Monolog: cepat-cepatlah habiskan study kau tu kalau taknak berterusan dalam keserabutan mengalahkan akar serabut.
Cuba zoom kat skrin netbook tu...
Dalam busy-busy tu sempat lagi jenguk dan update fesbuk huh.
Meja pun tak serupa meja. Bersepah.
Kalau tak bersepah memang rasa macam tak buat kerja...bila kemas je mesti lepas tu dah tak tau mana nak cari buku atau artikel yang nak guna.
Atas meja penuh buku. Atas lantai...atas karpet...atas kerusi...merata-rata buku.
Di kiri dan kanan meja pun ada rak buku pelbagai genre.
Majalah pun banyak disusun ikut kategori (tapi tak ikut bulan dan tahun)
Yang tebal sebelah kiri tu adalah tesis senior PhD student yang saya pinjam dari SV dan belum pulang. ya ampun!
Dah 3 orang supervisee beliau baru2 ni berjaya siapkan tesis dan bergelar doktor...dan tiga2 tesis tu ada dengan saya *muka bersalah*.
Nak photostat takut tesis orang rosak dan tertanggal kulit.
Sambil tengok tesis orang...sambil2 berangan bilalah tesis sendiri nak macam ini?
SV rajin cerita cabaran dan masalah yang dihadapi supervisee beliau yang lain.
Saya ambil iktibar..saya sendiri pun hadapi cabaran lebih kurang sama macam mereka *tapi tak mahu cerita di blog sebab tak semua orang faham terutamanya insan yang tak pernah berada dalam 'lautan' PhD.
Untuk kekal berada di permukaan 'laut' bukan mudah, kalau tak kena gaya boleh tenggelam ke dasar.
Saya pun kejap tenggelam kejap timbul tapi hanya saya dan Allah SWT je yang tahu.
Pelampungya ialah solat dan doa.
Tapi tiap kali tenggelam, cubalah struggle semula untuk naik ke atas dan berenang ke daratan.
*hehe ini perumpamaan saya utk PhD ok tak? ok tak?...lain orang lain kisah*
Dulu workstation saya kat dalam bilik anak dara. Memandangkan anak dara berdua dah besar dan dah mula bising nak bilik sendiri, terpaksalah mama mengalah dan keluar kat hall tengah tingkat atas.
Nak bilik bukan calang-calang pulak tu. Demand macam-macam...nak katil sekian, nak langsir Dora The Explorer, nak cadar Strawberry Shortcake, nak meja pink, nak karpet pink nak itu nak ini. Si bujang pun nak bilik sendiri. Nak cadar Cars, nak langsir Toy Story, nak almari hijau *pengsan seraya mengira duit syiling dalam purse*
Mujurlah Nilai 3 tu 10 minit je dari rumah jadi kerja mencari langsir, karpet dan cadar yang dikehendaki menjadi mudah.
Ini semua kesan beraya rumah saudara mara Aidilfitri baru-baru ni. Bila tengok sepupu2 lain sume ada bilik sendiri yang serba lengkap anak2 ni pun sibuklah mendesak mak dan bapaknya re-decorate bilik diorang jugak.
Maka, dengan rajinnya saya dan encik husband pergi ziarah IKEA lepas raya baru-baru ni.
Dalam masa singkat lepas raya, bilik study dah berubah wajah jadi girlish. Cat dinding bilik memang dari mula2 pindah dah set kaler purple (sekiranya dapat anak perempuan~alhamdulillah Allah SWT bagi saya anak perempuan...bukan satu tapi dua! (^_^))
Kakak semua benda nak pink. Tebi semua benda nak purple.
Dulu kat hall atas pun ada TV tapi dah dibuang dan digantikan dengan PC.
Tapi hakikatnya tempat study saya merata-rata ikut mood. Kadang2 kat bilik anak dara, kadang2 kat sofa bawah, kadang2 kat hall dinding merah yang bersepah2 itu...
Cakap pasal study je sakit kepala.
Ok sampai sini dulu.
TAMAT
No comments:
Post a Comment