Assalamualaikum semua.
Sebenarnya kami sekeluarga (terutamanya saya) sedang dilanda demam memilih destinasi kembara untuk tahun hadapan. Biasanya, Bos (baca: suami) akan memberi penghormatan untuk S/Unya (siapa lagi kalau bukan saya...hohoho) memilih destinasi.
Saya rasa...mahu ke New Zealand! Ya...hati sudah nekad dan bulat. New Zealand is the next destination.
Kenapa NZ? Sebab saya pernah terbaca...pemandangan di NZ menyerupai keseluruhan Eropah dan saya teringin benar mahu melihat dan menyentuh sendiri lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings (walaupun saya bukanlah minat sangat filem itu...~kalau tanya jalan cerita pun saya x berapa ingat kecuali beberapa watak seperti Frodo si Telinga Capang dan Gollum).
from Google Image...simply breathtaking...angan2 dulu sebelum pergi...macam biasa...hehe
Ba..ba...white sheep...
Yang ini yang paling saya suka: Mount Hutt...
NZ terbahagi kepada dua bahagian~North Island dan South Island. Bagi pencinta alam seperti saya...yang sukakan pemandangan gunung2 ala Puncak Matterhorn di Swiss, South Island lebih sesuai. Lagipun nak cover kedua2 bahagian ini memerlukan tempoh yang agak panjang...dan kos yang agak panjang juga!
Tapi...ini baru angan2...tiketnya belum di'book' lagi...mahu tunggu yg paling murah!
Mari memenuhkan tabung ayam!!! Insya Allah jika diizinkan Allah sampailah jejak kami ke bumi Kiwi tahun depan.
Walaupun di sekolah, Wifaq (baca: anak sulung saya) berada dalam kelas Kiwi, tapi beliau sangat tidak suka buah Kiwi. Lepas ke NZ, Insya Allah beliau akan suka buah Kiwi...itupun kalau kami berpeluang memetik buah Kiwi yang bergayut2 dari pokoknya...Insya Allah.
No comments:
Post a Comment