Assalamualaikum.
Patutlah harini rasa sayu sangat.
Cuaca di luar yg selalunya panas dan hangat harini berubah mendung dan suram.
Entry
ini bersempena hari kelahiran arwah sepupu kesayangan saya Raihana Bt.
Zainudin, yang kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan tahun 2010
akibat kemalangan di Kuantan. Arwah hamil 4 bulan ketika itu dan baru
juga bernikah dengan suami tercinta selama 5 bulan.
Kami yakin Allah SWT sangat...amat...menyayangi arwah.
Sepanjang hayat arwah, beliau merupakan antara individu terbaik dan terhebat pernah saya jumpa, kenal...dan rapat dalam hidup.
Sungguh saya amat bertuah Allah SWT meminjamkan arwah buat seketika kepada keluarga kami.
Harini saya hanya ingin mengenang yang indah2 dan detik2 yang menggembirakan kami sebagai sepupu yang amat rapat.
Setiap
kali menyebut tentang tarikh lahir arwah, saya teringat satu detik
ketika kami sama2 lepak atas 4 postures bed di rumah saya di Shah Alam.
Waktu itu sekitar tahun 2004...sebenarnya sebelum itu saya tak ingat langsung tarikh besday arwah Nana.
Malam itu kami sembang2 hal besday dan zodiak.
Arwah kata beliau lahir bulan May..."twenny second May..." arwah
sebut dengan slang omputeh sikit. Saya tergelak2. Cara arwah menyebut
tulah yang membuatkan saya ingat besday arwah sampai hari ini.
Arwah
lahir pada 1984, kalau tak silap di Kedah. Masa kecil kami jarang jumpa
sebab arwah mengikut ayah dan emaknya yang sering bertukar tempat kerja
ke merata tempat di Malaysia.
Tapi sesekali jumpa pun kami tetap rapat. Memang nature keluarga kami begitu. Rapat antara sepupu macam rapat adik beradik.
Lepas
tu arwah ikut pula ayahnya sambung belajar di Canada beberapa tahun,
dan lepas tu baru kembali ke Malaysia. Tinggal pula di Penang.
Lepas
SPM, arwah mengikuti kursus persediaan ke Jepun di JAD, betempat di
Kolej YPM, Bangi (sekarang Kolej Polytech Mara, Bangi).
Waktu
arwah di Bangi...kami semakin rapat. Sebab family arwah tinggal di
Kuantan. Emaknya di Kuantan dan ayahnya di Kubang Kerian, Kelantan.
Jadi,
hujung minggu arwah dan saya sama2 pulang ke Shah Alam. Hari Ahad, ayah
saya hantar arwah ke Bangi dulu lepas tu baru hantar saya ke UIA.
Macam2 bekalan ayah bekalkan untuk arwah sama seperti bekalan saya jugak.
Lepas tu arwah melanjutkan pelajaran ke Tokai University, Numazu, Jepun.
Waktu ini kami selalu berhubung melalui Yahoo Messenger saja. Kadang2 arwah call saya (dan sepupu2 lain juga) dari Jepun...
Saya masih ingat saya ada kirimkan pashmina yang saya minta arwah guna sebagai muffler ketika musim sejuk di Jepun.
Tahun 20o9 arwah pulang beraya bersama kami (kalau tak silap).
Beberapa bulan sebelum arwah pergi...terjadi satu peristiwa pelik.
Di
rumah bapa arwah di Shah Alam, tiba2 frame2 gambar di dinding semuanya
di makan anai2. Tapi hanya gambar arwah yang tinggal. Hanya selepas
pemergian arwah baru kami sekeluarga perasaan hal ini...
Kadang2 Allah SWT beri petunjuk dengan pelbagai cara hanya kita yang tak perasaan kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.
Sesiapa
yang mengenali arwah, pasti akan mengatakan beliau antara jenis manusia
yang jarang2 kita jumpa. Lahir dengan pakej. Rupa paras yang elok,
kepintaran, berani, sentiasa berfikiran positif dan tegas.
Saya banyak belajar dari arwah tentang berfikir secara positif.
Dan
dari arwah juga saya mengenali buku2 ilmiah dan dakwah. Waktu itu arwah
lebih mudar dari saya tetapi beliau terlebih dulu terdedah dengan buku2
yang saya klasifkasikan sebagai...taraf pemikiran tinggi...
Arwah
sangat aktif dengan kegiatan dakwah dan usrah sekitar Jepun dan Korea,
walaupun asalnya arwah bukanlah lepasan sekolah agama.
Selepas
bernikah pun agak sukar bertemu arwah pada hujung minggu (arwah ketika
itu bekerja di Petronas KLCC) kerana aktif dengan pertubuhan IKRAM dan
lain2.
Pakaian
arwah ke mana2 memang sempoi. Cukup slack, t-shirt atau blaus labuh,
tudung yang agak labuh dan kasut ala2 sport. *Saya berkenan betul kasut
Reebok arwah yang dibeli di Jepun....*
Kalau bersandal, arwah mesti akan pakai stokin. Sempoi tapi aurat tetap terjaga.
Lepas tu arwah suka bawa backpack. Lepas nikah je baru arwah ada handbag (hadiah hantaran).
Handbag
hantaran arwah berjenama Carlo Rino putih...asalnya arwah berkenan
tengok handbag Carlo Rino putih yg saya pakai, jadi arwah beli yang
serupa cuma saiz kecil sedikit.
Banyak
kali kami plan nak keluar sama2 hujung minggu beli barang hantaran
arwah tapi tak sempat. Akhirnya arwah beli sendiri sedikit2.
Hujung2
minggu nak dekat dengan tarikh nikah arwah (waktu itu saya tengah sarat
pregnenkan Nehal) kami berkumpul di rumah arwah sambil siap2kan door
gift, bunga telur, etc.
Saya janji yang saya akan sponsor bunga pahar arwah warna hijau. Rasanya itulah sponsor terakhir saya buat arwah...
Rumah
ayah arwah dan rumah emak ayah saya cuma beberapa langkah saja di Shah
Alam. Jadi hujung2 minggu, kalau keluarga arwah tak ke rumah
saya...kamilah yg akan ke rumah arwah.
Tambahan pula masa tu arwah tengah gigih belajar bahasa Arab dengan emak saya...dan emak belajar bahasa Jepun dengan arwah.
Kerana arwah...saya sentiasa suka dengan Jepun. Apa2 pun tentang Jepun saya suka.
Oh
ada satu peristiwa lagi...sebelum arwah ke Jepun pada 2004, kami geng2
sepupu perempuan (Saya, CT, Lina dan arwah Nana) naik kereta pegi
shopping sekitar Shah Alam...lepas tu terdengar lagu
Khayalan (kumpulan Ruffedge ke?)...lagu tu feveret kami...kira lagu tema kami
ber4 lah...
Masa
tengah tunggu lampu merah kat simpang Seksyen 9, kami empat2 orang
menyanyi tak hengat donia. Jerit2 sekuat hati (tapi tutup
tingkap)...waktu tu yang drive kereta adalah si CT.
Sampai sekarang saya teringat2 kenangan ini...
Apapun, semoga roh arwah dan bayi yang dikandung (dah nampak jantina..lelaki) aman dan tenang di sana.
Kami yakin arwah pergi dalam keadaan tak merasa sebarang kesakitan disebabkan sedang tidur ketika kemalangan tersebut.
Malah,
malam sebelum pergi...emak arwah kata wajah arwah berseri2 dan tak
macam selalu sampaikan emaknya bertanya arwah pakai bedak jenama apa?
Arwah juga sempat menunaikan solat tarawih di sebuah masjid dalam perjalanan ke Kerteh.
Semua ini merupakan petanda baik buat arwah.
Yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup ni entah bila dan bagaimana pula caranya.
Al Fatihah untuk arwah dan baby...
Kak Shana' yakin Nana dan baby sedang aman di sana...:)
Love, your cousin.
The last time we met...2010 waktu wedding our cousin Aish @ Fariz Sharifuddin |
Selalunya susah nak jumpa arwah di hujung minggu. Waktu ni arwah datang...dan inilah kali terakhir kami bertemu...Allah gerakkan pula hati untuk bergambar bersama. Subhanallah. |
Aung Nana dan Tebi... |
Oo nila cousin yg kak shana mention dulu. Al fatihah buat arwah sedih plak hanis baca entri ni. Bestnya ada cousin yg rapat mcm adik beradik/bestfriend.
ReplyDeleteYe. Beliaulah orangnya...huhu...sometimes terkenang2 terasa mcm arwah ada lagi...
ReplyDelete