Assalamualaikum. Semoga hari ini menjanjikan kebaikan buat semua.
Harini tiba2 je rasa nak bercerita tentang fashion (padahal bukanlah fashionable sangat pun (^_^). Saya memang follow perkembangan fesyen tapi sedar bukan semuanya kita boleh ikutkan sangat. Asal tak melanggar batasan syarak, tidak ketat, tidak jarang, tidak pendek it is ok with me
Mungkin kerana mood shopping raya sudah mari kot.
Dua tahun kebelakangan ni saya dah tak berapa rajin nak terjah shopping complex di bulan Ramadhan. Mungkin sebab terlalu ramai orang, sesak dan tak puas nak membelek baju.
Another reason...hakikatnya pakaian yang dijual di ramadhan bazaar ni sebenarnya harganya lebih mahal dari hari2 biasa. Bila dah ramai sangat orang dan bersesak2 dalam keadaan panas dan berpuasa...kadang2 boleh dapat migraine. Jadi eloklah diselesaikan hal soping moping di sebelum Ramadhan Kareem menjelang tiba.
Lagipun, kalau boleh eloklah kita melalui Ramadhan dengan fokus yang lebih kepada ibadah. Sayang kalau tak manfaatkan sepenuhnya tempoh 30 hari yang penuh barakah ini yang menemui kita hanya sekali setahun.
Ok, now back to the story.
Saya ni bukanlah seorang yang fashionista sangat pun. Cuma, sesekali membeli pakaian saya suka yang selesa dan berkualiti. Dan gaya pilihan saya ialah casual. Bukan tak pernah beli pakaian murah, tapi end up kaciwa sebab kualiti tidak memuaskan hati.
But what do u expect...sesuailah dengan harganya kan? Kalau nak yang selesa dan kualiti terbaik tak boleh lokek keluar duit lebih sikit (walaupun hakikatnya benda mahal tak mesti bagus....tapi kalau pandai pilih dan kena dengan gaya kita, Insya Allah puas hati).
Sebut tentang casual...saya memang obses dengan dua brand ini: Pearl Haya dan Saraya Zahret.
PH & SZ my fave... |
Bila sebut je pasal pehaya ni mulalah rasa nak lompat2, ceria dan nampak kaler pelangi (heh melampau sungguh). Kata Pehaya, "Feel it, Wear it, Love it". Saraya Zahret pulak kata: "Zahret Your Closet". (kalau nak fully Zahret my Closet memang kopak le....hohoho)
Mula2 saya kenal pehaya dulu. Asal balik umah parents kat Shah Alam mulalah hati (dan kaki) asik terarah ke Seksyen 7 yang penuh dengan segala mak nenek butik pakaian. Pendek kata, memang heaven on earth bagi para fashionista. Orang demam pun boleh sihat balik kalau datang sini selepas melihat betapa banyaknya butik2 popular semua terkumpul di satu tempat (tiap kali datang sini mesti lupa je nak bawak kamera nak snap bukti kemeriahan bagi mereka yang tak pernah datang sini)
Antaranya Sugarscarf, Radiusite, Alya Sarah, Hatta Dolmat, Fareeda, Ariani, Hajra, Jakel (terbesar di Malaysia), Altelia Amani, Gulatis, Ustazah (wajib juga terjah sini sebab tudung2nya labuh...) dan macam2 lagilah tak boleh nak ingat sebab banyak sangat2....dan semestinya PEARL HAYA *wink wink*
Masa mula2 memakai pehaya beberapa tahun lalu, saya macam agak kaciwa jugak sebab tudung saiz paling besar dan labuh (P3) tak berapa banyak design yang vogue. Tapi tahun demi tahun....design untuk P3 semakin banyak dan cantik2 setanding dengan tudung2 saiz lain.
Cuma saya nak komen...saya ni kira rezeki Allah SWT jadikan bertubuh kecil dan kurus, jadi agak mudah nak jumpa tudung yang betul2 covering the aurah...dan menutup aurat sambil berfesyen.
