Tuesday, September 18, 2012

My Lonely Breakfast

Salam buat semua.

Hujan lebat pagi ini bersempena hari pertama ketiadaan encik bos di tanah air (hari pertama..tapi bukanlah kali pertama).

Alhamdulillah hujan turun mencurah2 selepas selesai hantar semua anak2 ke sekolah. 

Lepas menyapu2 dan mengemas halaman, bila nak start je mengadap netbook mulalah perut memainkan irama rock n roll hehe. Tak main dah sentimental ke slow rock ke sebab dah lapo bebeno.

Apa nak makan eh? Selalu encik bos ada bolehla keluar makan berdua-duaan, tapi harini I Am Home Alone...dan tidak kuasa nak makan seorang diri di restoran macam nampak pelik je.
Selain mengunyah makanan tak tau apa lagi nak buat...nak pandang mana...nak sembang dengan siapa...atau pura2 belek henpon...huhuhu

I don;t know where did I got this idea that makan seorang diri di restoran nampak pelik eh? Padahal dulu masa jadi chambering student dan jadik lawyer memang ke mana2 seorang diri and sometimes confident sampai tahap over the limit.

Lepas je kahwin...duh...jadi manja tiba2 hahaha. Am I a spoiled wife? Encik bos memang jarang2 berada di tanah air tetapi kalau beliau ada he does almost everything for me. Kadang2 ada mood basuh kain...tapi nak sidai malas...boleh je minta tolong beliau: "abang boleh tolong tak sidaikan kain? harini ada mood nak basuh je nak sidai takde mood...boleh eh?". As usual..he never say no to my requests. 

Oh my...my heart says...it misses him. but my brain says no!

Anak tunggal katanya...perangai itu terbawa2 sampai le dah jadi bini orang. Nak buat apa2 ikut kepala sendiri aje...*dush*

Since dah seorang diri...maka saya boleh start mengadap tesis as early as possible.
Lepas ON netbook...lari kejap pegi dapur...
pagi tadi after Subuh saya buka TV1 dan ada rancangan Jom Minum.
Agak terkejut juga tengok hos Melayu islam itu pergi makan dan minum di Kopitiam milik bukan Islam yang rasanya macam takde pengesahan Halal je. 

Salah satu menu beliau ialah Garlic Bread...tiba2 tinggg!!! dapat idea...mari kita buat homemade garlic bread since bawang putih ada seguni, butter dan parsley flake pun ada....

Maka inilah brekfast saya pagi ini...sambil jenguk fesbuk, sambil baca artikel dan menulis tesis...sambil makan...sambil juga menikmati dinginnya hujan pagi ini.


Breakfast hari ini dari kiri: Homemade Garlic Bread, Egg dimakan bersama Chicken and Mushroom Soup (ihsan Campbells's le takdenya nak buat sendiri)...complemented with a cup hot Old Town White Coffee (lepas pekena kopi terus je rasa macam ada enjin turbo buat keje semua laju...fuyo)

Nak share resipi homemade Garlic Bread sket:

senang je...ambik mangkuk kosong...sudukan butter (ikutlah berapa banyak mau sesuaikan dengan berapa keping roti yang anda mahu buat), pastu ambik bawang putih dan tumbuk sampai hancur kemudian masukkan juga dalam mangkuk, kemudian taburkan parsley flake, sedikit lada sulah...gaul2 semuanya...sapu atas roti dan tepek atas kuali leper. 
Agak2 sudah masak...angkat dan makan dengan cara dicicah dengan apa2 sup kesukaan anda *that's why di atas ada Mushroom and Chicken Soup....*

Semoga hari ini kita terus dirahmati Allah SWT.

Jumpa lagi and syukran kerana sudi baca entry ini.

and yes I am having the brekfast alone...while looking (and listening) at the falling rain..*macam lagu tu kata: "listen to the rhythm of the falling rain..."

No comments:

Post a Comment