Wednesday, February 27, 2013

Kulit Glowing-mowing dengan LENNOX FIRM UP PLUS+ BRIGHT

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali nak cakap padan muka kat diri sendiri sebab terjebak dengan produk collagen.


Walaupun rakyat Malaysia lain dah lama terjebak dengan kolejen molejen ni...aku sorang je yang macam tak berapa nak percaya dan ambik masa yang lama buat research, barulah akhirnya terjerumus ke kancah kolagen...hehe. 

Akibatnya poket semakin nipis...tetapi senarai benda2 yang nak dibeli setiap bulan semakin bertambah *nangis*

Mula2 nak cerita la bagaimana sejarahnya saya boleh terjebak ni.


Lately di usia 30-an bila tengok cermin dan tanya: 'mirror mirror on the wall...who's the prettiest of them all..." mesti mirror tunjuk muka orang lain hik hik. Takdelah. Sebenarnya di usia 30-an bila tatap muka kat cermin...rasa rindunya lah hai kat kulit zaman belasan tahun dan 20-an dulu.

Dulu kulit takde sebarang cela, jerawat mahupun jeragat. Sejak ada anak...saya dah hilang minat nak maintain dengan sebarang produk kecantikan. Kalau zaman anak dara sebelum tidur mesti pakai facial wash, toner and night cream...sejak ada anak dah tak berapa nak sempatlah....

Hasilnya kulit pun dah tak sesihat dulu. Dah mula ada jerawat halus, jeragat kat hidung. Hanya sebulan dua kebelakangan ni je timbul keinsafan nak kembali ke rutin penjagaan muka macam dulu.

Kalau boleh nak produk yang senang. Takyah sapu2, dan kesannya jelas dan cepat. (wahh kemain nak cepat aje ye...)

Maka bermulalah pencarian saya mengenai collagen. Sana sini duk dengar orang cakap pasal collagen. Ada yang kata collagen dr rumpai laut is the best...the thing is, saya tak berapa ada masa nak merebus rumpai laut. Dan saya nak yang rasanya sedap.


Saya terjumpa satu thread di online forum yang berbincang tentang collagen. After search refinement, majoriti forumer mencadangkan Lennox Firm Up Plus Collagen. Ia mengandungi Vit C, CoQ10 dan juga Brightening Essence.
pic from mvgamers.net
Lama jugak saya search dan baca review pasal produk ini dan kesimpulannya produk ini terhangat di pasaran disebabkan faktor berikut:

1) Harganya yang paling murah berbanding kolagen yang setaraf dengannya macam NH Colla-plus, Kinohimitsu etc. (boleh jenguk di farmasi)..value for money
2) Kesannya cepat dan ketara berbanding produk seangkatan dengannya. (ada banyak produk collagen di pasaran..kena rajin belek satu persatu)
3) Mempunyai Halal certificate dari JAKIM (yippee)~bukan semua produk kolagen ada Halal JAKIM ye kawan-kawan
4) Rasanya yang sedap
5) Stoknya tak banyak dalam pasaran. Sekali jenguk ada, sekali jenguk habis licin....oleh itu kalau dah nampak grab jelah.
6) Ia produk tempatan Made in Malaysia.
7) Sangat banyak positif feedback...
Packaging yang sekarang ni dia taruk 24 botol kecik2 dalam satu botol besar gedabak camni.  Saya letak sebelah troli mainan anak saya nak tunjukkan ketinggiannya. Dalam botol besar tu ada botol2 kecik dan sachet (mengandungi Whitening Essence) cukup untuk 24 hari
Camni kat dalamnya...
Disediakan juga Brightening Essence yang berfungsi mencerahkan kulit 
..dan ia disahkan Halal oleh JAKIM. Alhamdulillah...
Seriously speaking sebelum mencuba, saya macam...ye sangatlah tu berkesan..meh sini aku nak tengok berkesan ke tak kat aku.

Akhirnya saya nekad cuba pack yang pertama bukan sebab nak cantik, tapi lebih kepada nak mencabar keberkesanan produk ni >_<

Ketika entry ini ditulis, saya dah consume produk ini selama 9 hari....dan apa yang boleh saya katakan: "ya..ia superb". Kau sudah kalah dalam cabaran ini sekian terima kasih.
Cara minumnya: bukak sachet yang mengandungi brightening essence tu dan tuang ke dalam  botol. Tutup balik dan goncang sampai sebati. Baca bismillah dan minum...kenapa brightening essence diberi dalam bentuk serbuk ialah utk kekalkan bentuknya yang asal berbanding jika didatangkan dalam bentuk cecair, mungkin bila dah bercampur air efeknya kurang kot (ada tulis kat pamplet)
Lepas satu hari consume tak rasa apa2, tak nampak apa2 perubahan pun. 