Tapi kesian dekat emak saya...dia suka juga tudung2 PH ni tapi selalunya dia masuk dan tak beli apa2 sebab bila sarung je tudung ni...yang paling labuh pun tak boleh nak cover betul2 apa2 yang sepatutnya ditutup sesuai tuntutan syariat. Kalaulah boleh pehaya keluarkan range yang lebih labuh lepas ni tentulah lebih baik (^_^).
Kali terakhir saya jengah butik pehaya ialah semalam. (sebenarnya selalu je menjengah sebab kalau nak latest design memang kena rajin jenguk selalu...kalau terlewat memang sold out dan takkan berulang design yang sama sob sob)
Sampai hati encik suami kata: 'banyak ni je beli...?'. |
Agaknya sebab dah selalu sangat datang staf2 pehaya dah kenal saya kot. Saya perasan selalunya mesti ada sorang staf yang akan follow, layan dan tolong pegang tudung2 yang saya dah shortlist.
But, yesterday.......staf diorang cuma senyum dan biarkan saya pilih sendiri ditemani anak bujang saya si Wifaq yang sibuk jugak nak folo mama beli tudung. Mula2 saya dah terpegang yang Slim Cut...tapi tiba2 staf tu tegur: "Akak, yang tu slim cut...yang akak suka sebelah sini..".
See? Diorang memang dah cam muka gue. Oh sangat segan okay. Tiba2 rasa next visit nak pakai topeng muka Siti Nurhaliza hahahaha. Macam takde muka lain je balik2 muka ni je yang datang isk2. Agaknya depa cam sebab...selalunya saya datang shot list bukan main punya banyak....tapi end up beli selai je. Sebab saya ni boleh tahan jugak la cerewet memilih....dan lagi satu sebab design cantik selalu sold out jadi bila datang yang saya nak tu dah out of stock. T_______T
Apa yang saya suka...diorang belum pernah lagila buat muka malas ke...penat ke...atau malas nak layan customer. Kalau dah ambik banyak2....pastu beli satu je pun diorang senyum je. Harap2 staf pehaya kekalkan prestasi kurangkan kontroversi hehe...
Selalunya saya ziarah pehaya dengan encik suami. Beliau tunggu dalam kereta jaga anak dan kasi can saya pilih tudung puas2. Saya kalau memilih memang tak boleh sekejap...banyak aspek perlu diambil kira cewahhh
Encik suami saya dah faham benar dengan obsesi saya terhadap pehaya ni. Memang kalau diikutkan harganya boleh tahan mahal. Sehelai yang paling murah pun RM90++...tapi sebab encik suami tengok mahal pun saya kerap pakai (malah kadang2 p buang sampah pun sarung pehaya jugak sebab sedap dan mudah menyarung) jadi encik suami tak kisah. Yang penting labuhnya menepati hukum syarak.
Semalam saya masuk pehaya angkut sekali baju raya yang baru siap...matchkan dengan tudung. Malangnya banyak yang saya suka tak kena pun dengan kaler baju....semuanya latest design yang sangatlah ohsem dan kalau tak ambil boleh demam sebulan hehe.
Akhirnya saya ambil 5 pasang saje semua yang latest design iaitu Chiffon Dwi Ruffles. Lagipun dah lama tak pegi soping mana2 disebabkan kesibukan study. Sesekali dapat soping camni memang rasa....hilang dan lapang segala stress...(*_^). Tapi sekejap saja, kena back to work jugak akhirnya.
Beberapa bulan lalu, barulah saya tau owner Pearl Haya adalah juga owner Saraya Zahret. Patutlah macam kena je bila pakai baju SZ dengan tudung pehaya ni. Mula2 tengok butik ni dekat Bangi dulu saya ingatkan ownernya orang Turkiye disebabkan nama Zahret tu...(saya duk berkenan jubah2 ala coat dari Turkiye jenama Zuhre Pardesi. Nak dekat sama kan? Zahret~Zuhre...(^_^)
Saya suka SZ sebab suka gaya kasual macam blouse dan skirt labuh. Design2 blousenya so up to date and my feveret yang jenis ada draping. Bila tengok baju2nya tak boleh tengok dengan mata....tapi kena tengok dengah hati (eceh) sebab kena imagine pakai dengan skirt apa...design camne...kaler apa...dan kena sarung kat badan baru nampak cantik atau sesuai.
1st buy...terus jatuh chenta...(*_^) Black Draping Blouse and Fuschia Six Panel Skirt |
Again, saya beruntung kerana punya fizikal petite dan kurus jadi agak mudah nak cari baju yang kiut, labuh dan longgar walaupun orang lain pakai kadang2 nampak ketat dan nampak bentuk badan. Speaking of bentuk badan, biasanya baju2 saya kena dapat approval encik husband dulu. Kalau rasa2 menampakkan susuk tubuh dengan agak melampau maka pakai kat rumah sajalah.
Kali pertama saya pakai blouse hitam draping SZ dan tudung pehaya dipadankan dengan skirt takde jenama (see? tak perlu branded dari atas sampai bawah pun..........) ramai pulak bertanya mana saya beli. Cousin saya tegur...'cantiknya design...'. Makcik pulak tegur 'nampak selesa je kau pakai baju ni...'...dan ..'tudung ni beli kat mana? cantik dan labuh'. Terima kasih pada yang bertanya...silalah berkunjung ke butik.
first buy couple of months ago...i like! tapi kalau selalu boleh kopak juge..ngeee. Rasa nak pakai selalu blouse ni sebab selesa sangat tapi takut jadi tak exclusive bila pakai selalu |
Last saya pergi SZ pulak ialah kelmarin (Sabtu) sehari sebelum saya pegi pehaya. Itupun, kakak yang jaga tu masih ingat saya. Dia kata: "u yang datang dengan mak u dulu kan? u join member kan?". walaweh dasat betul memori diorang ni...padahal baru kali ke2 aku ziarah SZ ni...dan bukan aku sorang yang rajin terjah sini. SZ ada sale dan sehari sebelum saya terjah, menurut kata staf situ...memang ramai sangat yang datang dan banyak saiz S sold out sampaikan diorang tak cukup rehat. waktu saya datang saiz S dah tak banyak choice sangat tapi saya dapat sehelai yang berkenan di hati...jadilah buat melepas geram lama tak soping huhu.
SZ ni harga boleh tahan jugak. Rasanya paling murah pun RM150 kot...dan skirt2nya juga cantik2 especially yang 6 panel. Tapi dalam banyak2 design saya lagi suka 3 panel design je dan selalunya saya beli kat kedai2 biasa dengan harga murah dan kualiti sama sebab pada saya SZ punya skirt agak berat dan saya kurang selesa. Mungkin sebab saya kurus sangat kot jadi pakaian2 berat macam tak best je nak dipakai.
Saya ni tak rajin nak rekemen apa2 pada sesiapa. Sebab selalunya saya hanya stick dan suka pada sesuatu brand setelah buat sedikit research dan ada sebab yang kukuh untuk menyukainya dan sanggup pula mengeluarkan wang untuk mendapatkannya.
Apa yang saya suka tak mestinya orang lain pun suka....but above all I'd love to share apa2 jua product yang bagus (^_^).
Cuma yang tak syok semalam encik suami saya tengok paper bag pehaya...dia boleh komen: 'banyak ni je beli...?'. Komen beliau ni disebabkan beliau dah lama tak tengok saya shopping dan melalui stress mengadap tesis setiap hari sampai tak serupa orang sudah! hahaha
Takpe...takpe...aktiviti soping akan bersambung lagi (jangan risau) hingga hari terakhir sebelum Ramadhan. Ada masa lagi ni ngehe.
Ya Allah! Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Amin (^_^).
Sekian. Sharing is Caring.
pssttt: bagi sesape yang berminat nak beli online (tapi not recommended sebab pegi tengok dan belek kat butik sendiri lagi banyak choice dan lagi best) boleh ketik sini: Saraya Zahret dan juga Pearl Haya.
huiyoo.. disebabkan masih bujang n no income. sabar je lah tgk ni.. haha
ReplyDeletetunggu sikit masa lagi...insya allah. time tu lagi macam2 design lagi canggih manggih. Ati suka design camne?
ReplyDelete