Saturday, October 20, 2012

Ada Apa di Seksyen 7 Shah Alam?

...jawapannya: Macam-macam ada!!!

Hari ni saya pergi Seksyen 7 buat keberapa puluh kali la entah semata-mata nak beli kain cotton corak Paisley.

Dua tiga menjak ni termimpi-mimpi pulak corak paisley yang cute itu (sampaikan blog background pun usaha nak tukar ke corak paisley tapi tak jumpa yang berkenan di hati)

Orang perempuan memang suka kalau dapat datang sini.

Segala mak nenek butik tersohor ada kat sini especially online butik yang dah tak online lagi sejak wujud di sini.

Tapi harini kawasan ni jammed teruk sebab ada banyak kereta dan bas dari Kelantan menyerbu sini sementara nak tengok perlawanan bola malam ni.

Sampaikan masa nak beli cotton kat Jakel pun ada sorang kakak ni puas menawar harga kain dengan alasan dia datang dari jauh ni nak tengok bola. 

Teringat beberapa tahun lalu...masa tu kawasan ni masih kawasan lapang yang berdebu. Satu-satunya bangunan yang ada ialah sekolah tamil yang agak uzur. 

Masa tu banyak kali jugak duk ulang alik datang area ni pergi developer office...sebab ayahanda saya ada beli 2 bijik buah apartment di kawasan ni. Memang bijak la ayahanda saya buat investment kat sini...tengok apa jadi dengan kawasan ini sekarang?!

Memang tak jangka langsung kawasan ni boleh jadi begitu femes macam sekarang. Secara tak langsung rumah sewa pun jadik mahal sebab dekat pulak dengan UiTM. (Ayahanda saya orang lama UiTM).

Oit nak cerita pasal butik, pegi cerita pasal rumah sewa pulak...heh

Baiklah. Antara butik2 terkenal yang ada kat sini....

eh malas nak tulis banyak-banyak, sila tengok gambar jelah sekejap lagi. Tapi  antara yang selalu saya masuk ialah Pearl Haya, Ustazah, Jakel dan Bazaar @ 7. Butik2 lain saya pernah masuk sekali dua je dan tak beli apa-apa pun.

Contoh butik lain yang glemer ialah D'Haja, Radiusite (yang selalu kuar TV dan majalah Hijabista tu), Saidatulnisa (ala kakak Ella tu) dan banyak lagilah. 

Tempat makan pun banyak kat sini. Cuma yang susah nak solat je...patut kena buat surau besar atau masjid je kat sini senang.

Saya suka datang sini bila encik bos outstation. Rasa macam release betul tengok deretan butik-butik kat sini macam satu dunia yang indah je hehehe. 

Malam semalam saya bangun seawal 4 pagi untuk study...rasa macam nak reward diri sendiri dengan beli kain corak kegemaran dan kegeraman.


Yang kanan sekali tu pehaya feveret saya. Kelihatan dalam gambar ini: Fareeda, Sugarscarf (atas Fareeda), ada restoran Big Taste yang pernah kuar rancangan Safiyya tu...dan macam-macam butik lagi kat depan kat belakang...atas bawah...etc etc..tak cukup satu hari nak round sume 
Ok di sebelah kanan ada butik Radiusite (yang glemer dgn shawl paddlepop dan selalu keluar TV jugak), Qish Qish Butik, Jemari, D'Haja dan banyak lagi. Bazaar @ 7 pun ada di situ...dan wajib singgah kalau ke sini sebab di sini ada macam2 pilihan dengan harga lebih murah.

Dalam banyak-banyak ni...antara yang terbest (pada saya) ialah Bazaar @ 7. Orang lain maybe kata tak best.

Sebab kat sini, walaupun dia hanya kedai kecik-kecik di celahan butik2 glemer...tapi design2 online butik terkenal kita boleh jumpa kat sini dengan harga 'mampu milik' (terpulang kepada definisi anda mengenai mampu milik...). Tapi ofkos, perbezaan harga juga bermaksud perbezaan kualiti. Tapi oklah untuk student-student UITM dan UNISEL nak datang shopping sini...

