Wednesday, July 18, 2012

UDANG GALAH LEMAK CILI API PETAI

Assalamulaikum

Tengah kemaruk Udang Galah sekarang ni, ya ampun.
Kebetulan pasar malam di tapak baru ni ada peniaga baru yang sentiasa ada stok udang galah Sungai Timun.

Maka banyaklah resipi berasaskan udang galah.
Lalu timbullah idea nak cipta resipi ini...

My campak2 version....

Berikut adalah resipinya. Saya masukkan petai disebabkan kebetulan Mak Ngah saya datang dari Kelang dan bagi petai jadi saya masukkan sekali dalam resipi. Manyak selappp oooo...

BAHAN-BAHAN (untuk 2 orang):

6 ekor udang galah (dibersihkan) 
1 labu bawang besar 
3 biji bawang putih  
10 biji cili api (saya kuat makan pedas, kalau tak tahan sila kurangkan) 
1/2 sudu kecil ketumbar biji 
2 batang serai (dititik)
Petai (8-10 biji)
Tomato (1 biji belah empat)
Minyak masak untuk menumis dan air 
3 sudu besar santan pekat
Isi kunyit hidup (1 inci)
Sedikit garam
Ikan bilis ditumbuk lumat (mcm paste) / kiub pati ikan bilis     

CARA MEMASAK:
-Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan biji ketumbar hingga lumat.
-Panaskan minyak untuk menumis.
-Tumiskan bahan2 di atas sampai naik bau. 
-Masukkan udang galah, santan dan serai yang dititik.
-Masukkan sedikit air jangan sampai cair sangat.
-Perasakan dengan sedikit garam dan ikan bilis yg ditumbuk lumat (atau kiub pati ikan bilis)~kalau takde ini kurang menyengat...
-Bila mendidih, masukkan tomato dan petai.
-Agak2 udang dah masak dan bertukar warna padamkan api.
-Hidangkan panas2 bersama nasi panas perghhh....

Selamat Mencuba (^_^)

2 comments: