Sunday, September 23, 2012

Italian Dish with a Splash of Islamic Hues @ Wadihana Islamic Steakhouse

Assalamualaikum wbt.

Sebagai cousin yang baik, semalam dengan jayanya saya telah menemankan my cousin Izzat and his wife, Wani (mek kelate yang comel lote dan sopan santun) untuk shopping barang bakal baby mereka.

Baby sulung. And they know zero about baby's stuffs. Jadi depa minta bantuan saya sebagai kakak sepupu yang baik hati dan agak expert bab2 soping moping brand mana ok, brand mana tak ok dan sebagainya.

Maka beramai-ramailah kami ke Bandar Baru Bangi dan memborong barangan bayi. I myself pun seronok sebab dah lama tak belek barang2 newborn baby.
Tiba-tiba je rasa nak baby lagi sorang...last kuota (is it? really?)
Baby post-PhD.

Standardlah kalau habis riban-riban for first time parents.
Dari baby cot, ke stroller..carseat...tilam...dan paling cute ialah pakaian baby.

Peranan saya ialah sebagai consultant hehe.
Ada ketikanya saya yang beria ambil barang dan campak dalam bakul tanpa arahan client.
I'm sure they would agree *over-confident mode*

Time nak bayar di counter, baru perasan ada satu dua barang Wani terlupa ambil.
Bila Mak Uda suruh pergi ambil...dalam masa 1 minit saya kembali dengan barang yang dimaksudkan.
Huiii cepatnya..kata depa.
Apa tak cepat, semua rak2 dan barangan dalam kedai ni dalam kepala saya...cakap je apa boleh terus menuju tanpa sesat barat.
Kalau masuk rancangan Shop Til U Drop ( rancangan shoping2 masa kekecik dulu..penah tengok tak..?) Insya Allah boleh menang kot.
Dalam rancangan ni  peserta dikehendaki mencari barang yang betul dalam masa ditetapkan.
Nampak sangat le hantu soping...uhu
Alhamdulillah kepakaran ini mampu dimanfaatkan untuk kebaikan orang lain.

Lepas tu, kami pergi makan di....satu restoran yang dah lama saya aim nak bawa Izzat atau kazen mazen lain anytime depa berkunjung ke Bangi.
Since Izzat pun macam sayalah jugak...tekak Italy gitu..
Izzat peminat setia western food macam kakak sedara dia ni jugak.

Maka saya bawalah Izzat, Wani, Pokde, Mokde berserta emak dan anak2 saya ke 
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE.
Terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi menghadap ke jalan besar.

Actually Wadihana ni dah ada 2 outlet sebelum ni iaitu Wadihana Islamic Kitchen (yang ni offer macam2 range makanan dari Chinese ke Western) dan Thai dan juga Wadihana Islamic Trattoria (*tak boleh komen sebab tak pernah pergi).
Dua outlet ini terletak bersebelahan.

Pinjam gambar dari facebook Wadi Hana Islamic Steakhouse (WISH) sebab tak bawak kamera huhu.
Harap2 pihak admin Wadi Hana tak marah eh since saya nak kasi promotion free ni (^_^)

Setelah di amati, WISH ni memang fokus khusus kepada Italian dining yang high class tetapi dengan suasana Islamik.
Di sini ada surau kalau anda nak solat (that's why selesai shopping kami terus ke sini untuk solat dan makan)

Jika anda peminat makanan Italy tetapi mahukan ambience yang lebih Islamic berbanding restoran makanan barat lain, sinilah tempatnya.
Sepanjang ada di sini duk dengar lagu-lagu Maher Zain saje...I like (^_^)

Kebetulan masa saya melangkah masuk, ada beberapa family yang kelihatannya agak warak juga sebab hampir semuanya bertudung berkupiah.
Mungkin di sini mereka lebih yakin nak makan western food di samping membantu ekonomi orang Islam berbeza dengan suasana di Western Food outlet lain.

Dalam banyak2 menu, tiba2 ternampak  Spaghetti Vongole.
Sangat teruja nak cuba.
Sebabnya....
Bila tengok kalimah 'Vongole' itu serta merta teringat drama Korea bertajuk PASTA (sape pernah tengok?) 
Lama sangat dah cari menu ni di Malaysia...baru kali ini ketemu.

Last year suka sangat tengok drama Pasta
...especially bila Ketua Chef, Choi Hyun Wook yang sombong dan panas baran itu mencabar Seo Yoo Kyung (watak heroin dalam drama ni yang berimpian nak jadi Chef terkemuka di Korea...sesuai karakter ini dengan muka sardin beliau) untuk memasak pasta 'Vongole'.

Thanx to this drama kalau tak sampai saat semalam masa belek menu di Wadihana saya tak tau sebutan sebenar perkataan 'V.O.N.G.O.L.E' (baca: Vong-Go-Lay).
Wah masa order semalam dengan konfiden gitu..."Bagi saya Spagheeti Vongole satu..." tanpa gusar tersalah sebut..hohohoho

Sambil makan, sambil terbayang...adakah Spagehtti Vongole Wadihana sama rasa macam yang di La Sfera hasil air tangan Chef Hyun Wook yang garang itu...?
Waktu ke Seoul tahun lalu, saya belum menonton Pasta. Kalau tidak sah2 saya cari juga kot2 benar2 wujud....(^_^)

Okay back to the story.

Di Wadihana ni, dekat depan berdekatan entrance ada satu kaunter...di belakang counter tu ada dapur pemanggang klasik ala-ala wood oven gitu.
Memang terasa macam kat Italy.
Siap ada sudip pizza yang besar dan panjang tu dan kita boleh nampak chef diorang sediakan pizza.

Baiklah. Ini menu yang kami order semalam:

Spaghetti Vongole (saya order) - manyak selapppp ooo!!! Vongole ni sebenarnya kepah (yang banyak jual kat Pantai Tok Bali tu...) dan dimasak bersama spaghetti dan cara masaknya macam Aglio e Olio. Rasanya sedikit pedas... itu yang saya suka :)

Spaghetti Alfredo (si Wifaq order) - anak teruna saya memang hantu betul jenis spaghetti berkuah putih. Kalau tak Alfredo, dia akan order Carbonara. Yang ni pun sedappp! Kena je kombinasi rasa kuahnya, herbanya dan hirisan ikan salmon kalau tak silap.
Sambil menunggu Wifaq makan, kami dengan tulus ikhlasnya berdoa biarlah budak ni tak habis...boleh kami tumpang syafaat. Sekali tu memang dia tak habis..maka dengan sekelip mata je habis licin dikerjakan oleh saya, Izzat dan emak saya hahahaha. Alhamdulillah. 

Pizza Diavolla (Rihaab order dan dibantu beramai oleh kami semua) - sedap jugak! Jenis thin crust pizza dan sedikit pedas. Ada hirisan cili, pepperoni, cheese.

Wild Mushroom Soup and Garlic Bread (Mokde order) - sesuai dengan namanya, bila hirup sup ni memang terasa ke'liar'an cendawannya.

Onion Soup (Mama order) - yang ni satu2nya yang tak sedap...ish2...mungkin sebab tak kena dengan tekak kami kot

Chicken Chop (Pokde, Wani dan Izzat order) - okay kot...saya tak rasa pun tapi tengok diorang makan laju je.
Thin Crust Pizza Diavolla. Gambar pinjam dari facebook WISH

Antara specialty WISH juga ialah steak dan lambchop. Tapi belum berkesempatan nak try. Insya Allah will do in next visit soon. Rasanya lepas ni saya akan lebih rajin bertandang ke sini kot...(^_^)


Dalam menu siap ada panduan memilih bahagian2 steak. Gambar ihsan facebook  Wadihana Islamic Steakhouse
Baiklah. 
Next visit wajib bawa kamera.

Sampai jumpa lagi.
  


No comments:

Post a Comment