Assalamualaikum.
Memandangkan ramai yang minta resipi ni, maka saya layankan permintaan sahabat2 tersayang dengan menulisnya di blog (^_^).
Resipi ini saya cipta sendiri dengan membelasah saja menggunakan bahan2 yg ada di dapur berdasarkan lidah dan tekak sendiri juga.
Resipi ni boleh digunakan untuk apa2 jua jenis seafood. Setakat ni saya pernah cuba dengan kupang, udang, udang galah dan sotong.
Biasanya saya masak resipi ni untuk jadi lauk sampingan di makan dengan nasi, spaghetti olio atau mana2 spaghetti goreng dan lain2.
Ia feveret incik suami sebenarnya.
Baru2 ni saya membuatnya lagi sempena kedatangan Pak Anjang saya sekeluarga dari Kuala Kubu Bharu. Jarang2 diorang ni datang rumah saya jadi naklah masak special sikit. Kebetulan petang tu ke pasar malam ada pulak jual udang galah.
Sekali lagi saya masak resipi ni sewaktu besday encik suami pada 5 Julai lepas. Incik suami memang suka amat benda2 seafood dan yang dibakar...tapi tak elok diamalkan selalu dan dibakar lama2 sebab benda2 yang terbakar dan ada sedikit arang ni mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Oleh itu amat tak digalakkan untuk kerap makan sate sebab sate dibakar direct atas api dan menghasilkan arang.
Baiklah, berikut adalah resipi ciptaan saya:
BAHAN-BAHAN:
Seafood (kupang, sotong, udang, udang galah etc)
Garam secukup rasa
Serbuk atau Kiub Pati Ayam (saya guna Knorr)
Lada sudah (grinded/kisar)
Lada hitam (grinded/kisar)
Cajun (saya guna jenama McCormick)
Paprika (juga jenama McCormick)
Minyak zaitun (jaga kesihatan beb...(^_^))
Cara Memasak:
-Kalau guna kupang, pastikan kupang dibasuh bersih dan dibuang sebelah kulitnya yang tiada isi.
-Pastikan seafood tidak berair dan sekering mungkin.
-Perap bahan2 di atas bersama seafood selama satu jam atau at least setengah jam.
-Bakar atas kuali pemanggang atau kuali leper biasa.
-Percikkan minyak zaitun atas kuali (jangan tunggu lama2 sebab minyak zaitun cepat panas).
-Panggangkan seafood dan balik2kan.
-Tunggu sehingga seafood masak baru angkat. (Kalau kupang hingga kering airnya, kalau udang hingga mengerekot macam orang tidur kesejukan, kalau sotong sampai mengecut dan pastikan tidak berair)
-Sambil2 memanggang percik2kan sedikit lagi paprika, cajun dan serbuk ayam di kedua2 belah seafood.
-Bila dah masak bolehlah diangkat dan dimakan bersama hidangan utama yang lain. Nak ratah begitu saja pun boleh...atau boleh juga dicicah bersama sos.
Close up sket...my husband's feveret ni...sotong!!!! |
Warning: makanan ini agak pedas sebab menggunakan paprika dan cajun. Yang tak tahan pedas sila sediakan air dan tisu banyak2 (^_^)
Selamat mencuba ye kawan2 (^_^)
haaa... my feveret too.. sotong! :)
ReplyDeleteyihaa....:) sedap kan
ReplyDelete