Sehinggalah hari ke-5, adik ipar saya datang ke rumah...mula2 beliau tenung muka saya dan kecikkan mata: "Akak ada pakai produk apa2 ke ni? Kulit akak nampak glowing...halus mulus...ke pregnant lagi ni? (dah ke situ pulak adik ipar aku ni haih...)".

Saya: "Bior beno...yeke? Nantilah akak tak ready lagi nak reveal produk apa...tapi mmg ada guna produk...". (Dalam hati macam ragu2 lagi...sebabnya...masa adik ipar datang, saya mmg dah bersiap2 nak pergi kenduri...ada pakai sikit BB Cream dan bedak kat muka..mungkin gak glowing tu sebab BB Cream...)

~cuma sebelum2 ni pun pakai cream dan bedak jugak keluar rumah tak pulak orang tegur kulit jadi glowing. Mungkin betullah kot produk ni dah mula berkesan kat kulit saya.

Hari ke-6: Kesan sunburn mula pudar (sebelum ni memang kesan sunburn jelas ketara kat pipi sebabnya pemalas yang amat nak pakai apa2 sunblock keluar rumah...selalunya keluar rumah dgn muka plain. Aku kan brutal tak main ah bedak2, kata hatiku lagi...(@_@)

Hari ke-8: Bukak balik forum dan baca lagi kesan2 selepas pengambilan...ada yang kata rekahan dan pecah2 di tumit sudah hilang. Saya pun saja la raba2 tumit....eh eh...yelah...ajaibnya rekahan dan pecah2 kat tumit dan tapak kaki dah hilang...(dengan izin Allah jua...). Sebelum ni, tumit saya ada rekahan yang agak teruk jugak. Kalau gesel kaki kat cadar...terutama cadar satin mmg jadi tersangkut2 dan tertarik2 benang kain tu. Kisah benar ni. Sekarang dah licin dah....*sukanya*

Ok. Sekarang baru rasa boleh percaya produk ni berkesan.

Yang buruknya produk ni, harga dia tak tetap di pasaran. Kadang naik kadang turun. Dan stoknya tak banyak. 

Ia boleh didadapati di farmasi2 utama terutama Guardian, Caring etc. 

Produk ni tak perlu consume lama2 sebenarnya. Hanya 10 hari pertama je kena minum sebotol setiap malam sebelum tidur. Lepas 10 hari dah boleh selang2 2-3 malam sekali (kebanyakan produk collagen seangkatan pun begitu).

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Tapi saya tak berapa suka ambik produk sebab nak cantik, main objective nak sihat dan pulihkan kulit yang bermasalah...cantik itu bonus.

Umur dah meningkat ni makin panjang pulak senarai supplemen nak kena beli...parah (poket suami) hehe.

Ada banyak sangat positif review pasal Lennox ni kat blog2 lain since 2010 lagi saya je baru terdiscover. 

Sekian.

*To my sis in law...akak dah jawab soalanmu di blog ini (*_^)







7 comments:

  1. lps minumlennox ni terasa tak selera makan naik?

    ReplyDelete
  2. Kt mn nk dptkb produk nie yer...ingin mencuba

    ReplyDelete
  3. mmg best mnom ni.. member pn perasan muka nmpk lebih cerah dan bersih lepas sminggu mnom..

    ReplyDelete
  4. Sy minum ok je rsa mcm kenyang je xde la bdn naik pon..cuma kesan kt muka 2 x nmpak lg la..

    ReplyDelete
  5. Mse period bole minum ke produk ni?

    ReplyDelete
  6. Wsalam rakan2 yg dihormati......saya beli produk ini di Guardian. Tapi harga selalu fluctuate (macam harga saham...) kejap mahal kejap murah.....

    Saya minum juga waktu period...

    Tahniah rakan2 yg dpt kesan positif.....(^_^)..saya masih continue minum selang seli dengan vitamin e Shaklee....

    ReplyDelete