Salam 'alayk.
Hampir setiap minggu anak-anak saya bawa pulang birthday goodie bags dari taska.
Malangnya...lebih separuh dari isinya terpaksa ditongsampahkan.
Kenapa?
Disebabkan sebahagian besar isinya adalah junk food! Yang mana makanan seperti ini memang dilarang sama sekali dalam rumah kami.
Kadang-kadang, saya sebagai ibu rasa marah dan kasihan dalam masa yang sama.
Marah sebab tertanya2 kenapalah parents lain tak prihatin tentang nutrisi pemakanan anak2 ini dan tempiasnya terkena kepada anak2 saya...sedangkan saya bersusah payah mendidik kaedah pemakanan sihat pada anak2 saya....sejak dari bayi lagi!
Dan sungguh kasihan sebab makanan itu terpaksa dibazirkan begitu saja.
Saya boleh bayangkan berapa banyak wang ibu bapa yang keluar untuk menyiapkan goodie bags sedemikian rupa. Dengan bekas yang comel dan dihias indah. Sayang kalau isinya tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Bercakap tentang junkfood, dah namanya pun 'junk' food takkan pulak saya tergamak nak berikan makanan sedemikian rupa pada orang lain sedangkan anak saya sendiri tak diizinkan memakannya.
Setakat ni alhamdulillah anak2 masih kuat berpegang pada didikan saya...tapi esok lusa belum tentu.
Suasana sekeliling sebenarnya memainkan faktor penting buat anak-anak ini...kalau dah setiap hari disogok dengan benda2 itu dan melihat pula rakan2 dan cikgu2 makan benda yang sama...adakah anak2 saya (dan anak2 lain yang sependapat dengan saya) boleh bertahan...?
Anak dara saya pernah bercerita: "Mama tadi kakak nampak teacher makan benda yang tak bagus...selamba je...".
What can I say kepada kanak2 sekecil 3 tahun setengah? Nak kata: "Biarlah teacher nak makan apa pun..itu perut dia...kakak tetap tak boleh makan..."? Rasanya belum cukup meyakinkan anak saya.
Cikgu pun harus tunjukkan contoh yang baik termasuklah dari segi pemakanan.
Setiap kali bawa pulang goodie bags ke rumah, anak2 saya akan kumpulkan di satu tempat dan makanan2 tu akan dibuang begitu saja. Yang diizinkan hanya air kotak (sesekali), gula-gula dan biskut. Cekedis dan jajan yang ada bahan perasa tambahan dilarang sama sekali.
Saya rasa saya masih OK. Ada sesetengah ibu bapa lain yang lebih extreme melarang terus sebarang bentuk makanan ringan termasuk coklat dan gula-gula.
Saya punya alasan tersendiri mengizinkan anak2 makan gula2 dan coklat dgn kadar tertentu.
Gula adalah bahan natural dan sesekali tubuh kita memerlukannya untuk tenaga.
Coklat juga bahan natural yang sesekali pengambilannya boleh memberi mood yang baik untuk kanak-kanak.
Di sini saya beri pilihan pada anak2 dan bukannya melarang terus.
Saya faham, anak2 ni akan jadi sangat excited melihat pembungkus yang comel dan berwarna warni. Bayangkan kalau kita melarang terus...apa akibatnya?
Jadi saya beri peluang mereka memilih. Yang ini boleh...dan yang ini tak boleh.
Jadi mereka kurang rasa tertekan bila tengok kawan2 lain boleh makan sedangkan mereka tak boleh.
Sekarang si Tebi yang berusia 2 tahun pun bila ke shoping complex dia dah tahu yang ni boleh dan yang itu tak boleh.
Biasanya lepas makan gula-gula dan cekelat...anak2 saya dikerah untuk minum air zam-zam atau air masak untuk meneutralkan kembali kandungan gula. Dan juga memberus gigi.
Jajan dan Cekedis dilarang keras kerana kandungan garam yang tinggi dan punya kandungan penambah perisa yang hakikatnya tidak diperlukan oleh tubuh terutama kanak-kanak. Pengambilan yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang dan juga tak baik untuk perkembangan otak.
Pernah sekali, ada seorang aunty offer pada Wifaq cekedis yang dimakan anaknya yang sebaya Wifaq juga. Saya curi dengar...
Wifaq geleng dan kata: "Mama tak bagi makan...". Alhamdulillah saya urut dada lega.
Wifaq geleng dan kata: "Mama tak bagi makan...". Alhamdulillah saya urut dada lega.
Lepas itu, aunty itu datang jumpa saya dan cerita peristiwa yang berlaku. "Bagus budak ni..tak makan junk food..".
