Monday, July 16, 2012

Queen Control? Not me.

Salam alayk.

Beberapa hari lagi dah nak menjelang Ramadhan kan? Bagaimana persediaan anda fizikal dan mental?

Tamar untuk berbuka dah beli? Stok makanan dah top up?
Baju raya dah settle? Apa theme colour tahun ni?
Saya punya....eheh nantilah tengok gambar raya ye. Biarlah rahsia (eceh).

Ahad lepas kami sekeluarga suahpun menyetelkan urusan membeli belah baju raya anak2. Boleh juga dikatakan Annual Shopping sebab kami memang renew stok baju anak2 setahun sekali saja. 

Bulan Februari lalu ketika berada di Makkah, ada juga kami ke Aziziah cari baju anak2...walaupun cantik2 tapi kualiti kain tetap tak sama dengan yang di sini dan agak tebal tak sesuai cuaca di Malaysia.

Tapi dalam tak sesuai tu rembat juge 10 pasang di Al-'Aelah Shopping Mall...isk2.


Lepas tu di Al-Faisaliyyah Mall, Riyadh pun banyak baju2 branded cantik2. Design sume unik2. Ada la beli sikit je. Al-Faisaliyyah ni setaraf bukit bintang di Malaysia. Kopakkk

Kalau kat Malaysia ni kami selalunya ke AEON Alpha Angle (dahulunya JUSCO Wangsa Maju) tempat membuang masa dan duit ketika zaman UIA dahulu kala bersama rakan2 seperjuangan) atau ke SOGO saja. Tapi SOGO tak best bila shopping banyak2 sebab takde troli. Jadi dah malas nak pegi kalau bawa anak2.

Bercerita bab shopping...semua pakaian yang dipilih sama ada anak2 punya atau husband punya...WAJIB dapat pengiktirafan daripada saya selaku fashion advisor baik dari segi design, kaler mahupun cutting.

Melampau ke tak melampau eh? Rasanya semua ibu macam saya kot.

Peraturan ini bukan saya yang buat. Ia dah jadi tradisi. Puncanya...setiap kali anak2 atau suami memakai baju yang saya pilih mesti akan ada orang tanya: "eh cantiknya design beli kat mana? eh cantiknya kombinasi warna, jarang jumpa. eh uniknya tolong belikan sekali kalau jumpa yg macam ni ye..."

Hakikatnya benda ini memang selalu terjadi pada saya juga dan apa yang saya pakai. Maka selalulah terjadi insan2 rapat di sekeliling saya mengirim itu dan ini dan menyerahkan bulat2 kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Duh!!!!

"Ala kau pilih selalunya cantik....kau pilihkan jelah...".

Susah tau nak pilihkan untuk orang sebab apa yang kita suka kadang2 orang tak suka. 

Apa yang orang tengok saya pakai sesuai dan cantik...ia kerana...pakaian itu dipilih setelah meneliti kesesuaian dengan karakter, personaliti dan fizikal saya sendiri. Dan lain orang lain pula citarasanya kan?

Penyakit suka menyuruh saya memilih ni dah berjangkit juga kepada husband saya.

Kisahnya, masa baru2 kahwin dulu, ada sekali dua dia minta saya pilihkan kemeja dan kasut. Ajaibnya, kedua2 benda yang saya pilihkan itu menjadi perhatian orang lain yang melihat hinggakan mereka berpesan kalau jumpa lagi tolong belikan.

First time cousin2 lelaki saya tengok encik husband pakai kemeja BONIA kaler hijau itu, teruslah mereka bertanya beli kat mana..cantik gile design? 
Encik husben terus je berkata: "Tanya Kak Shana' kau...dia yang pilih". (ahaha den banggo ni...kembang kempis idung ni ha).

Lalu...baru2 ini waktu nak pilih baju raya pun, apabila anak teruna saya pegang je sehelai baju yang dia berkenan, terus encik husband kata: "Tanya mama dulu. Kalau mama kata OK baru ambik...". (pengiktirafan tuuu...terima kasih terima kasih).

Kebetulan benda2 yang jadi pilihan saya selalunya either Best Seller (biasanya lepas beli baru tahu), tinggal satu je atau Sold Out. 
Encik suami kata kemahiran saya menilai dan membuat pilihan ni sebenarnya satu anugerah yang patut digunakan sebaik-baiknya. Tapi jadi pening sebab orang selalu suruh saya buat pilihan. Baik ayah, emak, suami, anak2, cousins, makcik dan pakcik juga. Kadang2 baju opis ayah pun dia suruh saya pilihkan.


Ada sekali kami ke Kota Bharu, Kelantan. Ayahanda nak kirim kemeja. Tapi awal2 beliau dah pesan biar saya pilihkan dan bukan emak saya. Boleh gitu? 

Waktu di Seoul, Korea, cousin saya nak pilih kasut pun dia suruh saya pilihkan. "Halil tau kalau kak shana pilih mesti terbaik...". katanya. Adei. Akhirnya aku sendiri tak sempat nak rembat kasut yang aku berkenan sob sob.

Maka jadilah encik suami takkan beli apa2 kalau tak bawa saya bersama.

Baru2 ini, encik suami bercadang beli pakaian kerja setelah beberapa lama tak membeli. Beliau serahkan bulat2 pada saya untuk memilih. 

Maka, yang berikut semuanya adalah pilihan saya. Semuanya. Walaupun beliau sudah jatuh hati tapi kalau saya kata tak cantik, beliau takkan beli.
 Saya bukan queen control tapi keadaan memaksa saya jadi begitu muahaahahaha *devil kan*

Kalau dah perempuan yang pilih mesti nak kaler2 feminin, but believe me this is not the first time...encik suami sesuai sangat pakai kaler camni.
Dua daripadanya ada percikan warna merah jambu gitu....

Close up sket....

Pale pink and Grey  by Emmer Zecna
A nice combination of black, chilli red and grey by Alain Delon
Color block of Black, Beige and Hot Turquoise by D'Urban
Pink and white printed macam nak habis dakwat (i like)..by  Guy's Creative
Yang ni incik husband pilih sendiri...Purple and White

Setelah melihat pilihan pakaian lelaki yang hanya ada stripes and checkers, sesungguhnya saya bersyukur dilahirkan sebagai wanita.
Please dun mention kemeja bercorak floral ye...memang tak berapa nak berkenan lelaki pakai corak berbunga2 ni...

At the same time kagum...designer pakaian lelaki tak jemu2 sejak zaman dahulu berkreatif dan berkarya dan memerah otak menghasilkan sesuatu yg berbeza hanya dengan bermain dengan garisan dan kekotak...unik kan kalau difikir2kan.

Dengan sedikit imaginasi, corak kekotak dan jalur itu sukar nak jumpa yang sama kombinasi warna dan susunannya walaupun di antara jenama berbeza. Tak percaya cuba cek...

Wassalam (^_^)

No comments:

Post a Comment