Tuesday, July 31, 2012

Iftar 7 Ramadhan: Pisang & Nasi (^_^)


Salam 7 Ramadhan yang jatuh pada hari Jumaat Sayyidul Ayyam.

Tubuh agak lesu harini tak tahulah mengapa...sambil2 buat kerja mengadap lappy sambil tengok drama Chef di TV Al Hijrah *mengisahkan perjuangan sebuah keluarga pengusaha restoran di Tehran dan konflik yang mereka hadapi*.

Oh...Tehran. *Tiba2 teringat gambar encik suami di Tehran yang beliau beri pada saya sebelum kahwin dulu...gambar itulah yang saya forward kepada emak dan ayah sebelum beliau mendapat 'approval' untuk diterima sebagai menantu hohohoho *mengenang kisah lama tak pasal2 ikh2*

Drama ni 1st time on air ramadhan last year...drama dari Iran yang sangat best. Tak tahulah macam ada sentimental value je bila dgr lagu tema Chef ni.

Sekejap lagi..jam 4 petang dah nak mula bersilat di dapur. Letih memang letih...lesu pun ada tapi disebabkan anak teruna kecik yang berpuasa request dan dah tentukan menu apa dia nak setiap hari...mama ikutkan jugaklah dan ketepikan rasa letih huhuhu.

Menu semalam...Wifaq mengalah dengan Baba akhirnya.

Kami sekeluarga (kecuali encik suami) memang dah terbiasa iftar tak makan nasi. Kesian jugak encik suami yang dah beberapa hari mengidam nasi.

Asalnya nak buat Nasi Tomato in it's proper way...tapi since sahabat saya Kak Fika di Sungai Petani nak kirimkan paste nasi tomato, jadi saya hold dulu Nasi Tomato dan buat sejenis nasi lain yang saya tak tau nak namakan apa...

Since dah ada tomato (dan takut busuk begitu saja) jadi saya gunakan jugak sebagai bahan masak nasi ni.

Patut tak saya namakan ia: Nasi Carrot-Tomato ala Arab.

Lepas tu tak semena2 terkenang Pisang Bakar Cheese yang saya makan di Bandung, Indonesia semasa melancing ke sana pada tahun 2010.

Sangat yummy okeh....tapi saya punya versi ada sos cekelat, maka jadilah ia: Pisang Bakar Choc Cheese.

Meh menjamu mata dengan hidangan berbuka puasa saya semalam...



Nasi Carrot-Tomato ala Arab...dimakan bersama drummet dan salatah (selalu buat dgn Nasi Mandy). Kenapa? Sebab seisi rumah tak suka Ayam Masak Merah dan Acar Melayu. Nampak macam biasa kan tapi anak teruna, suami dan emak saya makan bertambah2 especially salatah tu....


Pandangan atas pulak...

Dan....



Pisang Bakar Choc Cheese versi comot *saya tak pandai deko*


See ya (^_^)

No comments:

Post a Comment