiri. Sebagai contoh, bekas makanan yang kita gunakan adakah ianya bebas BPA yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan? Atau bekas masakan anti lekat (non-stick): adakah selamat untuk kita memasak makanan di dalamnya? Dan lain-lain faktor yang adakalanya kurang kita ambil perhatian tetapi memberikan impak yang sangat besar terhadap kesihatan. 
  
BEKAS MAKANAN / MINUMAN BERASASKAN PLASTIK

Botol Susu
Saya mula menyedari dan mengambil berat hal ini semenjak kelahiran anak sulung saya sekitar tahun 2006. Setiap kali memasukkan cecair yang bersuhu agak panas saya terfikir adakah ia selamat untuk anak saya? Maka carian saya di Internet telah menemukan saya dengan produk-produk BPA Free atau Bebas BPA. Kebanyakan botol susu dan bekas makanan bayi ketika itu masih menggunakan bahan plastik berbahaya seperti Bisphenol A (BPA), Polypropylene (PP), Polycarbonat (PC) dll (setakat yang saya tahu...). Malah rupanya botol2 yang cantik yang berwarna warni (biasanya jenama Felton) juga menggunakan bahan PC. Bayangkan apa terjadi sekiranya kita menggunakannya untuk mengisi air masak dan ianya tertinggal di dalam kereta dan terdedah kepasa suhu yang tinggi.

Jadi saya mengambil keputusan mencari botol susu yang bebas BPA walau agak sedikit mahal tetapi boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Saya jatuh hati dengan jenama MAM malah bekas makanan anak2 juga saya pilih dari jenama ini. 

Dan lagi, saya perhatikan ibu bapa yang menggunakan botol susu jenis biasa untuk anak2 tetapi menggunakannya hingga kelihatan retak2 dan hitam legam putingnya. Ibu bapa sila ambil perhatian tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang penyakit kepada anak anda.

Bekas makanan dan minuman
Seperkara yang agak saya geruni ialah...perhatikan jika ke rumah saudara mara di kampung-kampung terutamanya...ada antara mereka yang membancuh air teh panas di dalam bekas plastik. Agak ngeri hendak meminumnya tetapi inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang rata2 masih cetek ilmu kesihatan. Sebaiknya pilih jenis botol minuman dari jenis yang bebas BPA seperti jenama BROS atau La Gourmet yang mudah didapati di pasar raya terkemuka di Malaysia.

Jika makan di restoran, perhatikan pinggan yang digunakan biasanya adalah berasaskan melamine yang agak berbahaya sekiranya anda mengisi makanan panas ke dalamnya. Di rumah saya, bekas2 melamine hanya digunakan untuk mengisi makanan atau minuman yang sudah sejuk. Jika nasi masih panas, gunakan pinggan seramik atau kaca. Maka pilih2lah restoran yang ingin anda kunjungi. Restoran yang sedikit mahal biasanya menggunakan pinggan seramik atau kaca. Dan jangan lupa jenis senduk yang digunakan untuk mengambil lauk pauk. Sebaiknya gunakan jenis Stainless Steel dan elakkan penggunaan jenis plastik.

Pembungkus Makanan

Tidak dapat dinafikan penggunaan beg plastik dan polisterin sangat meluas di Malaysia terutamanya untuk mengisi makanan yang masih panas. Pilihan yang anda ada ialah (itupun jika muka anda cukup tebal untuk melakukannya) dengan membawa bekas makanan bebas BPA sendiri ke restoran. Cara ini lebih menjimatkan plastik tuan kedai dan juga dapat memelihara kesihatan anda sekeluarga. Sebagai seorang ibu saya sering ditimpa perasaan bersalah sekiranya setiap perkara yang saya lakukan berkemungkinan memudaratkan keluarga saya.

Masalah ini juga sering berlaku ketika musim2 perayaan di mana kebanyakan rumah terbuka memilih menggunakan bekas makanan dan minuman polisterin. 

Baguslah kerajaan sudah mengambil langkah mengharamkan penggunaan bahan ini...



Wednesday, May 4, 2011

KLIBF 2011 and Us!

It's our annual activity. More often than not, I went to KLIBF every year with my dear yet so dear cousins. I haven't got the chance to attend KLIBF 2010 last year due to confinement of my 3rd baby last year and this year, hey...here I am WITH the baby! :)

Looking at our plan since the beginning, It's almost impossible for the plan to have been worked out so smoothly. I've been telling my darling hubby since about 2 months ago that by hook or by crook I must set my foot at this year's KLIBF event. So he promised me he'll take care of the baby and the kids at home while I go enjoying myself at KLIBF 2011. But, man can only plan and the fate stays in Allah's hand. My husband to be in Dubai and was supposed to be landed in KLIA on 30th April...the same day we plan to go to KLIBF but at 3.00pm. Voila...and who's suppose to take care of my kids anyway?

Memang ditakdirkan murah rezekiku nak ke KLIBF tahun ini. Last minute, my cousin Khalil said he wanted to join us. And then, Mak Su and her kids also. Rombongan kami yang sepatutnya hanya 4 orang termasuk baby Nehal...dah jadi ramai pula. The more the merrier, I guess. Dan makin ramailah yang boleh angkut buku-buku aku kan?!