Maksudnya beliau tahu makanan itu tak bagus, tapi mungkin terpaksa beri pada si anak yang dah mengamuk2 nakkan benda itu.
Persoalan di sini: Siapa dan bagaimana anak kecil itu boleh kenal makanan seperti itu?
Kalau ikut cara saya, saya sendiri memang tak pernah makan. Dan sejak dari anak2 saya masih bayi...setiap kali menonton TV saya akan katakan: "Eee tengok orang tu makan makanan tak bagus...nak sakit masuk hospital...nanti kena cucuk dengan doktor...lepas tu kencing manis kena potong kaki".
Itu yang saya katakan setiap hari lama kelamaan anak2 ni sendiri yang akan sebut sebaik pandai bercakap.
Satu lagi kaedah, rajin2 ziarah orang sakit di hospital dan bawa anak-anak (kalau boleh). Kemudian explain pada mereka kenapa orang tu sakit...sebab tak jaga kesihatan...dan ambil iktibar dari situ.
Saya cuma berharap...pihak pengurusan sekolah sendiri perlu membuat peraturan dan garis panduan jenis makanan bagaimana yang boleh dan tidak boleh dimasukkan di dalam goodie bags.
Seeloknya ambil kira khasiat dan nutrisi makanan2 tersebut dan kesannya pada anak2.
Kalau pun kita tak kisah anak2 kita memakannya, sila fikirkan anak2 orang lain.
Ambil kira sensitiviti ibu bapa lain.
Ada ibu bapa yang bijak, menyediakan pencil case yang harganya sekitar RM1-3...ini lebih baik sebab anak2 ini boleh menggunakan alas tulis itu dan tidak habis (atau dibuang) begitu saja.
Saya mencadangkan adalah lebih baik memberi makanan2 berkhasiat yang punya packaging seperti makanan ringan yang ada di pasaran.
Cadangan saya:
~Peanut Candy (yang macam kacang tumbuk diimpot dari Timur Tengah tu. lagipun kacang elok untuk otak)
~Prun
~Kismis
~Buah2 kering dan dibungkus comel2 seperti dried Cranberry, Kiwi, etc.
~Susu kotak bersaiz kecil (atau air mineral yang dipek comel-comel)
~Buku nota comel dan pen comel.
~Pensel warna (pastikan non toxic....)
~Biskut (yang tidak terlalu manis)
~Bijirin yang dipek kecil-kecil (eg: Koko Krunch kotak mini)
~Madu (yang dipek kecil-kecil...baik untuk otak kanak2)
~Cuka kurma kahs untuk kanak-kanak (yang dipek kecil-kecil...tapi mesti mengikut usia kanak-kanak...kalau terlebih dos takut pedih perut).
~Roti saiz kecil (macam Twiggies...)
Dan apa-apa cadangan lain yang dirasakan sesuai.
Kadang2 pergi kenduri dan majlis di rumah orang pun payah juga. Depa duk hidang air gas...sedangkan anak2 saya dilarang keras minum air gas atas faktor kesihatan. Macam mana nak jawab tu?
Orang dewasa pun tunjuk contoh tak baik....kalau nak minum seeloknya minumlah sorok2 dan jangan depan anak2. Air gas bukanlah haram...ia halal.
Tapi kanak2 adakalanya tak pandai nak control pengambilannya. Bila dah sekali minum dan suka...dia akan minta lagi dan lagi dan lagi....sedangkan kandungan gulanya ya ampun sangatlah menakutkan! Dah tua tau2 kena diabetis....salah siapa...?
Waktu inilah kita memerlukan kerjasama dari pihak-pihak lain juga terutama cikgu-cikgu di sekolah untuk beri contoh terbaik buat anak-anak kita.
...dan saya pasti ibu bapa lain pun begitu!
Ibubapa lain mungkin punya approach berbeza...tapi saya yakin matlamat kita sama.
Anak2 adalah amanah...mereka bakal pemimpin masa depan negara. Dan saya pasti kalau nak memimpin dengan baik mereka harus punya tahap kesihatan dan tabiat pemakanan yang baik.
Masa itu saya pun dah jadi warga emas dan tak mahu dipimpin oleh orang muda yang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis!
Salam Ukhuwah.
Junk food memang sedap...tapi bayangkan kesannya yang amat menakutkan!
Setuju.. Saya beruntung, anak saya tak suka makanan ataupun minuman manis terutamanya air yang bergula tapi tak bersusu. Baru ni kawan dia bagi gula-gula pun dia banyak komen, katanya nanti rosak gigi (pengaruh cerita upin ipin episod gosok gigi)
ReplyDeleteSalam. Saya nak minta izin share entry ni utk perkongsian dgn para guru. Tq
ReplyDelete