Monday, October 15, 2012

Bila Anak Nak Jadi Macam Kita

Saya punya dua orang anak dara.
Tapi lately saya perasan si kakak Rihaab macam nak tiru semua perbuatan saya.

Malam sebelum tidur biasanya saya akan cuci muka, kemudian pakai toner dan night cream. Adalah sesekali saya malas dan skip je rutin tersebut, contohnya malam tadi.
Bila tengok mama terus tidur, si kakak tanya: "Mama tak pakai toner dengan night cream ke malam ni?".
"Malam ni mama malas...nak tidur awal". (Lepas tu baru sedar...alamak, kenapa la aku guna alasan 'malas'?. Tak semenggah betul...*tepuk dahi*)

Lepas tu kata si kakak: "Nanti kakak dah besar bolehlah kakak pakai toner dengan night cream macam mama...kakak nak pakai baju mama, tudung mama...kakak nak jadi macam mama...nak jadi lecturer".

Gulp!
"Nak jadi macam mama"~~dalam maksudnya dan agak menakutkan bila diamati.

Anak ini mungkin masih kecil dan belum sedar yang emaknya banyak kekurangan dan cacat cela terutama dari segi akhlak.
Di kebanyakan masa, sebagai manusia biasa kadang2 ada juga saya meninggikan suara pada anak-anak...terutama setelah tak jalan cara lembut.
Saya memang tabik spring kepada kaum ibu yang boleh sentiasa berlembut dan sabar dengan kerenah anak-anak terutama di masa-masa 'degil' mereka.

Saya bukan ibu yang sempurna. Jauh sekali manusia yang sempurna.

Saya menghabiskan zaman remaja saya dengan memerhati kerenah anak-anak orang lain.

Banyak yang saya lihat, emak dan bapanya terlalu lembut dan tak ambil kisah perangai anak-anaknya...terutamanya bila ke rumah orang.
Budak-budak tu dah melompat-lompat, usik barang tuan rumah, koyakkan majalah tuan rumah...mak bapaknya hanya komen begini: "ala biarlah budak-budak".

Bila balik mak bapak dan anak2 yang nakal tersebut, tuan rumah mengomel pada kami. "Tengok anak si XXXX tu. Anaknya buat apa pun dibiarnya...sampai orang punya majalah koyak pun dia tak kisah. Majalah ni aku beli ni guna duit...".

Bermula dari situ, apa yang saya tanamkan dalam kepala ialah...biar kita marah anak kita dulu, jangan sampai orang lain marah anak kita dan kata kita tak pandai mengajar anak!

Anak-anak saya ada jugak perangai nakalnya.
Kadang-kadang bukan dia tak tahu dan tak dengar larangan kita...tapi...yelah, kat rumah orang biasanya emak dan ayah takkan marah-marah sangat.

Biasanya balik rumah, saya takkan lupa perbuatan tu. Kadang-kadang, pappp...!!! kena sekali kat punggung...tiba2 tanpa warning sebaik sampai rumah.
"Kenapa mama ni tiba2 pukul Ipak?". Biasanya si Wifaq yang kena sebab akal dia panjang sikit.
"Ini untuk kesalahan tadi kat rumah orang. Sebab usik barang orang...mama tak lupa tau. Nak buat lagi?".

Ya. Begitulah.
Saya pun tak pasti cara saya betul atau salah tapi setakat ini cara inilah yang berkesan.

Kalau boleh saya nak anak-anak saya jadi insan yang jauh lebih baik dari saya. 
Kadang-kadang saya lupa dan lalai.
That is why, saya perlu sentiasa membaca buku2 motivasi parenting from time to time sebab bila lama tak baca je jadi lupa.
Melayu saya memang mudah lupa isk isk.

Parents yang bagus hakikatnya tak perlu rujuk mana-mana. But not in my case.
Saya kena sentiasa diingatkan...bila lama tak diingatkan saya akan lupa.
Bila lupa mulalah saya jadi emak yang entah apa-apa...

Pada saya menjadi ibu dan bapa hari ini perlukan ilmu yang amat tinggi dan sentiasa bersikap analitikal terhadap situasi dan perkembangan anak-anak.
Banyakkan menggali ilmu, baca buku dan belajar dari orang lain yang lebih berpengalaman.

Buku motivasi parenting agak boleh tahan jugak harganya.
Kalau nak ikutkan, sama harga sebungkus diapers dan setin susu.
Tapi isinya kalau kita baca dan amalkan...nilainya jauh lebih berharga dari sebiji permata.

Jangan sesekali sombong dan rasa ilmu kita dah cukup. Pernah sekali, rakan saya memperlekeh tindakan saya yang memborong buku-buku motivasi dan parenting...termasuklah buku adik NADIAH yang cemerlang SPM tu. 
Kawan saya kata: "Buat apa beli buku budak ni? bukan hebat sangat pun". 

