Thursday, October 11, 2012

Membuat YUGARI Kelihatan BVLGARI...

Assalamualaikum.
Sila jangan menyampah dengan tajuk entry kali ini.
Konon-konon ala fashion statement la kan. Yang sebenarnya tuan tanah sudah pening mengadap menulis dari pagi dan mengadap artikel yang bermacam-macam genre...

Menjelang petang otak sudah agak senget sedikit.

Semua orang ada fashion statement tersendiri. Contoh paling mudah: "Bior pape asal bergaye" *kata orang Perak. Itu kira fashion statement la kan. Ada jugak yang kata: "Biar pakaian buruk, asal duit berkepuk...". *yang ni boleh kira fashion statement bagi golongan kedekut behehe*

Saya punya fashion statement pulak: "Biar murah asal cara kita membawanya membuatkan ia kelihatan mahal". It's how you carry the dress that makes it expensive and not necessarily the brand. Walaupun, ya...sometimes pakaian yang mahal memang akan nampak mahal but not necessarily.

*Now why am I talking about fashion in the first place huh?*

Tidak tidak. Saya bukanlah seorang yang fashionable sangat pun. Saya cuma peka dengan perkara-perkara yang sesuai dan kena dengan fizikal dan jiwa saya.
Fashion development ni kalau nak kejar sangat...kita akan terjelepuk keletihan. 
Sebab ia akan sentiasa berubah, berkembang mengikut peredaran masa.

Samalah jugak macam perkembangan gajet.
Dah beli I Phone 4 nak pulak I Phone 4s...lepas tu terbeliak pulak mata tengok I Phone 5...I Phone 6...I Phone 7 bla bla bla...
Memang tak larat nak kejar.

Satu masa dulu saya pun peminat tegar gajet. Tapi lama-lama saya rasa ia bukanlah investment yang berbaloi sebab harganya akan turun dan lama-lama hilang nilai.
Duit yang beribu riban itu baiklah dilaburkan untuk beli property~ya, rumah..atau kedai...atau hartanah~yang harganya semakin lama semakin melambung.
Rumah atau kedai kalau disewakan boleh beri pulangan yang baik untuk kita juga.

Kadang-kadang diakui saya suka jugak beli pakaian berjenama tapi syaratnya: hendaklah pakaian itu suits my character very well. 
Tapi di kebanyakan masa...saya beli je pakaian jalanan (streetwear) yang takde jenama asal cantik, selesa dan sesuai.

Paling bangga, kalau dapat beli pakaian murah tapi bila mix and match dan tersarung ke tubuh tiba2 blink nampak macam mahal.
Tapi nak jumpa pakaian yang begini kenalah rajin survey, jenguk dan belek satu persatu. Pemerhatian juga kena tajam sebab kalau tersalah beli nanti menyesal.
Sesal dahulu pendapatan....sesal kemudian dapatlah baju yang murah tapi tak cantik...hehehe

Semalam saya beli skirt denim. Murah je.
Errr excuse me...sebenarnya bukan saya yang beli...saya hanya tunjuk dekat encik husband: "nampak tak skirt tu...cantik tak..?" and then secara tiba-tiba saya sudah pun membayar skirt itu menggunakan wang beliau. Anggaplah ia nafkah (^_^).

Encik suami memang tidak pernah berkata 'tidak' atau 'tidak boleh'. Harap beliau kekal sedemikian rupa demi kesejahteraan rumahtangga (*_^).

Saya beli skirt itu...setelah teringat satu blouse yang saya beli masa balik raya ke Kelantan baru-baru ni. Blouse tu beli di Bazar Tok Guru. Benda lain yang dicari, benda lain yang dibeli aduyai.

Tak taulah kenapa bila tengok blouse denim biru tu tergantung dari jauh dia macam melambai-lambai 'belilah saya...belilah saya' katanya.
Yang menarik perhatian saya ialah detailings pada blouse itu.

Di bahagian dada ada mcm corak sulam lace.
Lepas tu dia menggunakan zipper kaler gangsa sampai ke bawah. Nampak smart je.
Saya memang suka la kalau baju2 ala2 smart kasual ni.
Kalau yang beropol-ropol atau berbunga2 beriben macam tak kena je dengan jiwa saya yang brutal ini...
Yang macam tu sesuai dengan wanita lemah lembut sedangkan saya ni adakalanya agak gothic...hehehe.
I love the detailings yang mcm lace itu...
Dekat lengan pun ada corak-corak sebelah dalam...

Terus je tunjuk baju tu dekat husband dan beliau kata kalau nak belilah.
Dah lama dah beli tapi tak tau nak match dengan 'bawahan' (skirt atau seluar) apa...dan akhirnya semalam sudah beli skirt untuk menemankan blouse itu.

Kedua-duanya murah saja dan takde jenama.
Blaus tu jenamanya YUGARI (entah la jenama dari Siam ke China ke...)...tapi bila menyarungnya saya terasa macam menyarung BVLGARI yang harga riban-riban itu.
Bolehke macam ini?
Yugari je yang termampu tskk

Dan skirtnya pulak...puas saya belek banyak kali. Akhirnya sah yang ia 'brand-less' hehe. Takde jenama apa-apa tapi sangat selesa dan muat-muat je pinggang saya yang bersaiz 26 ini.
Selalunya beli skirt mesti nak kena pakai clincher sebab longgar.

Standing proudly in my Yugari.


What's your fashion statement?



Terima kasih sudi baca.
Sekian.

No comments:

Post a Comment