Thursday, May 17, 2012

Kindie Hunting Part I: Perlu Ke?

Assalamualaikum wbt
Budak2 ni apalagi kalau bukan main travel2...dan shopping2....
It's Friday again. Jumaat penuh barakah. Sayyidul Ayyam.
Dan di hari Jumaat yang mulia ini saya telah melakukan satu keputusan yang sebenarnya tak adalah apa sangat...tapi besar pada saya. 

Setelah berkali-kali melakukan solat Istikharah akhirnya saya nekad memasukkan Rihaab ke sekolah yang pada mulanya saya agak reluctant nak pilih disebabkan harganya yang mahal. RM500 per month (setelah dapat diskaun dari ownernya yang merupakan rakan sejabatan saya dan beliau juga merupakan ex-student emak saya di KISAS dulu).

Saya percaya, the best education comes with high price. Kalau mampu, maka elok sangatlah memilih yang terbaik untuk anak-anak.

Mungkin ada orang kata, apahal kau nak susah2 istikharah padahal nak pilih taska untuk anak je pun.

But no. To me, every single decision you make in life (hatta perkara sekecil memilih baju apa nak pakai untuk hari ini pun) will leave some impact in your life no matter small or big.

Saya rasa ralat sekiranya membuat satu keputusan tanpa meminta petunjuk Ilahi. Sebab kalau terjadi apa2 kemudian hari I can't help blaming my self for the silly mistake I've done.
Kita hamba yang lemah. Allah SWT yang mencipta kita tentu suka jika kita berserah kepadaNya dan sentiasa minta guidance daripadaNya. Dia yang mencipta kita...maka tentulah Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Pendek kata, istilkharah ni dah jadi habit saya sejak dulu. In fact sehingga malam nak nikah dengan encik bos pun saya masih tetap dengan istikharah.

Sepaking speaking of choosing the best kindie for your child, Ripley's believe it or not, saya dan encik bos dengan semangatnya telah menerjah semua kindie di kawasan perumahan kami di Bandar Seri Putra ni. 

Dari semurah-murah hingga semahal-mahal semuanya kami ketuk, masuk, tanya dan survey..kemudian analyze whether environment kat kindie tu sesuai atau tak dengan anak-anak kami dan sama ada modul dan silibusnya parallel dengan roh Islam yang kami tekankan dalam diri anak2.

Jadi dengan itu, kindie yang pakai skirt semua terkeluar dari list. 

Percaya atau tidak, hasil survey (wah hasil survey gitu...) kami mendapati, semua kindie yang masih sanggup menerima pelajar di tengah2 tahun ni (hampir masuk bulan Jun) semuanya yang bukan bercirikan Islamik.

Yang Islamic semuanya penuh. Jadi, kami buat kesimpulan di zaman ini parents memang mahukan anak2nya dididik dalam suasana keIslaman memandangkan mereka sendiri agak sibuk dengan kerjaya. Jadi beban mendidik anak2 bab2 akhirat dikongsi 50-50 dengan pihak sekolah. Ringanlah sikit beban tu kan....walau tak boleh serah pada sekolah seratus peratus.

Lagi satu, kalau dah hantar anak ke Islamic kindie....parents sendiri pun kena terapkan the same Islamic values kat rumah. Janganlah anak pergi sekolah bertudung, belajar bab aurat tapi emak di rumah tayang rambut dan ambil mudah soal aurat. Ini satu contoh mudah. Anak2 akan jadi confuse dengan apa yang dipelajari di sekolah dan apa yang dilihat di rumah.

Saya pernah lihat situasi di mana anak lelaki dihantar ke sekolah rendah tahfiz, pergi sekolah pakai kopiah...tapi si emak yang mengambil anak hanya pakai tudung itik dan seluar capri paras betis. Kan tak kena gaya tu...

Last week kami cuba masukkan Rihaab (3 tahun setengah) dan Nehal (2 tahun) ke taska lain yang lebih murah. 3 days trial. Nehal OK...hari mula2 lagi lagi dah menonong masuk sekolah bawak beg.

Tapi Rihaab tak OK. Tiap hari waktu ambil mesti menangis. Tengok muka Rihaab menangis hati saya jadi tak keruan. Ditambah pulak terkeluar dari mulut Rihaab...katanya...bila dia menangis, teacher jerit : "Diam...kalau nangis masuk bilik gelap". Adui lagi pening kepala saya. Sekolah jenis apa ugut budak sampai begitu sekali?

Masa mula2 istikharah, saya memang lebih cenderung ke arah sekolah lain yang agak mahal. Tapi saya keliru: takkan Allah beri jawapan positif pada benda yang kami tak mampu? Tapi bila dah jadi macam ni...rasanya petunjuk yang Allah beri tu dah jelas.