Sehari sebelum event, dh kutitipkan dan kubisikkan ke telinga Nehal...agar jadi budak baik. Maka kurang-kurangkanlah menangis dan meragam...malah kalau boleh tidur sajalah sepanjang hari kerana Mama kamu yang gila buku ini kalau dah dikelilingi buku tentulah tak ingat dunia termasuklah kamu Nehal! I got no choice. Abang dan kakaknya aku tinggalkan dengan Atuk dan Opah di Shah Alam dan aku bawa Nehal seorang. Agak sukar nak tinggalkan Nehal kerana anakku ini menyusu badan sepenuhnya. Tak dapat aku bayangkan jika dia melalak mencari susu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada tarikh 30 April itu. Aku amanahkan sepupuku Siti Zakiah yang pulang dari Johor sehari sebelumnya dan sampai di Kuala Kubu Bharu jam 3 pagi untuk menjadi pemandu kami ke PWTC hari itu. Aku lihat steady saja si Siti memandu. pagi itu berlaku sedikit kekecohan kerana tiba-tiba masing2 punya rancangan sendiri. Izzat nk guna VIOS si Siti untuk ke majlis kahwin rakannya di Shah Alam. Pak Uda pulak nak ke Hopital Besar Klang melawat saudaranya yang sakit leukemia. Semuanya berebut kereta. Mak Su pula tiba2 nak join dengan anak2nya..jadi tiba2 kereta jadi tak muat dan kaum lelaki (Khalil dan anak2 Mak Su yang lelaki) terpaksa naik komuter. Kami bertemu di PWTC saja dan alhamdulillah parking agak mudah. Nehal pun well behaved dan tidur sepanjang hari. Dia cuma bangun sekejap2 dan tidur kembali dibawah jagaan Pak Ngah Khalilnya.

Banyak yang aku borong kerana aku tidak menghadkan bahan bacaanku kepada satu-satu genre sahaja. Maka, habis majalah, buku motivasi, novel, buku kanak-kanak (untuk Wifaq dan Rihaab) semuanya kuborong.Ada beberapa orang yang kukenali dan tidak kukenali menegur gelagat aku yang menarik beg beroda di KLIBF. Ramai pula yang menumpang tu! Akhirnya aku serahkan Zahir anak Mak Su Ramlah menariknya. Pada aku, alang2 ke Pesta Buku biarlah aku betul2 berpesta dengan membeli semua bahan bacaan yang dah alam aku idamkan. Memang sepanjang tahun aku menahan diri dari membeli terlalu banyak buku agar aku dapat 'menikmati' saat memilikinya menjelang hari2 seperti ini. Aku dapat lihat kegilaan aku terhadap buku sudah menurun kepada Wifaq dan Rihaab. Wifaq sangat menyerupai aku kecil2 dahulu. Apa sahaja signboard, buku, bahan bacaan, tulisan di dinding2, pembungkus makanan..akan ku baca sampai habis. Wifaq pun begitu. Walau penat macam mana sekalipun mata tak boleh terlelap kalau tak membaca sebelum tidur. Kesimpulannya aku memang memperuntukkan bajet yang sangat besar untuk bahan bacaan.

Aku masih ingat ketika usiaku sekitar 5-6 tahun, Mama membawaku ke event2 seperti Pesta Buku ini dan beliau telah membelikan aku satu set encyclopaedia jenama Grolier dengan harga RM7000. Kerana aku memang 'hantu' buku jadi pelaburan Mama aku kira berbaloi. Setiap helaian aku baca sungguh2 dan kesannya dapat aku lihat hingga ke hari ini. Membaca membuatkan anda dari jahil kepada tahu...

 Hasil rampasan saya tahun ini...

 Sesi photoshoot saya dan para sepupu sepapat untuk majalah Keluarga

Seronok juga KLIBF tahun ini. Bawak baby yang well behaved dan bantuan di kiri dan kanan dari sepupu2ku yang ramai dan baik hati. Honestly, perkara terbaik yang aku miliki dan hargai dalam dunia adalah keluargaku yang besar dan sangat rapat. Pada kami taraf sepupu itu menyamai adik beradik. Maka itu, jadilah hari ini beg beroda yang penuh buku (aku pinjam beg Mama...) disorong orang lain, anak aku dijaga orang lain, buku aku dibayarkan oleh orang lain. Syukur Ya Allah Kau permudahkan urusanku hari ini...

Event yang paling dinanti2kan ialah sesi photoshhot magazine cover di booth Karangkraf. Khalil memang datang semata2 kerana ini. Aku ambil kesempatan bergambar dgn Nehal untuk cover Pa & Ma dan ramai2 dengan sepupu2 untuk majalah Keluarga. Waktu beratur nak membayar majalah dan buku2 yang aku rembat, sempat bersembang dengan editor majalah Impiana Dapur. "Mesti dapur akak cantik kan...?" Kataku. Dia jawab "Tak jugak. Sama macam arkitek. Dia buatkan rumah orang lain cantik tapi rumahs sendiri biasa2 saja". Lepas itu berduyun2 souvenir aku dapat...dapat baja, dapat sos, dapat pewangi udara, pencuci muka (tapi for men).
Dalam banyak2 item yang aku borong yang paling aku suka ialah My First Al Quran yang aku belikan untuk Wifaq. Sangat comel dan menarik minat kanak2 nk membacanya. Gerai terakhir ialah Telaga Biru di mana aku borong banyak juga buku motivasi. Akhirnya menjelang malam barulah kami dapat makan dengan puas di Restoran Cina Muslim Al Munawarah, Seksyen 9, Shah Alam...setelah melapik perut dengan Nasi Goreng Seafood di The Mall tadi. Konon plan nak belanja semua makan yang sedap2 akhirnya ke restoran biasa2 saja. 

Malam, kebetulan suamiku baru tiba dari Dubai...jadi ramai pula yang menyambut kepulangannya memandangkan semua berkumpul di rumah ayahanda bondaku di Shah Alam. Pak Andak dan Mak Andak pun join sama. Rumah berselerak dengan buku...buku2 aku terutamanya. 

Ini barulah dinamakan Pesta Buku!!!