Assalamualaikum wbt.
Antara hasil rampasan di KLIBF 2012. Bajet yang diperuntukkan habis licin. |
Alhamdulillah. Semalam pada tarikh 2 May 2012, tercapai juga hajat saya untuk menjejak kaki ke KLIBF 2012.
Mengunjungi KLIBF memang aktiviti tahunan 'kami' *merujuk kepada sepupu2 sebelah emak* sejak dari zaman anak dara sampailah ketika anak 3.
Malangnya tahun ini...disebabkan 2 lagi cousin kamcing dah selamat bergelar isteri orang, maka akhirnya tahun ini kami 'terpisah' dan pergi dengan pasangan masing2.
Kesian encik suami terpaksa 'cuti' seharian menemankan saya dan 2 anak dara, Rihaab dan Nehal di KLIBF tahun ini.
Sudahlah lenguh tangan mengangkut buku...lenguh pulak nak mendukung si kecik Nehal yang taknak duduk dalam stroller.
Last2, buku yang duduk dalam stroller.
Hasil rampasan saya sama banyak je macam tahun2 sebelumnya.
Penuh 2 buah beg beroda...plus atas stoller lagi.
Lepas hantar satu trip buku ke kereta, kami solat Zohor dan sambung lagi round.
Dah nak dekat maghrib baru kami sudah round dan singgah makan malam di Kampung Baru dan solat di Masjid Kg. Baru.
Leka mengadap buku sampai makan pun lupa...
Harap2 tahun depan saya ke KLIBF 2013 dengan status berbeza, Insya Allah.
Nak tidur malam barulah terasa sakit dan lenguh tangan.
Badan Nehal pun terasa panas...kesian anak aku ikut mama pegi beli buku sampai demam.
Sudahnya cepat2 saya jaramkan kepalanya dengan air zam2 berserta doa, alhamdulillah menjelang pagi suhu badan Nehal dah OK. Risau jugak sebab anak2 dah lama tak sakit....
Saya perasan menjelang umur 30an ni, tiap kali ke KLIBF saya dah kurang beli novel.
Ehem. Tapi novel2 Norhayati Berahim memang saya tak boleh miss. Saya beli juga yang latest Dari Milan ke Maran...dan...Roti Canai Salad Taco. Siap dapat tudung free lagi sebagai souvenir.
Cuma tahun ni tak dapat nak jumpa dan ambik signature Kak Yati macam tahun2 sebelumnya.
Karya Kak Yati belum pernah mengecewakan saya *yang sangat cerewet dengan cara garapan penulis*.
Kali pertama saya beli novel Kak Yati masa zaman belajar U dulu. Terus jatuh hati dengan cara penulisannya.
Lagi seorang penulis yang saya suka sangat ialah Noor Suraya (Kak Sue) yang saya dapat jumpa dan ambil signature 2 tahun lepas.
Tapi lately macam susah nak nampak novel terkini Kak Su di pasaran kecuali untuk kanak-kanak.
Cuma dua orang penulis ni je yang saya betul2 follow dan boleh masuk dengan cara penulisan mereka.
Sorry to say, memang ramai penulis novel di Malaysia...kebanyakan mereka 'minat' menulis tetapi tiada 'natural talent' untuk menulis.
Akhirnya saya rasa sungguh membazir membeli novel2 mereka ini...
Selain sedikit novel, kebanyakan buku yang saya rembat ber'genre' motivational dan inspirational...juga spiritual.
Lepas tu...macam biasalah saya akan borong semua majalah lama feveret saya di karangkraf macam IMPIANA, APARTMEN, LAMAN, DAPUR, NUR dan PA n Ma. Pendek kata cukuplah stok setahun (lepas) disebabkan lately saya teramat bizi dan takde masa nak ke kedai untuk jenguk majalah pun....
Dengan ini secara otomatik, koleksi tahun lepas saya dan separuh tahun ini telah lengkap :)
Kalau tak ada orang macam saya tak hidup la KLIBF hihihih.
Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment