Thursday, May 5, 2011

Penyakit: Mungkin Berpunca Daripada Amalan Harian Kita...Part I

Entry kali ini saya tulis berdasarkan pengetahuan setakat yang ada dan dikongsi untuk faedah bersama.

Seringkali terlintas di fikiran saya, kemungkinan besar penyakit yang menghinggapi tubuh badan kita berpunca dari amalan kehidupan harian kita sendiri. Sebagai contoh, bekas makanan yang kita gunakan adakah ianya bebas BPA yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan? Atau bekas masakan anti lekat (non-stick): adakah selamat untuk kita memasak makanan di dalamnya? Dan lain-lain faktor yang adakalanya kurang kita ambil perhatian tetapi memberikan impak yang sangat besar terhadap kesihatan. 
  
BEKAS MAKANAN / MINUMAN BERASASKAN PLASTIK

Botol Susu
Saya mula menyedari dan mengambil berat hal ini semenjak kelahiran anak sulung saya sekitar tahun 2006. Setiap kali memasukkan cecair yang bersuhu agak panas saya terfikir adakah ia selamat untuk anak saya? Maka carian saya di Internet telah menemukan saya dengan produk-produk BPA Free atau Bebas BPA. Kebanyakan botol susu dan bekas makanan bayi ketika itu masih menggunakan bahan plastik berbahaya seperti Bisphenol A (BPA), Polypropylene (PP), Polycarbonat (PC) dll (setakat yang saya tahu...). Malah rupanya botol2 yang cantik yang berwarna warni (biasanya jenama Felton) juga menggunakan bahan PC. Bayangkan apa terjadi sekiranya kita menggunakannya untuk mengisi air masak dan ianya tertinggal di dalam kereta dan terdedah kepasa suhu yang tinggi.

Jadi saya mengambil keputusan mencari botol susu yang bebas BPA walau agak sedikit mahal tetapi boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Saya jatuh hati dengan jenama MAM malah bekas makanan anak2 juga saya pilih dari jenama ini. 

Dan lagi, saya perhatikan ibu bapa yang menggunakan botol susu jenis biasa untuk anak2 tetapi menggunakannya hingga kelihatan retak2 dan hitam legam putingnya. Ibu bapa sila ambil perhatian tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang penyakit kepada anak anda.

Bekas makanan dan minuman
Seperkara yang agak saya geruni ialah...perhatikan jika ke rumah saudara mara di kampung-kampung terutamanya...ada antara mereka yang membancuh air teh panas di dalam bekas plastik. Agak ngeri hendak meminumnya tetapi inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang rata2 masih cetek ilmu kesihatan. Sebaiknya pilih jenis botol minuman dari jenis yang bebas BPA seperti jenama BROS atau La Gourmet yang mudah didapati di pasar raya terkemuka di Malaysia.

Jika makan di restoran, perhatikan pinggan yang digunakan biasanya adalah berasaskan melamine yang agak berbahaya sekiranya anda mengisi makanan panas ke dalamnya. Di rumah saya, bekas2 melamine hanya digunakan untuk mengisi makanan atau minuman yang sudah sejuk. Jika nasi masih panas, gunakan pinggan seramik atau kaca. Maka pilih2lah restoran yang ingin anda kunjungi. Restoran yang sedikit mahal biasanya menggunakan pinggan seramik atau kaca. Dan jangan lupa jenis senduk yang digunakan untuk mengambil lauk pauk. Sebaiknya gunakan jenis Stainless Steel dan elakkan penggunaan jenis plastik.

Pembungkus Makanan

Tidak dapat dinafikan penggunaan beg plastik dan polisterin sangat meluas di Malaysia terutamanya untuk mengisi makanan yang masih panas. Pilihan yang anda ada ialah (itupun jika muka anda cukup tebal untuk melakukannya) dengan membawa bekas makanan bebas BPA sendiri ke restoran. Cara ini lebih menjimatkan plastik tuan kedai dan juga dapat memelihara kesihatan anda sekeluarga. Sebagai seorang ibu saya sering ditimpa perasaan bersalah sekiranya setiap perkara yang saya lakukan berkemungkinan memudaratkan keluarga saya.

Masalah ini juga sering berlaku ketika musim2 perayaan di mana kebanyakan rumah terbuka memilih menggunakan bekas makanan dan minuman polisterin. 

Baguslah kerajaan sudah mengambil langkah mengharamkan penggunaan bahan ini...



2 comments:

  1. huu, mmg ramai x sedar kak cana.. sejak ati belajar environmental health, mcm2 penyakit dah tgk. creepy, sbb org x jaga sanitation, hygiene low, ataupun gne barang2 yg emit chemical vapor.. sume tu bahaya, tpi certain org malas nk kuarkan duit, padahal kesihatan klu xde, sndiri x larat nk makan n buat mende lain...

    ReplyDelete
  2. atie..akak menulis berdasarkan view sendiri je. org mcm atie yg ada ilmu patut menulis lebih pasal benda ni dan support dgn hujah2 saintifik..baru org lebig berminat nk baca kan..akak akan sambung lagi ni tp lum ada masa lagi...

    ReplyDelete