Friday, February 22, 2013

Kisah Air Zam-Zam dan Pokok Limau Purut (^_^)


Assalamualaikum.....salam Jumaat saiyidul ayyam.


Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air Zam-zam, padanya terdapat makanan (yang mengenyangkan) dan padanya juga terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit.” 


(Hadith Riwayat Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Kabiir, no. 11167. Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 5633. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kehidupan agak bizi lately. Curi masa sikit lepas 'berkunjung' ke Uni jumpa SV. Rupanya SV tak available tiba2 ada urgent matter. Punyalah ketaq lutut sejak semalam...dengan tak cukup tidurnya...........

Nampaknya ke'ketaq'an lutut ni terpaksa diextend ke tarikh lain...hohohoh.

Harini nak cerita tentang air zam-zam.

Ada ke orang Islam yang tak tahu apa itu air zam-zam? Kalau tak tahu, silalah google dan singkap sejarahnya sejak zaman Nabi Ismail a.s hingga ke hari ini.

Alhamdulillah stok air zam-zam yang berkotak2 sejak Novemner 2012 dah selamat diedarkan kepada rakan terdekat yang membuat pesanan. Dengan harga RM90 sebotol, memanglah ramai yang berebut. Tapi order ini hanya dibuka kepada rakan-rakan terdekat sahaja sebab tiada perkhidmatan delivery disediakan stok adalah terhad.

Bagi yang belum tahu, suami saya selalu berulang alik ke Makkah 2-3 kali setiap tahun, terutamanya pada musim haji. Ramai juga yang bertanya tentang air zam2 sebelum ni tapi agak 'malas' nak melayan permintaan rakan2 dek kerana harganya yang mahal (RM100-RM140). 

Kalau ada yang tertanya2 kenapa harga air zam2 di pasaran Malaysia agak mahal...sebenarnya kos pengangkutan air zam2 dalam Makkah sendiri pun memang sudah agak mahal, kecuali kita pergi sendiri dan mengangkutnya pulang ke Malaysia.

Kebetulan, selesai musim haji tahun lepas (2012), encik suami tiba2 call dari Makkah tanya ada ke siapa2 kawan2 nak air zam2? Kebetulan ada stok murah berharga RM90 untuk 10 liter....itupun sangat terhad.

Surprisingly, lepas beberapa minit saya buka order (buat rakan2 terdekat sekitar Lembah Kelang sahaja), berduyun2 rakan2 PM saya nak order air zam2. Ada yang order mencecah 8 botol. Kesimpulan yang dapat saya buat, rupanya ramai yang nak consume air zam2 secara regular tetapi harganya yang mahal dan susah pula nak dapat regular stok membuatkan hasrat itu terbatal.

Alhamdulillah, niat kami nak 'tolong bawa balik' air zam2 ke Malaysia dipermudahkan. Kebetulan bekas staf suami di Makkah kini bekerja dengan syarikat kontena di Makkah offer pada kami, nak ke air zam2 yang stok murah? (Kenapa murah? Sebab caj kontena pada masa itu murah. Mahal atau murah air zam2 bergantung pada caj pengangkutan sebenarnya...)

Menjelang Januari 2013, stok yang murah itu sudah pun habis. Tak tahulah bila lagi ada air zam2 murahnya...

Eh tadi kan nak cerita pasal the amazing zam-zam water kan?

Well, air zam2 memang ajaib. Rugilah jadi orang Islam kalau tak gunakan sepenuhnya kesempatan dan peluang untuk meneguk dan menikmati khasiat air zam-zam. Air terbaik di dunia yang Allah anugerahkan buat kita umat Nabi Muhammad SAW.

Saya rasa...orang yang diletakkan di hadapannya sebotol air zam-zam, free pulak tu....dan dia boleh buat tak tahu adalah orang yang angkuh dan sombong.

Sebab sepanjang pemerhatian saya, bila ada peluang untuk minum dan orang itu tak minum, bila tiba masa dia ditimpa penyakit dan kepingin sangat nak berubat dengan air zam2...masa itulah stok susah sangat nak dapat.

Apabila ada air zam2 depan mata kita, grablah ia segera. Sebab yang membezakan antara seorang mukmin dengan seorang munafiq ialah kesudian mereka memperbanyakkan meminum air zam-zam. Bila kita buat tak tahu kewujudan air zam2 depan mata kita, itu tanda kesombongan kita dengan nikmat yang Allah SWT beri.

