Tuesday, February 26, 2013

My 4th Box of Beauty Umaira

Assalamualaikum.


Tetiba la pulak nak bercerita pasal supplemen...

Pernah tak dengar produk ni? 

Muka Kak Ton mesti ada (^_^)

Dah masuk kotak ke 4 barulah rasa confident kot nak bagi review. 

(Kak Ton kata, kena consume 3 kotak baru nampak kesan. Tu pasal lepas kotak ke-4 baru berani nak cakap banyak....hehe)

Kebanyakan wanita lain consume Umaira sebab masalah2 kesihatan. Samalah saya pun. Start last 2 years saya mula diserang migraine....

Sekali kena terus demam dan collapse. Bulan Ramadhan pulak tu. Ini kisah Ramadhan 2011. Lepas pada kena migraine tu tahan la duk consume ubat spital....padahal sebelum tu saya memang jenis yang tak suka ambik drug walaupun ketika demam atau sakit kepala sikit2. 

Lebih rela menahan sakit daripada makan ubat-ubatan...

Sehinggalah Ramadhan 2012, saya terasa nak cuba Beauty Umaira selepas mendapat khabar geng 'migraine tegar' (yang sama2 sambung study...) sudah pulih dari migraine lepas ambil Beauty Umaira ni.

Dalam masa sama, kempen2 Umaira oleh Kak Ton di Wanita Hari Ini juga semakin hangat....aih takleh jadi ni geram je nak try. Bukan sebab nak cantik, tapi sebab nak sihat.

Sampai bila nak telan drugs? *tanya diri sendiri*

Alhamdulillah. Tak habis sekotak dari kotak yang pertama...migraine saya beransur pulih. 

Kalau dulu nak tatap skrin netbook kene gelapkan cahaya...sekarang kena terangkan sikit pulak. Adakah penglihatan saya dah kembali normal?

Yang pasti, rasa makin sihat dan fit. Dan yang penting bolehlah mengurus diri dan rumahtangga dengan baik.

Dan lagi satu, setelah 2 tahun lebih tak period...akhirnya lepas habis sekotak Umaira tiba2 datang period. kelam kabut la jugak mencari pad sebab dah lama sangat tak simpan stok. 

Kali pertama period after 2 and half years, period drag sampai 18 hari. Risau jugak. Ingatkan the next month tak datang dah. Rupanya period mari dengan regular...dan tempoh period pun kembai normal 7-9 days.

Tak pastilah kesannya pada orang lain...tapi pada saya sangat2 OK.

Ada orang makan Umaira jadi semakin cantik, tapi saya biasa2 je. Makin sihat memang ada.

Sekian...(^_^)

1 comment: