Wednesday, October 17, 2012

Susuk Moden: IMPLANON

Percaya tak saya pakai 'susuk'? *kontroversi tak? hahaha*

Baiklah. Hari ni saya nak cerita pasal susuk moden. 

Perkataan 'implant' dalam bahasa Melayu  bermaksud susuk *tapi tidak merujuk kepada susuk tradisional yang kau nak pakai kena jumpa tok moh...yang ni canggih, kau kena buat apoinmen dengan pakar perbidanan*

Implanon. Bukan dari segi saintifik but more to self experience sebab saya bukan doktor.

Yang putih kecik macam dawai kat bawah tu ialah rod yang akan dimasukkan kat bawah kulit lengan kita (gambar ihsan Photobucket Images)
Kecik je pun...tu pun nak takut ke? *provoke*
Setiap kali balik kampung atau pergi kenduri dan jumpa saudara mara, mesti ada yang tanya pasal Implanon sampai saya perasan macam dah jadi duta Implanon pulak behehehe. Dan soalan yang kerap diajukan ialah: "Sakit tak pasang implan?" dan juga "Apsal kau tak gemuk pun pakai implan?". 

Bagi yang belum clear apa itu Implanon, ia adalah salah satu method merancang keluarga dan menjarakkan kehamilan.
Pada saya ia yang paling mudah setakat ini. Sekali pasang je lepas tu kau boleh lupakan ia hinggalah selepas 3 tahun. 

Sebab tak kuasa nak makan pil (kalau terlupa atau tak ikut timing..habis!), atau tak kuasa nak pergi klinik untuk cucuk kat...u know where dan sakit la jugak.
IUD pulak...kena sopan santun dan dah banyak kawan2 pakai tapi terpregnen jugak.

Saya sendiri memilih memakai implan sebab...sob sob..sebelum ni makan pil tapi pil itu tidak mampu melawan genetik saya dan suami yang amat sihat dan juga takdir Allah SWT. 

Jadi, dalam duk patuh makan pil ikut jadual...lekat jugak dua orang baby bernama Rihaab dan Nehal. Itu semua rezeki...tapi, perancangan keluarga masih penting demi kesejahteraan dan kesempurnaan hidup anak-anak yang sedia ada.

Pendapat saya tentang perancang kehamilan. Sila imagine, katakan pendapatan anda dan suami sebulan memang cukup dan boleh sediakan kehidupan yang selesa, let's say, untuk 2 orang anak.

Dengan pendapatan itu, anak boleh dapat susu berkualiti, diapers jenama yang baik, pakaian yang bagus, makanan terbaik, pendidikan dan penjagaan yang baik, perubatan yang baik (asal demam jumpa paed, asal demam sikit jumpa paed sebab nak yg terbaik untuk anak kan?), insuran kesihatann dan pelajaran...permainan..etc.

Tapi, disebabkan kegagalan anda merancang kehamilan...anda hamil lagi. Maka kos perbelanjaan yang sedia ada semua kena reduce dan terpaksa dibahagikan kepada 3 orang anak. Elok-elok anak no 1 dan no 2 ada semua benda yang sempurna dan selesa, sekarang dah kena kurangkan sikit untuk beri laluan kepada anak no 3. Asal demam jumpa doktor biasa jelah padahal makan ubat doktor biasa tak baik-baik pun...last2 kena jumpa paed jugak. Membazir kat situ.

Akhirnya nanti, susu kena beli susu murah. Diapers pun kena beli yang murah. Nursery dan sekolah kena cari yang murah je sebab nak jimat. Makanan pun kena pilih-pilih. Nak holiday selalu pun tak boleh sebab nak berjimat. Nak beli mainan? ah tak payah beli sebab kalau nak beli kena beli 3 (tak cukup bajet)...nanti berebut. akhirnya tak payah beli...kesian kat anak-anak. Paling kesian tengok anak terkebil-kebil tengok kawan-kawan lain nak itu ini semua dapat...ini cabaran membesarkan anak di zaman sekarang. Kita kena fikir emosi anak-anak sepanjang tumbesaran mereka juga.

Paling penting: masa dan tumpuan kita untuk anak-anak. Bila masa kita nak mengajar mereka dan cek kelemahan mereka di sekolah kalau tiap tahun kita sibuk dengan adik kecil mereka?

Betul. Anak-anak dalah rezeki dan rezeki datang dari Allah SWT. Tapi Allah SWT juga suruh kita ikhtiar dan beri kehidupan yang baik pada anak-anak. Allah SWT tak larang kita merancang. Bila Allah SWT suruh kita menyusukan anak sampai dua tahun, itu indikasi bahawa Allah SWT mahu kita plan baik-baik dan jarakkan kehamilan.

Tubuh badan kita pun perlu pulih sepenuhnya sebelum ready untuk pregnen lagi kan? Menzalimi tubuh badan sendiri pun dilarang dalam Islam.

Bila pil dah tak berkesan (saya ambil Noriday atas cadangan gynae sebab b-feeding), sebulan selepas melahirkan anak ketiga, saya terus cakap dengan gynae (masa itu Dr. Noraini di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bandar Baru Bangi) yang saya nak pakai implan.

Ramai orang takut pakai implan sebab kesan negatifnya tubuh akan jadi 'comel' dan montel. Kebanyakan rakan dan saudara yang pakai implan saya tengok memang jadi 'comel' mendadak sebaik pasang implan.

Sebenarnya senang je nak tau pakai implan jadi montel atau tidak. Kalau cucuk atau makan pil badan kita naik, then pakai implan pun BIASANYA naik. Tapi kalau cucuk atau makan pil badan kita maintain, BIASANYA kesan sama jugak kalau pakai implan.

Tapi saya tak peduli...nak montel pun montellah asalkan tak preggy lagi dalam masa terdekat. Saya nak berikan tumpuan dan perhatian secukupnya pada anak yang sedia ada...dan juga pada study sebab masa itu, alhamdulillah, semasa dalam pantang saya dapat offer study leave selama 3 tahun!

Jadi cuti bersalin saya bersambung sehingga 3 tahun! Sujud syukur saya masa tu. 
Walaupun kehamilan Nehal tak dirancang...dan bibik tiba-tiba balik, Allah SWT mudahkan urusan saya dengan cara lain.
Akhirnya dapat jugak saya merasa membesarkan anak dengan tangan sendiri. (^_^)

Dan sekarang Nehal...(atau glamer dengan nama Tebi) dah 2 tahun setengah pun. Dah pergi tekolah pun.
Anak saya yang paling montel mungkin sebab senang hati maknya ada depan mata 24 jam.

Saya mula pasang implan sebulan lepas bersalin. Masa postnatal check up pertama.
Memang taknak tunggu lama-lama dah. Fobia.

Sebenarnya masa tu memang zero dan had no idea at all apakah itu implan? Sakit ke? Kena belah apa-apa ke? Takut oii sebab selama ni bersalin semua normal.
Blurrr.....
Tapi ketidakinginan untuk hamil lagi dalam masa terdekat mengatasi ketakutan nak pakai implan.
Lagipun bersalin lagi sakit dari pakai implan heheh.
Dah tak kisah la nak gemuk ke...apa ke...

Masa jumpa doc tu, cakap dengan doc saya nak pakai implan.
Doc okay je.
Doc kata, setakat ni dalam banyak2 jenis perancang kehamilan...implan yang paling berkesan.
99% kemungkinan tidak hamil, dan baki 1% kemungkinan untuk hamil plus takdir Allah SWT.
Tapi kesan negatif ialah badan boleh naik. *saya tak peduli...*

Rupanya tak sakit pun pakai implan ni.
Doc ambik satu rod (macam dawai halus) kecik...lepas tu doc pegang tangan kiri saya...sapu anasthetic sikit...lepas tu kebas dah tak rasa apa-apa.
Ni bukan gambar tangan saya ye. aurat tau nak tunjuk lengan. (^_^). Saya pinjam gambar dari Photobucket Images
Sepanjang proses tu, saya pandang kanan je...rasa sikit2 doc masukkan rod tu tapi tak sakit pun.
Tiba-tiba..."okay, dah siap".

Oh? Itu je ke? Kejapnya. Ingatkan lama. *garu kepala*
Lepas tu doc tampal plaster dan kasi sekeping kad yang tertera tarikh pasang, tarikh buka dan lengan sebelah mana implan dipasang.
Pasang: 24.5.2010. Bukak balik: 24.5.2013.
Kad ni make sure simpan dalam purse dan jenguk selalu takut lupa hehe.
Sebelah belakang kad
Kos masa itu RM500 untuk 3 tahun pemakaian. Kalau di hospital kerajaan mungkin murah sikit kot.

Sekarang setelah 2 tahun setengah implan ni duduk dalam tangan saya:

#Alhamdulillah saya tak gemuk, tapi makin kurus ada. Semua tegur saya makin cengkung...heran pulak diorang, orang lain pakai jadi 'comel' tapi saya pakai jadi makin sekeping...apahal?

Pada saya, berat badan boleh dikawal. Makanlah banyak mana pun, yang penting pilih-pilih apa yang dimakan. Makan makanan yang sihat, kalau sesekali nak makan yang tak sihat pun...rajin-rajin bersenam. Kalau malas bersenam, kena bergerak aktif. Kalau malas bergerak, kena banyak membaca dan berfikir.

Saya jenis yang bersenam sesekali je. Makan pun boleh tahan banyak. Tiap kali makan nasik mesti 3 kali tambah. Cuma, kebetulan benda-benda yang saya suka makan memang tidak menggemukkan kot. Contohnya makan sayur...dari dulu lagi, kalau ada sayur yang dimasak dan ulam-ulaman, saya akan pilih ulam. 

Tapi otak sentiasa ligat berfikir. Perkara baru setiap hari.
Orang yang otaknya tak reti diam memang susah nak gemuk...sebab hampir semua zat makanan pergi ke otak.

Pernah dengar tak, kanak-kanak genius kebanyakannya punya saiz tubuh badan yang kecil. Sebab kebanyakan zat pergi ke otak...untuk support aktiviti di otaknya yang sangat aktif.

#Saya tidak hamil buat masa ini, alhamdulillah. Dan tumpuan diberikan secukupnya pada anak-anak yang ada.

#Ada orang kata pakai implan hormon terganggu. Saya memang jenis yang tak period selepas melahirkan sejak dari anak sulung mungkin kerana BF. (ajaibnya 15 hari lalu saya tiba2 period balik setelah habis sekotak Beauty Umaira. Yang ni kena buat entry lain pulak...hohohoh)

#Doc kata boleh naik selera makan. Tapi saya memang kuat makan sejak dulu pun...

#Ada yang kata boleh dapat mirgrain. Sejak pakai implan memang saya ada migrain...tapi tak pasti kerana implan atau kerana stress PhD. Tapi, sejak makan Beauty Umaira migrain sudah lenyap. Sahabat saya kak Liza Mohd Said pun sejak makan Beauty Umaira dah tak migrain lagi. *Ok, Memang nak kena buat enry lain pasal Umaira ni...heh*

Setakat ni jelah review saya mengenai implan. 
Harap boleh membantu rakan-rakan membuat penilaian dan keputusan.

On top of that, consult your gynae habis-habisan dan tanya pengalaman ibu-ibu lain yang dah pakai implan.

Timekasih (^_^)



6 comments:

  1. Salam ziarah.
    Tak tau nak komen pasal ni tapi tambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. Hehehe. kak hazila...thanx for commenting anyway. asalkan akak tinggalkan jejak, saya amat berbesar hati tau...(^_^)

    ReplyDelete
  3. Salam
    saya berminat nak makan beauty umaira tapi skrg ambil injection perancang. Boleh ke sbb yang saya tahu beauty umaira banyak membantu org untuk pregnant. Takut nanti injection tu tak berkesan pulak.

    ReplyDelete
  4. hayatizain: tulah saya pun tak berani nak komen. tapi personally saya rasa ia tak ganggu hormon perancang. setakat ni saya pakai alhamdulillah masih bertahan....(^_^)

    ReplyDelete
  5. well, i plak tengah terpk nak tanggalkan implanon. For me mungkin badan tak serasi maka dgn itu first month jerawat kluar cam budak remaha ehehe. But main reason, period sampai 15 hari. dah nk 6 bulan pakai period ttp main 14-16 hari..Tak sanggup plak cuti lelama. But seriously am glad that it worked out for u. thanks

    ReplyDelete
  6. salam sis,

    nice blog..:)
    sy setuju dengan entry sis ni..sebabnya sy mmg pakai implanon(dah 2 kali dah pun)..so far, badan x naik & part yg bestnye sy boleh puasa penuh 2 thn sebab period skali je lepas pakai implanon and lepas tu xde period langsung..:)
    nak pasang & bukak pun senang je..cuma sakit sket la..hehe

    http://vitaminhalal.com

    ReplyDelete