Rasulullah pernah bersabda:

إِنَّ آيَةً مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُنَافِقِيْنَ، إِنَّهُمْ لَا يَتَضَلَّعُوْنَ مِنْ زَمْزَمَ

“Sesungguhnya di antara tanda yang membezakan antara kami dengan orang-orang munafiq adalah bahawasanya mereka tidak sudi memperbanyak minum air Zam-zam.”  (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kadang2 jadi pening, bila orang asik call tanya ada ke stok air zam-zam? Nak sangat2 ni, kalau ada mahal pun sanggup beli. Masa air zam2 tengah available depan mata, beliau boleh buat tak tahu. Lepas je disahkan mengidap kanser oleh doktor...kelam kabutlah cari air zam-zam. Subhanallah Maha Suci Allah.

Apa signifikan air zam2 dalam kehidupan saya pulak?

To me, sehari tanpa air zam2 seolah2 macam tak complete hidup. 

Bermula dengan kehamilan pertama sekitar tahun 2006, masa tengah teruk kena morning sickness...saya hanya boleh minum air zam2 sahaja. Kalau minum air masak biasa akan muntah dengan teruk. Kalau terpaksa jugak minum air masak, terpaksalah campur sikit dengan apa-apa perisa...maka minumlah saya air zam2 sampailah si Wifaq selamat lahir ke dunia.

Apabila anak sulung lahir, saya memang membiasakan beliau dengan minum air zam2 dan sentiasa ada bekalan kalau nak ke mana2.

Sama jugak dengan kehamilan kedua dan ketiga, saya hanya boleh teguk air zam2 sepanjang pregnancy. Tapi yang paling ketara, lepas lahirkan anak kedua saya langsung tak boleh minum air masak biasa. Kalau takde air zam2, saya hanya boleh teguk air mineral yang rasanya agak hampir2 dengan air zam2. Air minuman pun tekak tak boleh nak terima.

Bila difikir2, Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dengan stok air zam2 yang tak pernah putus dalam rumah kami. Saya kira itu rezeki anak2 untuk merasa minuman yang pernah dinikmati para Nabi dan penduduk Makkah yang dirahmati.

Sampaikan dalam hati, takpelah tak kaya asalkan Allah mudahkan access kepada air zam2 yang menjadi tonggak dan sumber kesihatan yang sejati.

Memang diakui anak2 dan seisi rumah kami amat jarang2 ditimpa sakit. Kalau ada pun hanya sesekali dan tidak teruk. Terutama kalau anak2 demam panas, malamnya kalau dibasahkan kepala dan diberi minum air zam2...esoknya alhamdulillah demam dah kebah. 

Setiap hari bangun pagi, saya akan teguk air zam2 dahulu yang botolnya memang ada disediakan dalam bilik tidur. Lepas minum air zam2 barulah teruskan dengan mandi, solat Subuh dan tugas2 lain.

Nak dijadikan cerita....

Selama ni tak berapa perasan sangat keajaiban air zam2 ni pada kami. Hinggalah pada satu hari, anak2 saya tak habis minum air zam2 waktu sarapan pagi sebelum ke sekolah. Nak minum rasa tak lalu sebab minyak anak2 makan cekodok dah bercampur pulak dengan air zam2 tu...

Maka, saya pun siramkan ke pokok limau purut yang selama ni hidup segan tapi belum ready nak mati lagi. Sebelum ni puas dah siram pagi dan petang dan diberi baja, si limau purut kemain liat nak keluarkan walaupun satu pucuk baru. Kalau tengok rupa parasnya memang kesian...ada lah dua tiga kerat daun itupun dimakan ulat.

Selalunya teragak2 nak petik untuk dibuat masak tomyam, sebab sekali petik terus tak tumbuh-tumbuh dah *nangis hiba*

Ajaibnya, sehari selepas saya siramkan dengan air zam2...guess what? Saya nampak ada satu pucuk baru! Yipeee...

Eh, wait. Bukan satu...tapi tiga pucuk baru. Dan kali ni takde ulat pun yang berani dekat. 

