Sunday, March 3, 2013

Meriahnya Al-Fatih Family Fun Picnic 2013 (^_^)

Assalamualaikum.

Last Saturday taska si Kakak dan si Tebi ada piknik. 





Tahun lepas (2012) kami tak dapat join sebab pergi umrah. Alhamdulillah tahun ni dapat join semula. Last join this picnic ialah masa Wifaq sekolah di Al Fatih tahun 2011. Masa itu pulak, my Roomate (encik husband...:P) ke luar negara. Jadi pergilah dengan Atuk dan Opah.

Venue tahun ni masih lagi di Taman Tasik Cyberjaya. 

Setiap kali pergi mesti sesat entah ke mana-mana.

Untuk tahun ni, saya ditugaskan untuk bawa for 30pax macaroni goreng. Mula2 rasa alahai malasnya nak bangun awal pagi nak masak. Cuba lelapkan mata awal, tapi tak boleh tidur akhirnya bangkit jugak potong2 bawang dan sayur2 dan siapkan bahan nak menggoreng macaroni esok pagi.

Akhirnnya jam 6 pagi siaplah 30 bekas macaroni goreng. Itupun telah berlaku detik cemas kehabisan gas pada jam 5.30 pagi. Mujur memang ada tong gas standby. Lepas encik suami tukarkan yang baru, kerja2 memasak diteruskan. Pheww suspek suspen betul...(>_<)

Saja pilih bekas yang transparent konon2 nampak menarik dan nampak sudu maka mudahlah orang nak makan. Orang Malaysia kan suka benda yang mudah dan instant.....(*_^)

Kami jadi confuse nak pakai kaler tema yang mana~center Abu Bakar (sekolah si Kakak) atau center Nusaybah (sekolah Tebi). Center kakak kaler biru, center Tebi kaler purple. Akhirnya kami decide bahagi dua team...Wifaq dengan baba pakai biru....saya dan Tebi pakai purple (yang sebenonya saya takde baju kaler biru....kalau baju kurung ye memang ada tapi apa ke pelik pegi piknik nak berbaju kurung....tak boleh nak berlari2...)

Signage ke tempat picnic ada dari kawasan ruma lagi tapi kami tetap sesat. Hohoho...takpelah akhirnya sampai juga.
Ikut signage pun sesat...ni kat Dengkil. Punyalah jauh diorang letak signage tabik spring kat AJK Picnic
Yeay dah sampai. Jom angkat barang
Sampai kat lokasi jam 9 pagi (patut mula jam 8 pagi). Family-family lain dah mula senamrobik. 

Tengah senamrobik
Dah ramai family yang sampai. Kami mencari2 tapak untuk membentang tikar mengikut warna tema. Setelah memilih lokasi baik punya di bawah pokok...kami pun membentang tikar dan meletak barang2. Sebelah tikar kami rupanya family Adawiyah (kawan si Kakak) dan kebetulannya emaknya juga kenalan saya. Selama ni pun selalu terserempak emak dan ayahnya di restoran tatkala bersarapan pagi2 lepas hantar anak ke sekolah.
Ada yang bawak khemah. Wifaq dah request khemah untuk next year's picnic padahal bukan sekolah dia pun yang berpiknik....
Dua orang budak Al Fatih yang dah sebulan duk sebut pasal picnic je manjang....akhirnya sampai jugak harinya~belum tengahari rambut dah terkeluar2

Apa yang menariknya kawasan kediaman kami ialah, kawasan ni tak berapa besar dan agak mudah nak terjumpa di mana-mana. Rasa sangat seronok bila kita kenal ramai orang di kawasan kediaman kita...

Baru saya nak melangkah nak join senamrobik, si Wifaq dah buat hal. Entah apa kenanya, dia menjerit sekuat hati semata2 nak suruh pimpin dan tunggu dia pakai selipar. Padahal selalunya dia boleh je buat sendiri...rasa macam hangin la jugak plus malu orang2 lain tengok anak teruna saya menjerit.

Kebetulan masa tu sound system mengeluarkan bunyi lagu yang agak kuat, saya tarik Wifaq ke tikar dan bagi lecture kaw2. Rasanya ada je orang dari tikar2 dan khemah berhampiran memandang ke arah kami....

10-15 minit lepas si Wifaq dah OK dan dah jumpa kawan....dan hilang tah ke mana2. Anak sulung saya memang sangat menguji kesabaran.....grrr

Kakak dan tebi sangat2 OK. tak lama lepas tu si Kakak dah jumpa kawan dan hilang pergi main kat playground. Ramai juga jumpa kawan2 sekerja saya di sini. Lepas anak2 saya hilang tah kemana2, saya pergi melepak dan bersembang2 di tikar kak Hairun Najuwah sambil mengepau gula2 beliau...hehehe.
Kakak Rihaab dan BFFs
Nilah BFF yang selalu disebut2 pagi petang siang malam~Nada namanya. Baik budak ni...Kalau taknak p skolah sebut je nama Nada, Najat, Dinie dan Adawiyah lekas la dia bangun. Tapi lani dah tak nangis dah nak p sekolah. It's fun to know your kids' friends and their family......(^_^)
Lama jugak kami bersembang. Kami bekerja di IPT yang sama tapi lain fakulti. Anak Kak Wa yang sulung sebaya anak sulung saya Wifaq cuma sekarang darjah satu di sekolah berlainan. Kira macam alumni la bila bawak anak2 yang dulunya belajar di Al Fatih bila diorang ni jumpa balik kawan2 lama....mengenangkan ukhuwah anak2 ni saya jadi terharu le pulak....

