Setelah lebih 4 tahun...baru tergerak hati saya ingin menulis tentang hal2 berkaitan kepintaran dan kecerdasan ini. Sepanjang membesarkan anak sulung saya, WAN AHMAD WIFAQ ARHAM saya menerima banyak komen2 yang mengatakan WIfaq agak 'laju' dan agak 'lain' dari kanak2 seusianya. Hanya setelah usianya 3 tahun baru saya bertul2 mengambil berat komen2 yang diberikan oleh kenalan, rakan dan saudara-mara. Memandangkan WIfaq adalah anak sulung kami...dan saya memang tidak punya pengalaman langsung berkaitan hal kanak-kanak (saya anak tunggal..) jadi setiap perkembangan Wifaq saya anggap sebagai normal tanpa menyedari apa2 yang istimewa mengenainya.
Setelah melakukan sedikit kajian, dan bertanya dengan yang pakar saya berusaha membuat ujian IQ untuk Wifaq dan juga membuat ujian sama ada wujud ciri2 pintar cerdas pada dirinya. Mengejutkan. Wifaq mempunyai 90% ciri2 tersebut...dan hanya selepas itulah saya berusaha menggali sedalam2nya mengenai perkara ini. Saya bimbang...terlepas sesuatu maklumat dan merisikokan masa depan Wifaq.
PINTAR CERDAS
(Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama)
Definisi
Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.
Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:
Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.
~Saya menyedari hal ini seawal usia Wifaq 1 tahun.
Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
~Sejak kecil, jika melihat kita membuat apa2 aktiviti sekalipun WIfaq akan bertanya, dan datang menjenguk utk melihat apa yg kita buat. Jika ada kenduri kendara atau keramaian, Wifaq biasanya akan sama sibuk dgn tetamu dewasa menyusun kerusi, memasukkan bunga telur, membentang karpet atau apa saja asalkan beliau terlibat sama. Kalau boleh semua nak dibuat sendiri...
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.
~Biasanya Wifaq akan duduk menghadap sesuatu dalam tempoh yang lama dan fokus dgn apa yang dilakukannya. Apa yang dibuat akan disudahkan hingga selesai.
Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.
~Biasanya hanya dengan sekali lihat dan sekali dengar...beliau boleh mengingat dan memahami dan menyampaikan dgn detail kepada orang lain.
Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
~Seawal usia setahun, saya perasan...jika ada sesutau barang yg hilang, atau terlupa sesuatu fakta...tanyalah Wifaq. Insya Allah beliau akan ingat perkara yg org lain terlupa. Hingga ada yg komen kuat sungguh ingatan budak ini. Adakalanya beliau hanya jumpa org itu sekali...jika terjumpa lagi beliau akan ingat baju warna apa yg dipakai org itu pada pertemuan sebelumnya.
Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
~Wifaq sudah boleh membaca seawal usia 4 tahun...dalam tempoh 3 bulan sahaja ke sekolah. Sebelum habis silibus buku 8 Bacalah Anakku...beliau sudah membaca majalah dan akhbar...
Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
~Jika ada kertas surat khabar yang menjadi pembungkus atau pelapik makanan, beliau akan membacanya dahulu sebelum makan. Begitu juga segala signboard, notis2, papan tanda dan segala tulisan yg ada di sekelilingnya. Biasanya kami terpaksa menunggu beliau menghabiskan bacaan jika terjumpa tulisan2 di tengah jalan...
Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik.
~ Seawal usia 2 tahun, Wifaq mula bertanya: "Allah tu apa? Allah di mana?". Kemudian suka bertanya dlm nada matang. Cth: "Kalau nak tulis AYAM, macam mana ye?". Dan kerap menggunakan perkataan2 yang agak bombastik seawal usia 2 tahun seperti: "Maksudnya...", "Kemudian...", "Supaya..."
Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
~Biasanya beliau akan bermain seorang diri dalam tempoh yang lama.
Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
~Saya pernah memerhatikan bagaimana beliau menyelesaikan masalah. Satu hari, Wifaq disuruh membawa barang2 yang penuh di tangan dan dihantar ke dalam kereta. Saya lihat, beliau letak dulu buku2 tersebut di atas bahagian depa kereta (atas enjin), buka pintu kereta...ambil semula barang2 dan menutupnya.
~Satu lagi, ada sebiji saja gula2 di tangan Wifaq. Kemudiannya adiknya juga mahukan gula2 yg sama. Apa yg Wifaq buat ialah, membuka plastik...gigit sebahagian kecil gula2 tersebut dan sebahagian besarnya diberi pada adiknya...
Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
~Kalau bab bertanya, biasanya soalanya tidak akan berhenti selagi beliau tidak puas hati. Pernah ketika usianya 1 tahun 2 bulan, beliau menangis hendakkan susu. Ketika itu kami di kafe hotel dan susunya ditinggalkan dalam bilik. Setelah saya jelaskan dengan panjang lebar...beliau terus diam dan makan seperti biasa tanpa sebarang ragam tangis lagi. Saya nampak beliau faham penjelasan saya yang panjang lebar itu...walaupun pd mulanya saya mengagak 'budak ni mesti akan menangis balik sebaik saja aku habis bercaakap..."
Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
~Ya, beliau sering membayangkan perkara2 yg biasanya kanak2 tidak dapat membayangkan dan bercerita dengan ayat yang sangat detail dan jelas.
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
~Wifaq sangat suka membaca ensiklopedia milik saya ketika seusianya...dan bertanya segala macam benda...kadangkala beliau bertanya tentang apa yg didengarnya dr perbualan org dewasa dan dr berita. Ada masa2nya Wifaq akan tidur lewat malam menonton Dunia Jam 10 dengan pesanan: "Mama jgn tutup TV Ipak nk tgk berita...".
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