Lepas pucuk2 tu membesar, tak berhenti2 pulak muncul pucuk2 baru....sukanya sukanya!
gigih la pulak pegi mengambik gambar pucuk limau purut. Tengok tu, kaler hijau muda dan ada ada pucuk baru  tumbuh  tak sudah-sudah....alhamdulillah. 
Oh pucuk...kamu sangat sweet like a baby (^_^)
Lihatlah paras rupa sebenar pokok ini...sedih je kan...dahle kurus, botak pula. 

Kalaulah kesan air zam2 pada pokok sebegini hebat, silalah imagine betapa hebat kesannya untuk kesihatan tubuh manusia. Apa yang dapat saya simpulkan, air zam2 menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel induk sesuatu organisma. Kalau pada tumbuhan ia menghasilkan pucuk baru, pada manusia? 

(Masalahnya pokok2 ni macam tau2 lah pulak tuan dia ada stok air zam-zam. Puas dibagi baja, taknak makan. Elok je siram air zam2, semua mencanak2 tumbuh....kau orang ni saje je kan....)

Eh takkanlah manusia nak tumbuh pucuk juga.....dengan cell regeneration, mestilah manusia akan jadi awet muda. Kesannya sama macam makan collagen juga, insyaallah berkat khasiat air zam2.

Kalau ada sesiapa yang tak berapa maklum khasiat air zam2, atau selama ni memang tak terasa nak ambil tahu~tahu pun sebab setiap kali jemaah haji atau umrah balik Makkah, mesti hidang air zam2...maka hiruplah sikit...lepas ni kene ambil tahu sungguh2 ye.

Saya pun dulu macam tu juga masa budak2. Tak tahu khasiat dan kepentingan air zam2, tapi sekarang I cannot live wihtout it lah. Kenangan paling nikmat minum air zam2 mestilah masa di Makkah dan Madinah. Sudahlah free...........sejuk pulak. Yang tak bestnya bila dah melambak2 depan mata takleh nak minum banyak2 sebab tak larat berulang alik ke tandas. Tandas kan jauh (^_^)

Kawan-kawan....sedikit peringatan: tiada benda yang kekal di dunia ini. Begitu juga air zam-zam, satu ketika dahulu ketika zaman jahiuliah dan maksiat berleluasa, telaga zam-zam pernah hilang dan hanya ditemui semula ketika hampir2 detik kelahiran Rasulullah SAW.

Selepas Rasulullah SAW wafat pun, telaga zam2 pernah hilang seketika juga akibat perilaku buruk umat Islam. Jadi sementara nikmat yang besar ini masih ada, hargailah ia. Jagalah akhlak dan perilaku kita sebagai tanda syukur kepada rezeki kurniaan Allah SWT yang amat besar ini...jangan sampai telaga zam-zam hilang sekali lagi dari muka bumi, nauzubillah.

Pernah satu ketika beberapa tahun dahulu, saudara saya mengedarkan air zam2 secara percuma di sebuah hospital kerajaan. Beliau merupakan seorang usahawan syarikat logistik, jutawan yang pemurah. Tak disangka2 seorang lelaki India mengaku Muslim semata2 hendakkan khasiat air zam-zam. Selepas itu barulah tahu bahawa beliau bukan seorang Islam. Yep, khasiatnya diakui sekelian umat manusia.

Air zam-zam itu ubat bagi segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
    (Hadith Riwayat Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah dari Ibnu Abbas)

Marilah kita umat Islam sama2 memelihara kesihatan dengan air zam-zam dan menghargai nikmat kewujudan air zam-zam. Lagipun di Malaysia sekarang mudah nak dapat air zam2, cuma satu yang jadi masalah...adakah air zam2 yang dijual di merata tempat itu tulen?

Oh ya, kalau lepas ni kawan2 nak beramal dengan air zam2, jangan lupa baca doa ni ye: 


اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit”. (Sunan ad-Daruquthni, no. 2738. Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9112).

Dan beradablah ketika meminum air zam2 iaitu minum dengan menyebut nama Allah, mengadap kiblat dan bernafas tiga kali. 

Wallahua'lam.


Sungguh indah molekul air zam2 yang masuk ke badan kita dan bertindak menyucikan jasmani dan rohani (pic pinjam dari SINI)
Oh ini ke rupanya molekul air yang di'minum' oleh pokok2 dan anak2 saya...patutlah taknak air lain kan....(*_^)




1 comment: