Wednesday, May 15, 2013

BUTTERSCOTCH BREAD BUTTER PUDDING (guna Pemanggang Ajaib)

Salam Alayk.

Mula-mula sekali nak wish Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

Bestnya la weh jadi cikgu. Tiba hari guru sambutan besar-besaran siap ada tema2 lagi...ada yang temanya 'Back To School' iaitu cikgu ke sekolah memakai baju sekolah...so sweet okay. Kalau aku cikgu mestilah aku antara yang paling excited nak berbaju sekolah

Malangnya saya lecturer. Bukan cikgu.

Walaupun ada yang kata ah samalah lecturer dengan cikgu.

Tapi kau orang pernah ke tengok ada sambutan hari guru kat IPT? Sebab tu lecturer ni ada orang kata jawatan yang serba salah. Atas dari cikgu....tapi bawah dari professor. no wonder ada orang tak perasan kewujudan para pensyarah bila tiba time2 hari guru...

Tapi itu bukan masalah. Sebab ada antaranya (akulah tu) yg jadi lecturer ni antara sebabnya sebab tak tahan jadi cikgu atau memang takde keinginan nak jadi cikgu pun. Bukan semua orang mampu jadi cikgu....lebih2 lagi cikgu yang baik.

...letih...kena banyak sabar. Jadi lecturer ni mudah sikit sebab mengajar budak besar. Cakap sikit....bagi je arahan...yang lain semua students buat sendiri.

Oleh itu...saya memang respect kalian yang bergelar cikgu!!! Sebab saya memang tak mampu aih...saya tak sabar. Budak buat perangai sikit mau aku bentak meja sampai terangkat. Esoknya ramai pelajar akan berhenti sekolah beramai2...

See. Orang macam aku ni akan membawa lebih banyak masalah kepada pihak sekolah....@_@

But right now I am a lecturer with all my heart!

Dulu masa kerja (dulu...dan tak lama lagi akan masuk kerja balik okeh) 24 jam dan di mana2 berada..kalau terjumpa benda best yang boleh dijadikan bahan lecture....atau lawak2 yang best boleh masuk dalam slide...saya akan beli atau usaha dapatkan yang free.

Slide presentation saya...mesti ada animation yang bergerak2. Kadang2 saya taruk gambar student tidur dalam kelas...lepas tu students akan ketawa beramai2 sebab terasa diperli. Lepas tu tak jadi dah diorang tidur...hihi.

Belajar law ni agak susah. Kalau lecturer pun skema habislah students pun malas nak datang kelas.

Eh...bukan ke tadi aku cakap nak bagi resipi? Haiyoh.

Sebelum bagi resipi, nak membebel sikit lagi. Begitu mencabarnya proses nak membuat Bread Pudding ni.

Hari pertama tergerak nak buat...cari roti Butterscotch merata kedai dah habis.

Esok dapat roti...vanilla essence pulak takde. Semua kedai takde pulak tu. Kau orang ni berpakat nak kenakan aku ke apa ha? Risaunya kalau roti expired.

Esoknya pergi kedai jauh sikit kat Teras Jernang lepas hantar anak sekolah...alhamdulillah dapat gak vanilla essence. Padahal selalu ada je jual benda ni kat mana2...

Dah dapat Vanilla essence. Time nak masak...ya Allah tertinggal pulak dalam kereta husband. Dia dah bawak pegi opis kat KL. Tangguh lagi. Mau la expired roti aku ni oii

Pagi ni geledah kereta, tak jumpa jugak esen vanila yang didakwa tertinggal dalam kereta. Atas seat...bawah seat semua tak jumpa. Aduyai apalah nasib aku ni.

Jadi pagi ni lepas hantar anak sekolah, singgah la satu kedai alhamdulillah ada. Akhirnya....

Pastu elok je nak keluar kereta, husband kata: 'Ni esen vanila tertinggal lagi...'. Beliau hulur botol kecik yang ditemui atas seat belakang bantal yang saya sandar.

Padahal kat tangan saya memang tengah pegang botol esen vanila...

Ketawa berdekah2 kitorang kat luar pagar..rasanya jiran sebelah pun dengar.

Dah jadi 2 pulak esen vanila. Adui sakit perut la ketawa.

Akhirnya tercapai la jugak hasrat nak buat sendiri Butterscotch Bread Butter Pudding. 
Dah siap susun. Sedia untuk dibakar

Resipi ni mestilah bukan ciptaan saya, tapi saya menuntut ilmu dari blog-blog ini: spicesjourney.blogspot.com dan juga irmadilondon.blogspot.com.

Rasanya gabungan dua resipi ni memang terbaik thanks to the bloggers yang tak lokek ilmu (^_^).

