Wednesday, September 12, 2012

Let's Masak n Makan: Sizzling Hotplate Mee

Salam Syawal.

Semalam saya tak puasa enam (ada lagi balance 2 days), jadi menjelang tengahari secara otomatik perut pun mula berkeroncong.
Saya lunch agak lewat semalam.

Setelah menggeledah almari...saya tengok ada stok Mi Sanggul buatan Muslim jenama Mutiara.
Stok Mi sanggul ni memang sentiasa ada je dekat pantry senang kalau tetamu datang dah ada idea apa nak masak.

Ini dia:


Kadang2 saya guna brand ini:

Kadang2 saya guna jenama ini but this one comes with Tomyam Paste...tinggal masak aje

Sebagai alternatif kepada yee mee sambil2 membantu usahawan bumiputra.

Setelah mengorek2 peti sejuk dan cukup bahan, maka inilah hasil lunch saya lewat tengahari semalam:
Saya main bubuh je apa ada dalam peti. Jumpa shiitake, chicken ball...sayur2...meriah la compared dari makan kat kedai kan
Lepas tu saya tengok ada lagi lebihan Kopi O sarapan pagi. Maka jadilah Hotplate Sizzling Mee bersama Kopi O Ais.
Dua2 hitam: Sizzling Mee dilawankan Kopi O Ais (^_^)
Mulalah berangan konon2 makan kat restoran kan (memang itu pun tujuan beli hotplate tu...lama dah beli di Nilai 3 untuk kegunaan di masa2 mahu berangan seperti ini heheheh)

Sambil makan sambil study (^_^)




Resipinya saya ambil dari mana lagi kalau bukan My Resipi oleh Lilydvalley *sebab saya tengok ramai komen kata sedap* thanx cik lilydvalley, cuma diolah menggunakan bahan yang ada.

RESIPI SIZZLING (SANGGUL) MEE

Bahan-bahan ( seorang makan )
1 mi sanggul
3 ulas bawang putih

3 biji cili padi (diketuk)
3 biji cendawan shiitake kering *rendam sampai lembut dan potong 2 atau 4)
3-4 ketul chicken ball (sebab takde ayam...guna daging pun boleh juga)
3 biji cili kering- potong 2

1 sudu besar cili giling/boh
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
1/2 in halia *diketuk sampai pengsan...haha*
Sayur2an yang dihiris nipis~carrot dan pakchoy
Sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Sedikit Olive oil untuk menumis *minyak biasa pun boleh*
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu dibancuh dgn sedikit air *selalunya orang guna tepung jagung, tapi saya lebih suka tepung ubi kayu...terpulang citarasa masing2*
Sebiji telur ayam
Sedikit serbuk pati ayam (jangan banyak2 sebab dah masin)
Sedikit air


Cara-cara

Masukkan olive oil dan jangan tunggu lama sbb olive oil cepat panas.

Tumis cili boh, bawang putih, cili kering, cili padi dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan chicken ball (nak masuk seketul boleh, nak belah pun boleh) sehingga agak empuk.

Masukkan sedikir air (jangan banyak sangat takut melimpah sebab hotplate ni kecik je...)
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

Masukkan mee dan tunggu lembut (ambil masa 2-3 minit atau rebuskan siap2 di periuk lain baru masukkan dalam hotplate)

Masukkan cendawan serta sayur2 lain (tunggu hingga lembut)

Masukkan bancuhan Tepung Ubi Kayu dan kacau rata.

Perasakan dengan sedikit serbuk ayam.

Pecahkan sebiji telur dan tunggu telur masak.

Hidangkan panas2.

Selamat mencuba (^_^)

No comments:

Post a Comment