Monday, July 2, 2012

Stresnya Jadi Kanak-kanak di Malaysia

Assalamualaikum. May today be better than yesterday. Insya Allah.

Banyak benda nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana.

Alhamdulillah 25/6/2012 baru-baru ni, anakanda sulung saya Wifaq diterima masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi setelah menjalani peperiksaan kemasukan sebulan sebelum itu. Dari 400 calon yang memohon, hanya 180 yang diterima dan 20 lagi kuota untuk rayuan. 

Saya tak mengharap sangat anak saya dapat masuk sebab budak-budak zaman sekarang bijak-bijak belaka. Tapi kalau dapat memang syukur yang teramat sangat.

Surat pun dah sampai ke rumah. Alhamdulillah syukur.

Masih ramai parents yang tak sedar kewujudan SRAI ni sebenarnya. Ada yang sangka SRAI stands for Sekolah Rendah Agama Islam. Sebenarnya SRAI ialah Sekolah Rendah Agama Integrasi di bawah pentadbiran JAIS yang menggabungkan kurikulum sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama sekaligus dalam satu sesi persekolahan saja.

SRAI jadi rebutan parents mungkin disebabkan satu sesi persekolahan dari pagi hingga petang yang memudahkan pelajar dan juga parents. Balik opis petang2, terus ambil anak. Bagi anak2 yang naik bas, tak perlu transit dan pergi sekolah agama pula sebelah petang.

Maka ramailah ibu bapa berharap sekolah harian kerajaan yang ada sekarang ni adapt sistem yang sama macam SRAI ni. Sekolah harian kerajaan memang bagus dari fasiliti tetapi, sorry to say, pengisian rohani dan tarbiyah Islamiyyah amat kurang yang mana inilah yang amat merisaukan kebanyakan parents masa kini.

Kalaulah silibus kerajaan mampu menyamai apa yang ditawarkan sekolah swasta, saya sendiri pun tak ragu2 hantar anak2 ke sekolah harian biasa dan tak perlu keluarkan belanja lebih untuk sekolah bukan kerajaan.

Jauh di sudut hati (eceh) saya lebih suka hantar anak2 ke sekolah kerajaan saja kerana jarak yang dekat dengan rumah. Tetapi saya tak yakin yang saya mampu memikul tanggungjawab menerapkan nilai2 Islam dalam jiwa anak2 seorang diri tanpa bantuan guru2. 

Personally, beban tarbiyyah terasa sedikit ringan jika saya menanggungnya separuh dan separuh lagi oleh guru-guru. Ini sekadar pendapat peribadi dan tak semua orang bersetuju.

Saya sendiri pun dulu produk sekolah harian biasa. Tapi situasi 30 tahun dulu amatlah berbeza dengan sekarang. Gejala sosial hari ini amat mengerikan and to be honest, kebanyakan parents jadi fobia membesarkan anak2 dalam keadaan tak menentu.

Ini antara faktor yang mendesak parents untuk hantar anak ke sekolah yang lebih Islamik walau terpaksa berbelanja lebih. 

Begitulah. Nilai sebuah tarbiyah pada hari ini sangat mahal. Kos untuk memanusiakan seorang manusia amat tinggi dan menuntut pengorbanan dari segenap segi.  

Ada sesetengah parents kata, alah hantar anak ke sekolah agama belum tentu anak jadi baik. Ramai je budak2 lepasan sekolah agama terjebak dengan gejala sosial. Betul juga tu. Yang penting didikan dari rumah. Kalau apa yang diajar di sekolah takde kesinambungan dengan didikan di rumah...anak2 tetap takkan jadi apa.

Apa yang boleh saya katakan, situasi pada hari peperiksaan menggambarkan betapa permintaan terhadap sekolah agama sangat tinggi tetapi tempat yang disediakan sangatlah terhad. Sejak dari mula saya memang tak letak harapan yang tinggi untuk anak saya diterima masuk. Tapi alhamdulillah anak saya ada rezeki bersekolah di situ.

Above all, apa yang saya lihat competition sangat tinggi dan saingan amatlah sengit. Especially di Bandar Baru Bangi yang kebanyakannya anak kepada golongan profesional disebabkan banyak IPT dan insititut-insitut latihan dan penyelidikan sekitar Bangi.

Melihat bentuk soalan pun (yang rasanya standard darjah 1-2 sekolah rendah), perghhh macam tak percaya betapa ramainya kanak2 berusia 5-6 tahun di Malaysia yang sudah mampu menguasai 3M (membaca, mengira dan menulis) seawal usia 3-4 tahun lagi.  

Sedangkan kebanyakan kawan2 saya yang menetap di Australia, US, UK dan Jepun~negara2 maju~ kata, kanak2 berusia 4 tahun di negara2 ini kebanyakannya belum boleh membaca pun. Usia sekecil itu mereka lebih didedahkan dengan soft skill dan belajar dengan lebih enjoy. Bila masuk primary school barulah kanak2 ni dikenalkan dengan huruf-huruf dan belajar membaca.

Huhu stressnya jadi kanak2 di Malaysia yang sangat exam oriented, Tengoklah nak masuk darjah satu pun dah kena tau segala basic mengira, membaca, menulis BM, English and Arabic. 

Saya tak pasti sama ada silibus di Malaysia bagus atau too advance? Sekali tengok memang hebatlah umur 3-4 tahun dah boleh kuasai 3M. Dahsyat betul. Di saat rakan2 sebaya di negara lain sibuk bermain di sekolah, kanak2 di Malaysia dah pun boleh membaca dan homework pun kadang2 sampai 10 helai muka surat. Saya pun kurang pasti ini perkembangan yang sihat atau sebaliknya.

Kalau di negara maju, keselamatan (contoh: naik kereta takpe tak pakai car seat...dan parents dibenarkan pangku anak2) dan kebajikan (contoh: isu baby tersedak susu di nursery sangat banyak, nursery dan taska tak berlesen bersepah2...dan macam2 lagi) kanak2 sangat terjaga, di Malaysia kita hanya menekankan kebijaksanaan dan kurang penekanan keperluan2 lain kanak2. 

Kalau kat Jepun kanak-kanak pergi sekolah jalan kaki sorang2 pun takpe, kat sini boleh tak nak buat camtu? Kat UK, kalau baby merangkak sampai tengah jalan pun insya allah selamat....kat sini jalan kaki tepi jalan pun kena rempuh....oh sungguh takut sebenarnya membesarkan anak2 dalam keadaan begini. Banyak lagi perlu diimprove dalam isu kanak2 di Malaysia.

Berbalik kepada cerita SRAI, kalaulah pihak JAIS tambah satu lagi cawangan SRAI Bangi alangkah bagusnya. Dan kalau boleh bukak je kat BSP ni ha dekat dengan rumah saya (hahaha selfish betul). 

Nak cerita sikit.

Pada hari kejadian (hari exam), 26/5/2012 lepas, pagi2 kami bersiap siaga (cewah) membawa si teruna kecik untuk ambik exam. Dari malam sebelumnya dia sudah excited nak pergi exam. Pagi nak exam tu awal betul dia bangun. Selalunya payah betul nak bangun pagi, hari exam kemain awal Wifaq bangun.

Mandi pun awal. Lepas mandi, dia belek2 lagi story book Chuggington dan baca semua perkataan kuat2. Sebab katanya format exam tahun ni ada oral test pulak. 

Mula2 pihak sekolah kata ada taklimat ibu bapa. Risau juga mana nak letak si kecik kalau kami pergi dengar taklimat. Jadi saya pun minta bantuan ex-student saya, Khuzaimah untuk tolong tengok2kan anak saya in case saya ke mana-mana.
Lawan tokey ni...student lagi tinggi dari lecturer dia tsk tsk...
Bagus betul Khuzaimah. Awal2 beliau dah sampai di SRAI. Sudahlah terpaksa parking jauh. Sementara saya hantar Wifaq ke dewan exam, Khuza tengok2kan si kecik Tebi. 
Tebi yang tak reti diam....wif auntie Khuza (^_^)

Saya tengok suasana agak kalut. Bermacam ragam. Maklumlah yang nak ambik exam kanak2 berusia 5-6 tahun. Ada yang nak parents ikut sekali. Ada yang menangis. Ada yang bad mood. Tapi ramai je yang OK. 