Apa yang buat saya terkinja2 nak jugak buat pudding ni sebab emak bising...dia hadiahkan pemanggang ajaib dan dah lama terbiar berabuk tak digunakan. 

Akhirnya berjaya jugak memanfaatkan pemanggang ajaib ni. Memang bagus. Saya punya brand Vantage. 

Resipi ada di bawah. Tapi saya dah modify ikut citarasa saya. Saya tak suka manis dan lemak sangat jadi sukatan gula dan telur sudah dikurangkan. 

Ini resipinya ye kawan2...(resipi asal boleh tengok SINI dan juga SINI)


BUTTERSCOTCH BREAD BUTTER PUDDING

Bahan2:

~Sebungkus roti Gardenia Butterscotch~percayalah memang terbaik guna roti ni!
(*Tapi seeloknya guna 1setengah atau 2 bungkus jika anda gunakan pemanggang ajaib atau bekas yang lebar...sebab pudding akan jadi rendah dan nipis kalau guna sebungkus...tak berapa cantiklah selepas dipotong walau rasanya masih sama)

~2 tin susu cair/sejat (1 tin untuk pudding, 1 tin untuk dibuat sos)~kalau guna 2 bungkus roti, tambah lagi

~3 biji telur ayam

~3 sudu besar gula kastor

~1 penutup esen vanila (saya guna jenama Star Brand)

~Serbuk Nutmeg (buah pala) ~ I used jenama McCormicks. Tapi resipi asal guna serbuk kayu manis (cinnamon). Sebab takde cinnamon belasah je guna nutmeg...sedap jugak apa...

~1 sudu besar Tepung Ubi Kayu~resipi asal guna tepung jagung. Tapi dalam masakan biasa yang guna tepung jagung biasanya memang saya gantikan dengan tepung ubi kayu sebab rasanya lebih sedap...jadi dalam resipi ni pun saya guna tepung ubi kayu jugak!

~Butter~saya guna jenis yang dah bergaram. So skip garam dalam bahan ni. Kalau guna unsalted butter, then kena masukkan secubit garam.

~Secubit garam~kalau guna salted butter tak payah taruk garam dah.

~1 tin laici.

~Segenggam kismis.

CARA-CARA:

Bahan A:
Telur+gula kastor dipukul hingga kembang dalam mangkuk. Seeloknya melawan arah jam sambil berselawat supaya orang yang makan nanti hatinya lembut dan memuji2 kesedapan puding ini (^_^)
Masukkan 1 tin susu cair.
Masukkan satu penutup esen vanila. Kacau hingga sebati.
Masukkan sesudu tepung ubi kayu. Kacau sebati lagi sampai hilang ketulan. 

Bahan B:
Ambil roti...buang bahagian tepinya.
Kemudian potong menyerong hingga jadi bentuk segitiga...sapukan butter di permukaan roti. Kalau rajin buat dua2 belah. 
Sapukan seluruh permukaan pemanggang dengan butter.
Susun roti dalam pemanggang.
Taburkan kismis dan laici. Boleh ambil sikit air laici tu dan tuang sikit secara merata atas roti untuk dapatkan rasa manis laici.

Tuang Bahan A ke atas roti menggunakan penapis hingga melitupi seluruh permukaan roti. 

Bahan C: Sos puding.
Kalau ikut resipi lain, semuanya guna kastard sauce yang dimasak. Since saya tak suka kuah kastad yang likat...saya hanya campurkan susu cair/sejat dengan sedikit air laici dalam tin atau air koktel buah-buahan. Kalau rajin boleh masukkan sedikit esen vanila dan secubit garam. 

Tutup pemanggang ajaib, baca bismillahirrahmanirrahim...dan hidupkan api. Ingat: api mesti kecil dan perlahan sekitar 10-15 minit sahaja. Kalau terlalu lama takut hangit.

Lepas siap, hidangkan dalam piring. Jangan lupa tuang sos.
nampak lembik sebab panas2 dah tuang susu....tak sabar sangat
versi yang belum tuang sos. sebenarnya belah bawahnya macam terhangit sikit sebab terlewat tutup api huhu. Takpe first try. Next time kita improve ok. Tapi rasanya tetap sedap!!!
Alhamdulillah...dah hampir licin!

Memang ajaib betullah pemanggang ajaib ni. Next time boleh try benda lain pulak.

Lepas masak jangan lupa kemas.

"Durian Teluk Emas, lepas masak kena kemas". (^_^)



4 comments:

  1. Puan, kat area rumah saya pun gitu. Takde vanilla essence. Stress betul. Saya egt sy je yg kena. hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. nanti nak cuba jugalah. terima kasih sebab sudi kongsi resepi..

    ReplyDelete
  3. Nak share resepi dgn gamba ni boleh?

    ReplyDelete