Monday, February 4, 2013

Kembara Sonata Salju Part 5: Back to Seoul...


DAY 4: Thursday 17/3/11

Monolog: Dah 2 tahun...baru nak update...:(:(:(

Bangun tidur pagi ni macam berada di syurga!

huiiii Subhanallah....Maha Suci Engkau Ya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh isinya. Bukak je tingkap...nampak snowy mountain (^_^) terus rasa malas mandi
Semalam masa sampai hotel hari dah malam, jadi tak tahu macam keadaan alam sekeliling hotel ni. Sekali selak je langsir....Subhanallah! Masya Allah!

...Mount Sorak yg dilitupi salji betul2 sebelah tingkap. Beberapa langkah je dari hotel. Betullah cakap encik husband semalam 'tak payah sibuk2 la nak ambik gambar snow tu...kat hotel nanti pun ada'. Instinct beliau memang tepat lah.

Lepas solat Subuh, sebelum anak2 terjaga dari tidur saya pulun ambik gambar dulu puas2.
Tebi dah siap2 nak p jalan2 (masa ini umur menjelang 1 tahun)
Kakak n Tebi dah siap berpakaian selepas mandi. Mandi jugak walaupun sejuk. Baju kakak tu beli di Beijing (2009) akhirnya pakai di Korea sebab baru muat....:P

Lama jugak lah saya duduk atas katil sambil merenung puncak yang memutih. Orang yang tinggal dekat sini mestilah dah tak heran dengan suasana ni kan...samalah macam orang dari negara yang hanya ada padang pasir bila datang ke negara kita yang dipenuhi hutan dan air.
Dari jendela hati bilik kami

Kita yang dah tiap2 hari tengok sungai, laut dan hutan tak nampak kesitimewaannya. Tapi tetamu dari Saudi yang datang ke rumah kami haritu asal nampak hutan pun nak ambik gambar. Gambar pokok kelapa sawit pun nak diambiknye....

Saya yang melihat memang hairan apa yang cantiknye kelapa sawit? Haa samalah bila Mr. Jed tengok kami...asal nampak snow je nak ambik gambar. Apa yang cantiknye snow? :P

Kesimpulannya: kadang2 benda yang selalu ada depan mata kita memang jarang dihargai....

Lepas siapkan anak2, dah ready nak keluar Khalil datang bilik kami dan bagitau ada pintu nak ke balkoni..la yeke...tak tau pun...

Kami pun apa lagi keluar la dengn tak pakai kasut semata2 nak bergambar. Tahan jelah sekejap pijak lantai sejuk macam ais. Tengok2 ada banyak fresh snow kat luar. Alahai ruginya semalam tak selak langsir....malam semalam snow turun lagi....agak lebat juga based on snow yang bersepah atas jalan pagi ni....rugi rugi T_____________T
Breakfast. Terpaksa berhati2 pilih makanan. ...but the tomato juice was awesome!!!!!
Lapau la sejuk2 ni weh...
Turun breakfast. Kali ni tak lewat sangat dan makanan masih banyak. Ada jus tomato jenama Heinz yang lazat. Sampai balik Malaysia pun teringat2. Sempat la songlap chopstick dia yang unik sebagai kenang-kenangan bila balik Malaysia nanti.

Lepas breakfast, sementara tunggu Mr. Jed kami lepak2 dulu kat lobby. Nak keluar sejuk sangat.
Wifaq merenung snow di bahagian belakang bangunan hotel
Wifaq and Rihaab yang kembar lain tahun :P
Tebi meragam....

Tebi with Cik Alil...
dengan bebudak

Hotel Sorak Park...ada rezeki saya bertamu lagi T__________T sedihnya nak tinggalkan suasana pergunungan yang nyaman ini
Kenapa saya tiada dalam gambar? *musykil sbb tak ingat pergi mana*
Kami terus ke Seoul pagi ni. It took 2 hours journey sempat la tidur2 dulu dalam kereta. Pemandangan sepanjang jalan sangat cantik. Di kiri kanan ada gunung ganang...dan macam biasa tak nampak pun orang berjalan2. Ada rumah sebuah2 dan jarang2. Hanya nampak bangunan dan church. Where are the native Korean folks....adakah semuanya hanya duduk bertapa dalam rumah?
눈 = Nun(noon) bermaksud 'salji'

...bagaikan laluan menuju syurga...
Spectacular view of Seoraksan Mountain from afar
That one is local Korean car....diorang memang payah nak guna brand luar...balik2 jumpa Hyundai, KIA atau Ssang Yong...

undang2 Korea melarang mengambil gambar penjawat awam...dah tersnap baru Mr.Jed cakap...makcik tu tutup muka...nasible :P
Di pertengahan jalan kami singgah RnR untuk ke toilet sesambil tu minum kopi untuk memanaskan badan yang sejuk. Memang nikmat le bila dapat hirup kopi panas sejuk2 gini.
senang betul travel kalau ada 'bibik' ni....hiksss..minum kopi panas: mai secawan *terjumpa Alicafe kat sini...hebat jugak produk Malaysia*
RnR nya sunyi dan tak meriah macam kat Malaysia tapi lengkap dan bersih. Ada kemudahan internet. Tapi tak pasti pulak kat daerah mana ni sebab tak tanya pun Mr.Jed. Kebetulan encik husband ada urgent matter nak kena check email...jadi Mr. Jed yang tanyakan dengan orang kat situ camne nak access internet. Susahnya la nak berkomunikasi dengan diorang ni bila tak tahu bahasa asing.
RnR
Kids' toilet...sume miniature version sangat kiut (^_^)
Sementara tu, saya jenguk2 convenient shop berdekatan. Dalam poket ada cash banyak lagi. Rasa nak beli something la kat sini. So saya beli sebuah buku pocket size mengenai simple Korean-English words and phrase untuk mudahkan komunikasi kat sini. Dah nak balik baru nak beli...

Masa nak bayar, oppa gangnam style kat kaunter tu tanya: "Where are you from?". Saya jawab: "Malaysia...do you know Malaysia? Have u been there?".
Oppa tu tak reply dan tercengang2...mungkin satu2nya phrase yang dia tau ialah 'where are u from...' sahaja...last2 oppa hanya angguk2 je dan senyum. Layanan diorang ni baik terhadap foreigner cuma masalahnya kekangan bahasa.

Lepas tu teruskan lagi perjalanan ke Seoul. Jauh lagi ni...

Sampai Seoul perut dah mula lapar. Mr. Jed bawak kami makan kat restoran kebab (yang kusangka ownernya Muslim) rupanya owner Korean Kristian dan staf Hindu. Lepas dah makan baru tau. Hmmmphh.

Cuma, barang2 makanan semua dibeli dari kedai orang Pakistan Muslim berdekatan. Lepas dia explain barulah rasa lega sikit sebab orang Korea terkenal dengan jujur dan integriti yang tinggi. Diorang takkan menipu semata2 nak tarik pelanggan kerana harga diri mereka terletak pada kejujuran. Samalah macam kat Jepun jugak.

Tupun sebab kami tanya: are you Muslim? Owner yang merupakan seorang wanita Korea berusia sekitar 40an dan sering memakai apron dan berambut pendek itu mengingatkan saya kepada emak Nobita dalam kartun Doraemon. Owner ni asyik tersenyum dari mula dan datang menemankan kami makan walau ada kekangan bahasa.
tu ownernya....seorang wanita yang baik dan budiman. Sebelah tu pekerja dia warga India yang study di Korea
Mr. Jed kata, beliau tinggal di India selama beberapa tahun semata2 nak belajar masak makanan India dan pakistan. Memang rasa makana beliau sangat enak dan menjadi.

Kebanyakan stafnya ialah budak2 muda India yang datang belajar di Korea. Orang India bila dah duduk sini pun jadi sopan santun, bila masuk je senyum sambil greet 'anyeong haseyo..."..oh how sweettt dan kemudian berbual dalam bahasa Hangul dengan owner tersebut.

Wifaq nak jalan sendiri. Takpe kat sini kanak2 sangat selamat....tak macam kat  negara sendiri *sad*kena jalan kaki sikit sebab restoran terletak di celah2 dan belakang2 kedai2...best jugak menapak sejuk2 ni. Today dah kurang sejuk sikit *lega* dan dah boleh kurangkan selapis pakaian

Sebab tu kadang2 kalau ada yang tanya pakej Korean Muslim tour dengan company husband, kami macam teragak2. Bukan apa, kalau setakat round sekitar Seoul rasanya kebanyakan orang boleh pergi sendiri dan redah je dan ada banyak restoran Muslim. Dalam masa sama, kami tak berani lagi nak buat pakej ke luar dari kota Seoul sebab nak cari restoran yang betul2 dijamin halal dan sesuai dengan perut rakyat Malaysia agak payah. Memang ada, tapi tak banyak.

Kecualilah kalau anda traveller tegar yang sanggup ikat perut dan makan apa yang ada je....macam yang kami buat ketika mengembara ke luar dari Seoul. Di luar kota Seoul, ada banyak restoran Korea....pilihan makanan pula agak terhad kepada ikan dan sayur2 saja. Ikan pun kami hanya makan ikan bakar dan sup2 je.

Lepas makan, kami tumpang solat sekali kat level bawah restoran. Siap diorang sediakan sejadah sekali. Allahuakbar hebatnya toleransi agama di sini. Diorang memang akan bantu kita selagi termampu tanpa dipisahka oleh agama, bangsa dan ideologi.