~Sangatlah tepat. Seawal usianya 8 bulan...ada satu ketika dia melihat saya menangis kerana suatu perkara. Wifaq datang duduk menghadap saya dan menangis sama.
~Pada ketika yg lain, usianya 2 tahun...saya terlalu lapar menanti suami dalam kereta...hingga mengalir airmata kerana sakit perut, Wifaq dtg memeluk saya dan tanya: "Kenapa mama nangis". Saya jawab."Mama lapar dan sakit perut...kenapa Wifaq nangis?", Jawabnya..."Ipak sedih sbb mama nangis...". Oh anakku...
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain
~Jika ada perkara2 yang dirasakannya tidak adil biasanya Wifaq akan bising mempersoalkannya...
Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
~Tepat sekali. Wifaq mmg kurang tidur. Biasanya bangun awal waktu Subuh tetapi tidur amat lewat...dan bangun tanpa rasa mengantuk. Jarang tidur siang hari. Jika pulang dari berjalan jauh juga beliau masih boleh balik ke rumah dan membaca buku atau bermain sedangkan org lain sudah tergolek keletihan.
Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
~Pertama kali Wifaq membuat jenaka seawal usianya 1 tahun. Kami melarangnya dari beridiri dekat2 dengan kaca TV...tetapi beliau mengacah kami dgn pura2 mahu pergi dekat dgn TV sambil ketawa2. Dan saya menyangka semua kanak2 begini...
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
~Jika tidak tahu atau tersilap melakukan sesuatu, beliau akan menangis sekuat2nya...
Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

~Ini sudah disahkan oleh guru sekolahnya. Wifaq biasanya tidak boleh 'masuk' dgn kanak2 seusianya yg gemar berlari dan memanjat. Ada satu ketika, di tempat lapang...saya hairan melihat kenapa Wifaq tak berlari. Saya kata: Larilah Wifaq.... tetapi beliau tidak mahu dan menjawab..."tak payah lari..jalan je..."
~Biasanya beliau akan berkawan dengan kanak2 berusia lebih tua 2 daripadanya dan ke atas...
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas
Permasalah dari segi perkembangan asynchronous
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guruPermasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

No comments:
Post a Comment