Bila tengok ramai parents ikut masuk hantar anak ke dalam dewan, saya pun masuk jugak konon-konon nak bagi moral support kat Wifaq.

But guess what? Dia buat muka tak selesa. Belum sampai 5 minit saya berdiri, Wifaq berkata perlahan: "Ish mama keluarla...exam dah nak mula ni...".

Duhhh...bertuah punya anak (^_^).
pandang sekejap lepas tu terus tak pandang2 dah....betuah...
...belek soalan...
Lepas tu saya keluar lepak2 dan makan2 dekat kantin dengan beberapa orang opismate yang punya anak sebaya. Persamaan kami~masing2 berharap anak2 dapat jawab dengan baik dan berhati2.

Memang. Perkara paling merisaukan ialah si anak over confident dan tak cek betul2 apa yang dikehendaki soalan. Itu sebabnya, beberapa bulan sebelum exam saya belikan berpuluh buah buku latihan untuk semua subjek dan suruh Wifaq habiskan semuanya.

Alhamdulillah Wifaq sebenarnya memang cenderung dengan perkara2 ilmiah. Jadi proses nak memaksa dia membuat latih tubi tidak susah. Tak suruh pun, asal ada masa lapang dia akan buat latihan. Siang malam itulah yang dihadapnya. 

Hampir dengan hari exam, saya keluarkan past year question SRAI yang memang ada dijual di sekolah. Saya photostat 2 salinan. Overall, Wifaq kena buat soalan yang sama 3 kali (2 salinan, 1 original). 

Kali Pertama: soalan photostat yang saya minta dia buat ikut selama mana yang dia selesa. Kalau dua hari, dua harilah. Kalau seminggu, seminggu lah. Tak apa. Asalkan dia familiar dengan format soalan.

Kali Kedua: Soalan fotostat juga. Tapi kali ni, mesti minimakan kesalahan dan cek balik mana2 yang salah. Kali ni Wifaq ada 5 kesalahan saja. OK sikit berbanding sebelumnya 10 kesalahan.

Kali Ketiga: Soalan original dan mesti jawab dalam tempoh ditetapkan. Yang saya risau sebab anak saya ni belum pandai tengok jam jadi saya takut dia leka dan stuck dengan satu-satu soalan dalam tempoh yang lama.

Pada hari kejadian, saya tengok dia langsung tak angkat tanya soalan dan siap awal pulak tu. Masa saya datang jenguk balik rupanya Wifaq dah selesai oral test pun. Oralnya hanya baca petikan yang cikgu bagi. Mula2 saya ingatkan ada hafazan atau conversation dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Huhuhu...letih jugak melatih tubi anak teruna sorang ni...

Yang tak tahan tu, saya, Khuza dan Ketua Jabatan saya, Kak Zaini datang jenguk Wifaq di celahan tingkap yang lompong sebab cerminnya pecah (kesian betul, kenapa tak diganti?). Saya babai-babai Wifaq dengan excited....tapi guess what? Anak teruna saya buat2 tak nampak je dan pandang tempat lain...huhuhu...tebal jugak la muka ni bila anak buat cenggitu.

Tapi tiba2 teringat saya masa kecik dulu pun cenggitu jugak. Hehe. Konon control macho taknak excited sangat bila nampak emak ayah. Tapi dalam hati suka.

Apa-apa pun, segalanya baru bermula dan perjalanan anak-anak masih jauh lagi. Harap Allah SWT panjangkan usia kami untuk bersama2 merintis kejayaan buat anak-anak. Kalau boleh biarlah Allah SWT tarik nyawa saya setelah anak2 berjaya berdikari, hidup senang dan tak bergantung apa-apa lagi dengan saya sebagai ibu....(^_^). 

Itu saja harapan seorang ibu...tak pernah mengharap apa2 balasan melainkan kebagiaan dalam hidup anak-anak. Amin.



26 comments:

  1. mmg sgt stress..alhmdlh time sy kecik2 dulu xade la sesengit ini..adeh

    (chop puan..seriuz malu giler tetibe interprem)

    hehehe..

    what ever it is..all the best to little caliph wifaq..moga jadi mujahid soleh yg menegakkan deenNYA..iA :)

    ReplyDelete
  2. eceh eceh malu la pulak. Saya memang berterima kasih sangat kamu sudi gak datang. Tapi saya rasa macam nyusahkan kamu pulak. *i feel guilty*. Daoakanlah untuk semua anak2 orang Islam supaya berjaya disertai akhlak yg baik. Zaman lani semua serba menakutkan.....