*bergayaah kau orang pergi kelas ye...~komen seorang lecturer seraya menurunkan kacamata dan memandang dengan mata kecik...~*


Macam maxi dress ala-ala The Poplook (saya sambar selai harini isk isk), yang macam Amy Hakim pun ada. Ada maxi skirt ala-ala Modish Mode House dengan concept colour block. (Saya beli skirt kaler mustard dengan blouse kaler merah cili...uih...entah bila nak pakai entah...(^_^) tapi boleh mix n match dengan yang sedia ada...

...ada juga cardigan, ada shawl, ada bawal, ada macam-macamlah...memang boleh pitam tak tau nak pilih yang mana kalau bawak wang terhad. Kalau bawak wang banyak memang takde masalah...heh. Kat butik-butik lain boleh guna kad tapi tidak di Bazaar @ 7.
Pendek kata, kalau anda rajin membelek majalah Hijabista tu...kat sinilah kemungkinan besar boleh ketemu outfit macam dalam majalah tu. Boleh pilih. Nak yang mahal, masuk butik. Nak yang murah, masuk kedai-kedai kecik macam Bazaar tu. Tapi sometimes kualiti tak sama (sebab tu harga pun tak sama) tapi masih OK. Setiap benda itu mahal bersebab...dan murah pun bersebab (^_^)

Lepas soping, pergilah singgah makan di restoran berdekatan. Ada restoran Ikan Bakar Bubu, Haji Sharin Low, Wong Solo, Big Taste, Upin Ipin (Upset~masa kami datang dua kali masuk sampai jam 12 tengahari makanan tak ready..last2 anak2 merajuk tak makan langsung terus balik) macam-macamlah ada. Tapi kami cuma pegi Tutti Frutti je sebab budak2 dah bising nak makan yogurt. Ini memang tempat wajib...once a week mesti pergi makan yogurt.

Budak2 nak makan TF (nak ambik sendiri pulak tu)...layan jelah
Anak dara ni tak control langsung...

Saya ni bukan hijabista sangat...tapi saya pemerhati setia perkembangan dunia fesyen wanita berhijab ni. Ada yang boleh ikut, ada yang tak boleh sebab tak kena dengan karakter saya. Apa-apa pun menutup aurat kerana Allah SWT...dan ikutlah peraturannya.

Jangan sampai orang bukan Islam pulak tak berminat nak masuk Islam selepas tengok pembawaan diri dan cara kita berpakaian. Comot, tak bersih dan unpresentable. 

Tapi...jangan pulak sampai orang bukan Islam ketawakan kita kerana nampak sangat u are trying very hard nak ikut fesyen tapi terikat dengan terma 'hijab' maka yang ketat metat pun disarung asal kepala masih 'berhijab'. Kalau begini caranya dah jadi tak betul.

Sederhana itu yang terbaik!

Cakap pasal brand ni kan, lepas shoping balik rumah lepak atas katil baca buku. Maka datang anak bujang saya ajak main teka teki tekuk.

Wifaq: "Mama jom main teka teki tekuk nak?".

Saya: "Okay...(fikir sejenak)...tudung jenama apa feveret mama?" (Ada ke dengan anak bujang pun main teka teka bran tudung...huhu)

Wifaq: (tak fikir panjang) "Pearl Haya...".

Saya: "OK. Baju jenama apa feveret mama?".

Wifaq: (Tak fikir panjang jugak) "Saraya Zahret".

K. It's that obvious sampaikan budak 5 tahun pun mampu teka tak memikir-mikir, isn't it?   

Sekian.

2 comments:

  1. Salam Kak...sy nk mintak izin copy gambo deretan kedai seksyen 7 yg akak amik ni bole?
    harap akak x keberatan.
    1st time bca blog akak gara2 survey butik seksyen 7 info. byk informasi & tulisan yg menarik..salam perkenalan dr saya :-)

    ReplyDelete
  2. Wsalam mariam.....boleh silakan...:)

    ReplyDelete