Selesai makan, Mr. Jed bawak kami ke Strawberry farm. Starwberry sini gemuk2 dan manis2. lazatnya lah rasa. Sekali gigit terus je rasa kulit jadi cantik dan glowing gitu sebab banyak vitamin *melampau* (*_^) Merela2 makan stoberi. Kami beli dua kotak sekaligus untuk dingap dalam kereta. Puaslah makan sebab tak tau la bila lagi akan sampai Korea...
macamlah kat malaysia xde stoberi kan
Tebi tengok je cik alil makan stoberi 
Lepas tu kami ke tempat memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.  Mula2 rasa taknaklah pakai Hanbok. Hanbok je pun. Tapi lepas tu rasa macam eh rugila kalau tak try....ni peluang sekali seumur hidup....then pergi la jugak pilih Hanbok yang kecik dan cantik.
merasa la jugak menyarung Hanbok
Khalil....Janggeum taknak pandang kau pun :P
Masa ni anak2 taknak try. Pakaikan Rihaab Hanbok dia buat muka masam dan nangis. Alahai budak ni...Khalil, Baba, suami dan Opah pun tak ketinggalan la jugak.
nanes la pulak....
Then kami ke National Folk Village (ke Museum? lupa). Berjalan2 dan bergambar2 sambil mengenali cara hidup dan kampung tradisi masyarakat Korea. Tiba2 rasa macam ada kat dalam drama Jewel of the Palace la pulak....
suhu sejuk balik. budak2 ni dh macam anak patung dah kena bungkus muka. mujur beli mouth cover kat Everland
National Folk Village
Tebi rilek je harini
ahjumma ni jual keropok beras...

Soya....tapi rupa macam belacan
periuk tradisional Korea
feeling Janggeum...:P

rumah tradisi Korea

kawasan ni agak luas dan kena berjalan kaki di dalamnya. Kalau nak datang silalah datang pagi sebab petang masa kami dtg ni dah sunyi takde pengunjung dan dah nak tutup. Kalau nak beli souvenir macam fridge magnet atau keychain boleh beli kat sini tapi agak mahal. It is advisable beli sikit je kat sini dan kalau ada masa better beli kat sekitar Itaewon atau Namdaemun or Dongdaemun Market je....kat sana lebih murah (^_^)
Nampak elok2 je tak ketat jeans saiz kanak2 yang saya pakai itu. Sbb saya sangat kecik, jadi terpaksa pakai jeans kanak2 saiz XL atau XXL. Budak2 punya tak fit, tapi orang tua punya semua fit...heran sungguh.
Suhu masih sejuk. Jalan punya jalan, dah malam. Alahai terpaksa makan Korean food lagik...ikan bakar lagilah nampaknya…
Oklah oklah. It's time to admit that I am rich. ada HANA Bank, ada HANA bus....nama HANA sgt glemer di Korea okeh
Macam biasa masuk je restoran dah nak termuntah ada bau Kimchi. Uwekkk.   Rasa agak panas bila duduk atas lantai dia, mesti ada heater bawah lantai ni. Toilet kat sini pun agak kotor le...jarang jumpa toilet kotor kat sini.
Alhamdulillah lepas makan pening cari Hotel pulak…
Malam ni dinner kat sebuah restoran di Ansan
Nehal meragam
...sampai tahap nak terkam kamera. letih le tu
pipi tebi dah blushing mcm baby Korea. Dari jauh nampak kiut je pinky pinky. Hakikatnya tengok dari dekat menggelupas sbb udara kering....*baru ku tahu*
Kerusi patah kaki ke ni
Rasung Hotel ni terletak kat Ansan-si. Dekat dengan Bandar ada kedai2 sume. Sebelum ni hotel sume kt pedalaman. Masuk je bilik, yang lelaki kunun nak p jalan2 kat bawah tapi tepat jam 10 malam kedai sume dah tutup. Sharp betul depa ni.
Rasung Hotel, Ansan-si, South Korea.

Kat sini ada internet access. Tapi baru nak online, teringat laptop pulak tertinggal kt dalam van. Khalil call Mr.Jed cakap nak ambik laptop, boleh dia joking and cakap.."Forget it and go to sleep”. Pandai jugakla Mr. Jed buat lawak..huhuhu

Akhirnya dapat jugak online malam ni. Sempat le haplod 4 gambar kt Mt.Seorak. Ramai sungguh kengkawan komen..yang tak tahan tu siap kata 'ala superimpose le tu...". Adoila kawan2 aku ni...

Alhamdulillah selesai hari ke-4.

Esok last day kat Korea.....*sad*

1 comment:

  1. Salam Perkenalan, seronok tgk gambar2 Korea ni. Teringat pulak saya pegi pun thn 2011, tapi bulan May. So tgh spring, tak sejuk sgt. Pegi ngan sorang member je...ladies trip.

    ReplyDelete