    ReplyDelete
  3. Bagusnya hubungan kak shana n ex student. Tahniah Wifaq. Bgs la ada sekolah mcm tu. mmg gerun bila fikir keadaan kat mesia mmg kn monitor anak2 selalu. Nk2 bila kat luat rmh.

    Kak shana tak jmp eh fb hanis huhu hanis lak jmpa tp takleh nk add nape eh?

    ReplyDelete
  4. Huhuhu Hanis....tula akak heran bebeno. Banyak kali try cari FB Hanis tak jumpa2. Akak heran gak nape hanis takleh add akak. Macam takde rejeki je nak bercomunicate secara langsung kan. Sometimes akak fikir, besarkan anak kat Jepun tu jauh la lebih selamat dari kat sini...tapi apakan daya...hujan batu di negeri sendiri. Kita sendiri yang kena play our part utk improve negara sendiri.....hugs and kisses utk baby Ken Hamza yeeee....*eeeee windu sama Hanis and ur postings yang best2....(^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Alhamdulillah anak u dpt masuk SRAIBB. Anak akak dua2 memang sekolah SRAIBB. Yg sulung sekarang alhamdulillah dah masuk sekolah tahfiz sains intergrasi MITIB n tengah tunggu result PMR. Yg anak kedua ni tengah tunggu result UPSR pukul 12 ni baru keluar harap dia pun dpt keputusan yg elok seperti kakaknya dan dpt masuk sekolah MITIB. Memang setuju dgn apa yg u tulis. Sekarang memang kena betul2 memilih untuk menghantar anak ke sekolah mana dan cuba usahakan yang terbaik agar anak mendapat pendidikan yang holistik dan seimbang untuk dunia dan akhirat. Masalahnya kat negara kita ni kemudahan sekolah yang islamik memang kurang sangat. Harap akan ada perubahan yang positif di masa akan dtg. Kat BSP pon dengar akan ada sek rendah kedua tapi tapi tak taulah sekolah biasa ke sekolah intergrasi? Kalau ada kat BSP kan bagus, coz anak yg bongsu ni dah 3 thn so memang klu ble nak masukkan sekolah integrasi gak.

    ReplyDelete
  6. Wsalam kak Hanie and thanz sudi ziarah and leave comment. Memang harap sangat ada SRAI di area BSP ni...tak perlu hantar jauh2 kan. Saya hanya mampu berdoa biar semua anak dapat masuk SRAI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada tanam impian nak hantar anak ke MITIB tu....ok ke MITIB?

      Delete
  7. Assalammualaikum. Terima kasih atas maklumat yang begitu terperinci sekali. Saya pun menghadapi masalah utk memilih sekolah utk anak ke3 yg akan ke darjah satu pada 2013. Daftar di sekolah kebangsaan dekat dengan rumah dan dalam masa yang sama mendaftar di sekolah intergrasi swasta di usj. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati kami utk menghantar ke sekolah intergrasi di subang usj.

    Semoga anak-anak kita cemerlang di dunia gemilang di akhirat. Selamat maju jaya juga saya ucapkan buat puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita doakan untuk anak2 kita dan generasi seterusnya....Insya Allah. Thanx sudi visit :)

    ReplyDelete
  9. Salam....
    Terima kasih atas perkongsian cerita. Saya pun bercadang nak mencuba nasib anak teruna saya yang sorang ni...

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum dan salam perkenalan.Terima kasih for info yg terperinci. saya pun resident area BSP dan bercadang mghntar ank ke sekolah integrasi nx year. Anyway, tetap register di sek BSP sbg backup. Klu ikut dr penulisan akk ni,ank akk darjah 1 tahun ni,so saya nak tanya mcamana hasilnya,dr segi pembelajaran dan sebagainya.Lagi 1 klu saya nak hantar utk tahun depan biasanya bila saya boleh ambil borang?Thanks in advance.

