Salam Alayk.
"Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.” ~ William A. Ward"
Dah beberapa hari since keluarnya result SPM.
Status-status di Facebook pun kebanyakannya mengenai SPM...
Antara yang kerap saya lihat ialah status2 berbunyi begini:
"SPM bukan segala-galanya. Gagal SPM bukan bererti gagal dalam hidup".
"SPM bukan penentu kebahagiaan hidup...."
Dan macam-macam lagilah. Ayat ini sangat de-motivating. Ayat ini kalau di ulang-ulang pada adik-adik yang baru nak menduduki SPM, motivasi mereka akan menurun untuk struggle mencapai kejayaan yang maksimum.
Honestly, for me...memang betul SPM bukan segala-galanya dalam hidup. SPM is not EVERYTHING, but it is SOMETHING. Something yang boleh kita gunakan sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan lebih mudah.
SPM umpama wang ringgit. Wang ringgit bukan segala-galanya, tapi dengan wang yang banyak kebahagiaan dan ketenangan hidup buat diri kita dan ahli keluarga akan diraih lebih mudah.
Begitu juga result SPM yang cemerlang membantu membawa kehidupan yang lebih cerah andai kita bijak memanfaatkannya.
Sebagai seorang yang telah mencapai result SPM cemerlang dan berjaya grad dari Universiti, believe me, result SPM yang cemerlang itu sangat banyak memberi faedah dalam kehidupan anda.......
Satu ketika dulu, seseorang yang rapat dengan saya mencapai keputusan corot dalam SPM. Beliau sebenarnya bukan tidak bijak tetapi kurang kesungguhan.
Beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma. Akkhirnya di usia yang agak lanjut memohon untuk buat degree secara PJJ. Saya lihat subjek degree yang beliau ambil semuanya subjek2 semasa SPM dahulu yang, kalaulah beliau bersungguh2 semasa SPM dahulu....beliau masih tetap akan dapat buat degree tetapi di usia yang lebih muda dan tak perlu mengulang semula subjek2 yang pernah beliau lalui semasa Tingkatan 5.
I said to her: "Kalau dulu kau bersungguh2 masa SPM, kau tak perlu belajar semula benda2 ni....kau bukannya tak pandai tapi dulu kau belajar main2".
"Yelah dulu aku malas....". yeah that's the thing. Bukannya beliau tak pandai, tapi beliau malas dan kurang motivasi. Apabila gagal mencapai result cemerlang SPM...kita masih boleh berjaya tapi dengan cara yang lebih susah dan dalam tempoh yang lebih lama.
Tidak ada manusia yang suka cara ini melainkan terpaksa.
Dan ada juga seorang insan lain yang amat2 negatif mengenai SPM. Kata beliau: "Rezeki kita bukan ditentukan oleh SPM". Kini, beliau sudah berkahwin...dan punya seorang anak...tetapi terpaksa struggle untuk mencari rezeki disebabkan ketiadaan sijil SPM merumitkan beliau memohon pekerjaan.
SPM ini satu ikhtiar untuk kita memakmurkan hidup.
Dengan keputusan SPM cemerlang, kemungkinan besar kita boleh memilih kos apa yang kita suka di Univerisiti instead of terpaksa mengambil apa2 saja kos yang layak untuk keputusan SPM kita yang kurang cemerlang...
Dengan result SPM cemerlang, kita berpeluang masuk ke U. Betul Univerisiti bukan juga segala2nya unless kita struggle untuk berjaya....tapi...tanpa result SPM cemerlang dapatkah kita menjejak kaki ke Universiti?
Dan berpunca dari SPM cemerlang itu....kita akhirnya grad dari Universiti dengan segulung ijazah. Kalau pun satu hari nanti kita tidak mahu bekerja dalam bidang kelulusan itu...orang akan tetap memandang education level kita.
Dan berpunca dari SPM cemerlang itu....kita akhirnya grad dari Universiti dengan segulung ijazah. Kalau pun satu hari nanti kita tidak mahu bekerja dalam bidang kelulusan itu...orang akan tetap memandang education level kita.
Memang benar segalanya bergantung pada takdir. Kita hanya usaha, takdir Allah yang menentukan rezeki kita.
Tetapi secara jujur saya belum pernah jumpa mana2 insan yang struggle bersungguh2 untuk berjaya tapi akhirnya tidak berjaya. Jika cara usaha kita betul, Insya Allah Dia beri apa yang kita mahu...Allah itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia terhadap dirinya sendiri....
Orang bukan Islam, walaupun mereka tak solat...tak mengaji dan tak beribadah kepada Allah, dengan usaha mereka Allah SWT masih beri kejayaan di dunia. Orang yang tak sembah Allah pun diberi kejayaan...sepatutnya kita umat Islam boleh lebih cemerlang lagi...
Kita kurang kesungguhan. That's the point.
Mulai hari ini berhenti menyalahkan takdir....
Usahalah. In the end, it'll be all wotth it. Believe me.
Wallahua'lam.
pic from rishikajain :) |
Tidak ada manusia yang suka gagal dan tidak bahagia. Jalan terbaik ialah berusaha mengelak kegagalan itu.
No comments:
Post a Comment