Anak Kedua Kak Wa sebaya si Kakak dan anak ke-3 kak Wa sebaya Tebi. Senang cakap anak2 kami sebaya (setakat ini). 

Banyak sangat aktiviti menarik harini. Ada clown yang duk pump belon dari awal. Yang bestnya, kerja clown sangat senang sebab anak2 Al Fatih tak bertolak2 atau berebut2. Semuanya beratur dengan tertib dan sabar menunggu giliran masing2 untuk dapat belon...aduhai sejuknya hati. Sampaikan DJ yang bertugas pun menyebut: "masya Allah...mudahnya tugas encik badut harini sebab anak2 ni beratur dengan tertib....". Hebatlah asuhan teachers di Al Fatih....barakallahulakum!
Mr.Clown...I wonder rupa sebenarnya...rasa macam nak tarik je idung merah tu nyiahaha

Ada banyak2 games juga untuk parents2 dan anak2 mengikut kategori umur. 
Beratur nak main game...tapi xsempat sampai turn dah ada pemenang....kesian anak aku huhuh
Meriah....
Macam-macam ada...
Untuk kategori bapa2, ada game kupas bawang. Hahahah memang best bila tengok bapa2 berlumba memotong bawang sesama sendiri. Tapi memang respek tengok bapa2 zaman sekarang semua laju je macam dah expert mengupas bawang. Mesti semua rajin tolong isteri masak kat rumah..(pinjam kata2 Mr.DJ)
Bawang dah sedia untuk dikupas
My husband dah line up bersama2 bapa2 sporting yang lain...dah ready nak berjuang ke titisan darah terakhir. Masa game ni memang tangan beliau menitiskan darah begitu juga bapa2 lain, tapi grup beliau dapat tempat kedua je...jadilah
My hero tengah kupas bawang....(^_^) Macho apa lelaki kupas bawang...
Untuk kategori darjah 1-6 (alumni pelajar Al Fatih) ada game cari cacing dalam mee. Terus la si Wifaq taknak main sebab ada cacing. Tak hero sungguh la...
Mana mee mana cacing?
Muka budak yang penggeli cacing....terus je nak lari main tempat lain
Wifaq terus lari main kat sini
Harini ada 3 coupun aiskrim free. Apalagi merela2 la bebudak ni beratur kat lori aiskrim. Terima kasih kat admin Al Fatih sudi sponsor aiskrim free.
Kakak nak jilat eksrem pun ada style~gaya, mutu, keunggulan...hehe
Yang ni takde gaya...huhu
Tebi comot
Tahun ni Tahun ke-3 piknik ini sejak anak2 kami belajar di Al Fatih. Bermula dengan Wifaq ketika usia 5 tahun (2011) rasanya akan ada banyak tahun lagi kami akan hadiri picnic ini hinggalah anak ke-3 kami si Tebi selesai pengajiannya di sini pada tahun 2016. Itupun....kalau takde next baby coming....hehehe

Kalau ada next baby, Insya Allah kami akan enroll 'the baby' ke Al Fatih juga.

Saya bukan owner Al fatih...hanya salah seorang dari beratus parents yang takjub melihat perkembangan pesat taska ini dari tahun ke tahun. Tak dapat imagine perasaan Teacher Iman selaku owner Al Fatih yang berusaha keras memajukan taska ini. 

Dan sangat takjub juga melihatkan sokongan para ibu bapa yang semuanya sporting2 belaka untuk join semua aktiviti...sanggup bersusah payah bawa anak2 kecil dan semua anggota keluarga untuk join picnic ni tiap2 tahun.

Bila tengok semua ahli keluarga anak2 Al Fatih....rasa bersyukur dikumpulkan dalam satu masyarakat yang hampir semuanya (secara zahir) menuju ke arah yang satu...ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Picnic Al Fatih berjalan dalam suasana penuh meriah, santai tetapi Islamik. Tak boleh lupa bila anak2 dan emak ayah semua join 'chicken dance' including my husband jugak....

Semoga taska ini terus maju dalam melahirkan generasi pembela Islam yang gemilang. Tidak extreme dalam melaksanakan Islam, kuat berpegang pada paksi yet masih selesa mengikut arus pemodenan...Insya Allah.

Sebagai taska yang mendapat ranking No.1 di area BSP ini...saya doakan Al Fatih terus sukses. Amin.

Bersama bala tentera menuju ke kereta 







No comments:

Post a Comment