Mungkin Allah SWT nak beritahu saya: Kau dah minta petunjuk pada Aku, Aku dah beri jawapan...selebihnya Kau yakin dan tawakal. Tentang rezeki anak2 Kau serah pada Aku. *saya imagine inilah yang Allah ingin sampaikan pada saya*

Akhirnya...kami nekad hari ni hantar Rihaab dan Nehal untuk 1 day trial di sekolah ini...
  
Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM). 
Nak tahu lebih lanjut, tengok SINI.


Ada banyak sebab kenapa saya berlapang dada dengan pilihan ini:
1. Modul Islamic Montessori yang merupakan pilihan bijak buat anak-anak.
2. Pemilik branch ini merupakan rakan sekerja dan rakan sejabatan saya yang saya tahu fikrahnya.
3. Manager branch ini adalah ex-student saya yang merupakan antara pelajar terbaik saya (suaminya juga ex-student saya dari kelas yang sama).
4. Anak-anak saya suka dengan layanan yang ditunjukkan ex-student saya ini. Sangat motherly.
5. Saya kenal siapa yang menjaga anak-anak saya sepanjang hari.
6. Walaupun setelah dicongak2 kos menghantar anak2 ke sini sekitar RM1k sebulan (sebab saya ambil fullday programme) tetapi wang simpanan kami mencukupi. kalau tidak, duit akan habis juga untuk travel ke luar negara dan benda2 lain. Jadi lebih baik berhabis untuk the best education.
 7. Mendapat feedback yang positif dari rakan2 yang pernah hantar anak ke sini *terkejut juga mula2 dapat tau even mahal tapi kebanyakan parents sanggup enroll anak2 ke sini*
 8. Selepas meninggalkan anak2, saya SMS ex-student saya tu dan tanya how was my kids doing...and this is her reply:

"Menangis kejap je tadi sebab Diana tinggal. Sekarang OK dah. Anak2 puan terbaik..lebih bagus dari new student yang lain sebelum ni"

Alhamdulillah. Lagipun masa tinggalkan Rihaab tadi...dia tak sedih macam selalu. Nehal pulak terus je masuk line dan join kanak2 lain tengah menyanyi nursery rhyme apa ntah. Rihaab mula2 malu2...lepas tu dia OK dan join games...

Maybe suasana pun mempengaruhi minat anak2 nak ke sekolah. Macam BBIM ni, suasananya kondusif, teratur dan tak duduk dalam kelas yang sama je. Jadi takdelah budak2 ni boring. Lepas tu ada swimming class...gardening...cooking...arts...crafts...etc...Iqra'...doa2...etc...solat...

And on top of that, they deliver everything in English. So lepas ni dengan aku-aku sekalilah kena speaking kat rumah*padahal selama ni pegi oversea je baru beria speaking*

Lepas tinggalkan anak2 kat BBIM, encik bos ajak breakfast. Lepas tu ajak pulak ke kedai survey tiles, pebble stones etc. Terluka betul perasaan ni. 

"Abang ajak tengok tile ni nak buat apa? Kan 10 tahun lagi baru mampu nak renovate rumah? Please la jangan bagi harapan palsu...".

"Takpelah survey awal2...mana tau tiba2 ada duit pulak".

OK. Itu macam satu hint. Manalah tau tiba2 ada rezeki nak renovate even after bajet nak renovate rumah dah pergi ke children's education.

Saya tak kisah. Asal anak2 dapat yang terbaik in education lain2 planning boleh hold dulu.

I believe the first 6 years of a child's life is the most crucial. Waktu inilah otak2 kanak2 macam span yang cepat menyerap apa2 juga maklumat (whether good or bad).

Jadi pilihan di tangan kita, mahu mencorakkan anak2 menjadi apa: Islam, Nasrani atau Majusi?
Jika Islam, alhamdulillah dan Insya Allah mereka inilah aset kita ke syurga yang bakal mendoakan kita.
Jika kita sendiri mencorakkan mereka menjadi Nasrani atau Majusi...maka bersedialah dengan apa yang bakal kita terima.

Kesimpulannya, bukan semua orang hantar anak sekolah mahal kerana nak jaga status. In our case, kami dah mohon petunjuk dari Allah SWT...dah try yang biasa tapi Dia mahu kami hantar anak ke sini juga. Sebab Dia tahu kita mampu berikan yang terbaik untuk anak2. Setakat ini, inilah pilihan terbaik.

Wallahua'lam.

UPDATE: Bagi sesi 2013, Rihaab dan Nehal dah pun berpindah ke sekolah yang menjadi igauan ramai di kawasan BSP ni iaitu Al Fatih Integrated Preschool. Reason being, masa itu Al Fatih sudah penuh maka sementara menanti kekosongan di Al Fatih, saya mendapati modul di BBIM yang paling hampir dengan Al Fatih. Selepas sebulan bersekolah...alhamdulillah anak2 sudah boleh memahami arahan2 dalam Bahasa Inggeris dengan baik...dan bercakap juga dalam simple English.

Hanya selepas anak2 berpindah, barulah kedengaran beberapa feedback parents yang komplen kebanyakan  kanak2 berusia 6 tahun di BBIM masih belum mahir 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Dan ada juga guru di BBIM sendiri merungut anak2 di sini tatkala usia mencecah 6 tahun masih belum mampu berpuasa penuh mungkin kerana kurangnya penekanan dan paksaan (sesuai dengan motto BBIM 'Follow Your Child Fitrah).
Wallahua'lam mungkin tidak di semua branch tetapi seeloknya parents buat survey betul2 di branch terdekat dengan anda dan tanya diri modul dan impak bagaimana yang anda inginkan pada diri anak anda. Ini disebabkan BBIM lebih menekankan aspek EQ.

Boleh juga merujuk entry seterusnya KINDIE HUNTING Part II (*maaf kerana busy melampau tak sempat nak link....)

11 comments:

  1. wahh comel aje budak berdua tu nak pergi shopping... perkongsian yg bagus ni... ada ke patut cikgu ugut macam tu ish sedihnya... mestilah kita nak yg terbaik... may it be the best for the girls...

    p/s: takleh add fb huhu tak jumpa pun, private kut
    btw hanis tahun 81, in case hanis older tak yah berkak-kak heh koya muda betul...

    ReplyDelete
  2. Takleh add FB? Ish rasanya takde lak setting private. Apa FB Hanis? Meh akak add...
    Betullah akak...akak lahir 80, a year older.
    FB akak Shana'Al-Hana' ....
    Lani budak2 ni dah go to the right school lapang la sikit hati..kopak pun kopakla...asal anak2 bahagia..isk2

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ..slmt berkenalan.. Thanx info mngenai taska...jenuh dh cari..

    ReplyDelete
  4. Thanx for the info...saya pun tgh cari tadika utk my son...5 years old next year...

    ReplyDelete
  5. Salam, selamat berkenalan. Saya juga penduduk BSP, memang inginkan yang terbaik untuk anakkan. Anak saya mula masuk tadika tahun 2013 ni, umur 4 tahun. Buat masa ni belum mampu nak masukkan ke tadika mahal macam Brainy Bunch sebab bajet cukup-cukup je, maknye pun masih student lagi. Mudah-mudahan ada rezeki di lain tahun.

    ReplyDelete
  6. Assalam.So far camner development ur kids?blh share?sy nk masukkan anak sy yg baru nk masuk 2tahun.

    ReplyDelete
  7. Wsalam.

    MIn Aina Ila Aina: Kalau duduk di BSP, saya amat suka mencadangkan taska Al Fatih Integrated Preschool. Sebab anak2 saya tiga2 bersekolah di sini. Ia taska ranking no.1 di BSP sekarang...dan amat susah nak masuk sbb permintaan tinggi. Tapi once sorang anak dah masuk....yang lain akan mudah

    Anonymous: Tahun 2013 ni anak saya dah dipindahkan ke Al Fatih Integrated Preschool. Sebenarnya skolah ni yang jd pilihan utama sebab modulnya bagus setanding BBIM tetapi hargany sedikit murah....RM350 per months....tp agak susah nak masuk sebb permintaan terlalu tinggi

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas cadangan tu, memang al-fatih masuk dalam senarai. Tapi bila nak daftar hari tu dengarnya yuran dah naik, mungkin sebab permintaan tinggi.Bukan berkira untuk pendidikan anak tapi memang belum mampu. Mungkin tahun-tahun yang akan datang saya hantar ke sana, insyaAllah. Anak saya baru seorang.

    ReplyDelete
  9. Min Aina: Insya Allah. Saya setuju sekarang yuran semakin mahal kan. Yuran di AlFatih naik bukan sebab permintaan sebenarnya tetapi sebab tuntutan Akta dan peuntukan undang2 mengenai gaji basic pekerja. Ini dah dijelaskan sendiri oleh owner dan ada diberikan salinan lampiran bila ibu bapa mendaftar. Servis berkualiti harus juga menitikberatkan kebajikan pekerja, I believe.

    ReplyDelete
  10. Salam

    entri ni buat saya "membuka minda" btw hari ni saya baru register anak saya 2tahun untuk masuk BBIM walaupun yuran mahal RM580 (full day) rentak hati ni ingin sangat masukkan anak ke sana sebab anak minat belajar dan solat. Nak tahu satu benda mengarut, sya suka BBIM sebab pakaian seragamnya..hahaha so ridiculous!! anyway saya duk port klang susah cari taska bagus2 dekat dalam pulau ni. Bergelut nak hantar anak dengan suami sebab BBIM Bandar Puteri 20km dari rumah so kene keluar dr pulau evryday travelling semata-mata hantar dan ambil anak dr taska. (kami kerja dalam pulau ni je so ikutkan hari2 travel 5km je xjauh dr rumah) Suami prefer hantar pusat jagaan biasa saja tapi saya suka anak saya belajar sesuatu. Haih! sekarang tengah pening since saya yg buat decision so muka suami muncung.

    ReplyDelete