Assalamualaikum.
Tiba-tiba je harini terasa nak berceritera pasal umrah balik...setelah tertangguh beberapa lama.
Kesian kat kawan-kawan yang tunggu update dan asyik duk ulang baca entri lama.
Tuan rumah agak busy...
Tapi malam ini terasa nak buat entry pendek bersempena 'hajj fever' yang tengah hangat sekarang.
Encik suami saya pun tengah sibuk di Kelana Jaya (pada waktu entry ini ditaip) menguruskan kumpulan terakhir jemaah beliau berlepas.
Ikutkan, encik suami sepatutnya fly bersama-sama mereka malam ini...tapi terpaksa delay sampai next week?
Kenapa delay...?
Sebabnya para peneman setia saya iaitu mama dan baba saya (atau lebih mesra digelar Atuk dan Opah saje sejak mendapat cucu) dua2 outstesen sepanjang minggu lepas dan minggu depan.
Insya Allah encik suami ada di sisi sampai depa kembali ke kehidupan yang asal hehehe.
Saya percaya Allah dah aturkan segalanya dengan baik sekali.
Dalam keadaan saya yang amat stres nak mengabiskan pengajian...rasanya diorang tak tergamak nak tinggalkan saya seorang diri dan kelam kabut dengan tiga kanak-kanak yang havoc itu.
Dan jadualnya berjalan dengan baik sekali...bila encik suami fly, Opah ada...bila encik suami balik, Atuk dan Opah outstesen...lepas tu baru encik suami fly balik.
Saya berdoa semoga urusan mereka2 yang banyak berkorban untuk saya dipermudahkan.
Rasa macam dimanja-manjakan sampai beranak pinak...sampai ke tua...*almaklum anak tunggal kan.....(^_^)*
Malam ni, tiba2 terjumpa gambar2 yang tersimpan dalam kamera kecik Nikon. Kadang2 ke masjid saya bawa DSLR...kadang2 bawa si kecik Nikon...jadi terlupa langsung tentang gambar dalam Nikon sebab si Nikon ni selalu travel jauhhhh ikut encik suami merantau.
Bila tengok balik gambar-gambar ni oh sungguh tak percaya dah nak sampai penghujung tahun wahal masa kami pergi tu awal tahun...Februari 2012...suhu pun masih sejuk especially di Madinah dan masa tu visa baru buka selepas musim haji....
Sekarang dah pun masuk musim haji balik.
Cepatnya masa berlalu...*cuak!*
Kami menginap di hotel Al Wafi Jadid yang terletak atas bukit. Jadi sepanjang perjalanan ke masjid wajiblah encik suami yang menolak budak bertiga ini. Weelchair itu adalah hak milik Yaskin Travel. yang telah kami salahgunakan untuk mengangkut orang2 sihat..hehehe ampunkan kami....
Di Makkah, tak recommended bawa stroller ke masjid...reason being, nanti stroller tu akhirnya kena tinggal kat luar jugak. Kalau di Masjid Nabawi ok untuk bawa stroller sebab memang boleh bawa masuk dan boleh parking even sebelah kita sewaktu solat...
Di Makkah, tak recommended bawa stroller ke masjid...reason being, nanti stroller tu akhirnya kena tinggal kat luar jugak. Kalau di Masjid Nabawi ok untuk bawa stroller sebab memang boleh bawa masuk dan boleh parking even sebelah kita sewaktu solat...
Perasan tak gambar ni pakai baju lain. Sebenarnya ini hari lain. Tapi tiap2 hari bila bawa budak2 ni ke Masjidil Haram tetap rutin yang sama. Feeding the Doves! |
Ada yang kata doves ni dari keturunan yang wujud sejak zaman Rasulullah dan mereka hanya makan pemberian yang halal, bersih dan ikhlas saja. Wallahua'lam.
Dengan wheelchair nilah kami bawa anak2 bertawaf mengelilingi Baitullah.
Wifaq sibuk baca doa-doa tawaf dalam buku doa...tup tup masuk round ke-3 si Tebi dan terlentok lena walaupun cuaca agak panas...
Mencabar jugak bawak budak-budak tapi teamwork yang jitu antara suami dan isteri amatlah perlu. Dalam hal ini, saya dan encik suami telah melaksanakan teamwork yang agak cemerlang *sila puji diri sendiri hehehe* walaupun di kebanyakan masa saya lebih banyak tawaf seorang diri.
Terima kasih sangat2 untuk husband yang banyak bertimbang rasa dan beri peluang saya beribadah dengan selesa tanpa gangguan anak-anak...maklumlah first timer kan...
Dah sampai dataran Masjid barulah turn saya pulak menolak anak-anak...
Sepanjang perjalanan ke masjid, ramailah insan berhati mulia duk bagi macam-macam kat budak-budak ni. Anak-anak kan ahli syurga....(^_^) untung kau orang kecik-kecik dah sampai Mekah...mama dah umur 30an barulah merasa nak tengok Kaabah...
Anak-anak sibuk duk ulang alik ulang alik ambik air zam-zam...memang nikmat bila dapat minum air zam-zam sejuk sesuka hati dan sebanyak mana kita mahu. Makan aiskrim magnum atau kek cekelat indulgence tak cukup heaven....Ini baru heaven! (^_^) Imagine sambil lepak2 kat tiang tu...air zam-zam di tangan...sambil teguk air sambil menatap Kaabah....*rindu saat-saat ini sobs,,,T__________T*
Lepas selesai umrah atau solat, wajiblah singgah di sini membeli aiskrim yang kalerful.
Ya Allah sangat merindui bumi haramain yang damai itu.
Semoga adalah rezeki hamba untuk ke sana lagi...dan lagi...dan lagi. Amin.
sy jugak yg x sempat cr kedai aiskrim masa dkt mekah.. kata kwn sy sedap sgt.. kalah BR..
ReplyDeleteRindunya tmpt ni kak shana huhu pg dulu ms kecik darjah 6 tatau sgt huhu
ReplyDeleteIrma:....dia jadi sedap sebab suasana kat Mekah tu mmg dah naturally seronok kan...(^_^)
ReplyDeleteHanis:...hanis lag dasat darjah 6 dah pergi. akak ni dh tua2 la baru sampai. Insya allah boleh p lagi bawak Ken Hamza pulak....