    ReplyDelete
  11. Wsalam. Untuk makluman, borang ujian SRAI boleh diambil pada bulan April setiap tahun. Biasanya akan ada pengumuman di buat di papan kenyataan sekolah. Dari segi pembelajaran belum nampak ketara sbb baru sebulan bersekolah. Cuma yang jelas, solat anak2 SRAI sangat terjaga....dan dari segi akhlak juga terpelihara. Wallhua;lam. Good luck for ur kid ye.............(^_^)

    ReplyDelete
  12. ASSALAM....
    SAYA PUN NAK ANTAR ANAK TAHUN DEPAN,BULAN APRIL SETIAP TAHUN YE FORM KELUAR?TQ ATAS INFO :)

    ReplyDelete
  13. Salam..nak tanya, SRAI bermula dari darjah 1 ke? maksudnya nak register masa April umur 6 tahun @ 5 tahun?

    ReplyDelete
  14. salam...SRAI ni untuk masuk darjah 1 ke? maksudnya daftar masa april umur 6 tahun @ 5 tahun?

    ReplyDelete
  15. Wsalam....Ye borang SRAI keluar setiap bulan April. SRAI untuk masuk darjah 1....ambil borang dan duduki ujian masa umur 6 tahun (1 tahun sebelum kemasukan darjah 1)

    ReplyDelete
  16. Salam...nak tanya Shana...
    Shana masih simpan ke contoh soalan ke SRAI?
    Shana kata ada beli,kat mana leh dapat ye?

    ReplyDelete
  17. salam. kerana berkongsi pengalaman. Saya pun amat berminat utk hntr anak sy ke SRAI thn dpn. Boleh ke sy nak dapatkan contoh soalan past year yang puan maksudkan sbb sy dah ty sekolah tapi skrg dah xde jual. Tak tahu mana nak cari lagi.

    azlina - 0193056946

    ReplyDelete
  18. Thanx for the info.. Saya baru amik borang semalam.. And dh start suruh anak saya buat latih tubi.. Cume nak tanye, set soalan past year tu mmg ade dijual dkt koperasi sekolah yer?

    ReplyDelete
  19. Ramai yang berminat dgn SRAI ye...

    SHAHRINA: Dulu saya beli di pejabat sekolah...

    AZLINA: Betul ke dah takde?

    NURHAFIZA: Haah saya beli di pejabat sekolah (bukan koperasi sekolah ye)....

    Camnilah: cuba tinggalkansaya alamat sis-sis sekalian ...ramai yang minta contoh soalan ni rupanya cuma saya yang agak bizi nak mengepos kepada semua. Saya akan minta bantuan seseorang untuk poskan contoh soalan ni kalau berminat..........tq...

    ReplyDelete
  20. Salam sis Shana,

    minat nak contoh soalan tu, nak cantact mcm mana?

    no tel saya 013-6644294. TQ

    ReplyDelete
  21. Salam Shana..saya berminat nak contoh soalan ujian kelayakan ini. macam nak nak kontek shana?

    ReplyDelete
  22. salam...
    boleh kongsikan soalan2 examnya? sebab saya cari sekolah kata dah takder :(

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum sis..

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.bertambah minat saya nak hantar anak ke srai ni... saya tinggal di bandar baru bangi..dpt tau pulak ade sek integrasi ni kat bbb..alhamdulillah...boleh ke nak dapatkan pass year question from sis utk anak saye... preparation gitu... thank you

    ila 0129823199

    ReplyDelete
  24. Tengah fikir nak keluarkan anak dari SRAI BBB..why?...mmg betul JAIS ada byk choices of school utk sekolah menengah, tapi if, tak dpt result yg baik, dpt sekolah yg susah transport.(either sekolah agama baginda or sekolah menengah jalan reko)..lagi satu, sekolah ni susah nak chk result exam, tak macam sekolah gomen, yg boleh check online result exam.....tapi tak dinafikan..utk exam PSRA.sekolah ni mmg terbaekk...

    ReplyDelete
  25. Maaf rakan2 yang bertanya soalan ujian SRAI....disebabkan kesibukan tuan rumah dengan study yg dah tiba ke penghujung, maka tak sempat nak update blog. Jika ada yang masih mahu soalan ujian SRAI, boleh emel ke al_hana2006@yahoo.com ye...terima kasih dan mohon maaf yg amat sangat....:(

    ReplyDelete