Tuesday, September 25, 2012

New Froyo Outlet: Yogen Fruz

Salam sejahtera.

Time2 encik suami tiada begini...langkah jadi semakin panjang.
Sebabnya nak menghilangkan rasa stress mengadap tesis sepanjang hari.

Petang2 after school mulalah anak2 request nak makan itu dan ini.
Kalau encik suami ada biasanya saya akan masak.
Bila beliau takde I find no reason to cook...macam tak semangat je nak memasak.

Di Bangi ni, ada outlet froyo baru bukak beberapa hari sebelum Ramadhan haritu.
Sempat merasa sehari sebelum puasa.
Sedap.
Pada saya sedap...tapi pada orang yang tak suka froyo mungkin tak sedap.

Kawan-kawan yang mengenali saya tahulah kegilaan saya terhadap apa-apa saja yang mengandungi yogurt.

Nama outlet ni Yogen Fruz.
Terletak di Seksyen 9 Bangi.
Tau pun sebab my ex student Khuzaimah bagi info sebab dia tau ex-lecturer dia ni hantu froyo hehe.
Siap dia ambikkan gambar dan tag di FB lagi. *thanx eh Khuzaimah*


Yogen Fruz ialah produk Canada dan sedang menanti pengesahan sijil Halal dari JAKIM.
Mana saya tau?
Sebabnya kebetulan salah seorang pekerja situ ialah ex-student emak saya di KISAS dulu. Beliau kerja partime sambil buat Master di UKM, beliaulah yang memberitahu.

Ownernya pun kami pernah jumpa.
Seorang arkitek di Bandar Baru Bangi dan isterinya seorang doktor pakar di Hospital Serdang.
Kedua-duanya nampak macam pasangan Muslim profesional yang sangat ideal.

Semalam ialah kali ke-3 saya ke sini atas permintaan anak2.

Konsepnya lain sikit dari outlet froyo lain.
Sebabnya mesin DIY yang boleh ambil sendiri tu tak banyak tapi sedap-sedap...dan kalau kita nak mix antara dua flavor, ada dispenser yang di tengah yang dah siap2 mix-kan dua2 flavor.
So kalau nak campur stoberi dengan manggo contohnya, bila kita tekan dispenser...dia akan keluar campuran dua warna kuning dan pink. Comel je!

Selain tu...yang popular di sini ialah jenis yang kita pilih dan minta staf diorang blendkan untuk kita.
Topping pun ada macam2.

Dalam banyak2...saya paling suka flavor Strawberry Cheesecake. Pernah juga rasa yang Mint tapi hati terpaut pada yang ada cheese jugak!

Setiap kali makan kat sini, diorang akan cop pada loyalty card tu. Kumpul sampai 9 cop dan anda akan dapat 1 free froyo.


My all time feveret Strawberry Cheesecake topped with Strawberry and crushed Digestive Biscuits...sedap!


Budak yang bising ajak Opah pegi makan Yogen Fruz after schooltime.

Semua outlet froyo kami sudah terjah dan jadi pelanggan setia. Masing2 ada kelebihan masing2 dan kami suka semuanya dari Tutti Frutti, ke YourGurt (yang ada Aaron Aziz tu), ke Snogurt dan Yogen Fruz...semuanya best asalkan ia yogurt.

Kalau anda suka froyo...anda harus cuba!

Terima kasih sudi baca! 


2 comments:

  1. thank u for visiting our outlet and enjoying our froyo, do come again..;)

    ReplyDelete