Saya diam. Tak jawab apa-apa. Rasanya kalau explain pun dia tak faham kenapa saya beli buku itu.
Saya mengidamkan anak yang hebat macam itu. Jadi, sama ada muda atau tua bukan soalnya.
Walaupun dia hanya seorang budak, tapi mesti ada ilmu dan pengalamannya yang boleh kita kongsi dan ambil iktibar.
Manusia hebat dijadikan Allah SWT tidak sia-sia.
Hampir semua buku-buku biografi anak-anak cemerlang SPM ada di rak buku saya.
Setiap kali menatap wajah anak-anak ni, saya berdoa semoga anak-anak saya jadi macam mereka. Lepas tu mesti air mata nak bergenang dan menitik...sambil imagine betapa terharunya ibu bapa yang melahirkan anak2 begini.
Dan kalau boleh saya hendak belajar dari ibu bapa anak2 hebat ini.

Pada saya ini kata-kata orang sombong. Hatta makcik cleaner yang selalu kita jumpa pun sebenarnya ada ilmu pada mereka yang perlu kita hargai...
Sewaktu masih bekerja, setiap pagi waktu nak masuk bilik...akan ada sorang makcik atau kakak cleaner yang menyapu depan bilik saya dan beri salam pada setiap pensyarah yang lalu.


Kalau dia tak tegur saya, saya akan tegur dia dulu.
Lama-lama bila start saya cuti belajar, dan sesekali datang ke pejabat...beliau dulu yang tanya: "lama tak nampak puan...ingatkan dah pindah".
Walhal selama ni saya rasa makcik ni tak perasan pun kewujudan saya. Tapi disebabkan kata-katanya yang simple itu...saya rasa amat dihargai (walaupun beliau bukanlah Dekan Fakulti dan hanya seorang cleaner).

Kesimpulannya: hargailah setiap insan dan setiap perkara yang lalu dan singgah dalam hidup anda. Anda takkan tahu apa signifikannya di masa hadapan.
Mungkin satu hari anak makcik cleaner itu jadi Pegawai atasan tempat di mana anak-anak saya memohon kerja...mana tahu kan?

Adakala kebaikan yang kita buat, balasannya bukan ke kita...tapi kepada anak-anak kita.

Kalau difikirkan, huiii penatnyalah being analytical terhadap setiap anak. Imagine kalau ada 9 anak...nak analyze sembilan-sembilan tak ke semput?
Tapi memang itu jelah caranya.
Nak ke taknak ke...mesti ambil tanggungjawab ini setelah kita melahirkan mereka ke dunia.

Kadang2 saya terlalu analitik, hinggakan setiap kali anak lahir...dekat hospital lagi saya dah cek apa jenis darah anak.
Anak yang jenis darahnya sama...biasanya punya perangai yang hampir sama.
Dan anak itu ikut darah siapa? ayahnya atau saya?

Kalau ikut darah saya, biasanya anak itu tahap immune-nya tinggi...tak mudah sakit...mudah sakit dalam situasi bagaimana..etc etc etc...
Anak yang ikut darah saya ialah Rihaab. Darah A+..memang tak mudah sakit kecuali yang sakit itu ialah orang sama jenis darah dengan beliau.

Itu satu contoh being analytic.
Ada banyak situasi lagi kita sebagai ibu bapa perlu peka dan rajin analisis perkembangan anak.

Being a parent, u have to love the children unconditionally. That's hard...but there's no other way than that.

Sebenarnya suami saya seorang yang penyayang dan tak garang dengan anak-anak. Amat susah nak meninggikan suara dengan anak-anak...tapi...yang amat herannya...anak2 kata baba tak best, mama best.

Padahal babanya tak garang, pun boleh kata tak best.
Mama yang garang ni dikatanya best! *garu kepala*. Yelah tapi itulah kelebihan seorang ibu.
Walau pun muka tak cantik macam Siti Nurhaliza...anak2 tetap akan kata kita cantik...dan pandang wajah kita macam idola terhebat abad ini.

Ini muka manusia yang mula2 ditatap sebaik lahir ke dunia.
Ini muka manusia yang menyuskannya, memandikannya, mendodoinya sampai tidur...takkan anak2 ini boleh lupa kan?

Nak tidur dengan mama. Kalau pergi kenduri, semua nak duduk atas riba mama. Nak makan, nak duduk sebelah mama. Nak mama suap. Nak mandi dengan mama...semua mama. Patutlah mama susah nak gedebab.

Padahal emaknya di kebanyakan masa lebih singa dari singa! *serius*

Dan dua tiga hari kebelakangan ni, yang paling ketara ialah si kakak asyik meniru semua perbuatan saya.
Makan di restoran, dia akan order air yang selalu saya order...dan makanan yang selalu saya makan.
Berpakaian macam saya pakai.
Berdiri depan cermin dan konon-konon bersiap ikut gaya mama.

Tindak tanduk saya semua ditirunya...

Waduh budak ni.

Ini peringatan buat diri sendiri: sila improve diri anda mulai sekarang kerana dah ada yang mula meniru gerak geri anda.

Tak lama lagi mungkin si Tebi pun akan jadi macam kakak...

Ya Allah hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Amin!
*Sebenarnya dah penat menaip hiksss*

Walaupun dua-dua keluar dari perut mama, tapi sikap kalian berbeza.  Kakak agak pemalu, manja dan drama queen! si adik lebih agresif, outspoken dan kalau meniru perbuatan orang...dia akan tiru tapi disampaikan dengan cara yang lebih baik (macam orang Jepun pulak, tiru...tapi diimprove segenap segi to be a better version!). Persamaan: dua2 mulut becok hmmm
Sekian. Thanx for reading.

No comments:

Post a Comment