Monday, September 10, 2012

Ceritera Syawal Kami

Salam Aidilfitri buat teman2 sekalian.
Walaupun dah masuk raya ke-10 harini...tiada expiry date untuk kita saling memohon kemaafan.
Maaf Zahir Batin, ampunkan segala silap dan salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ya...

Mood di hati masih lagi mood raya.
Tekak ni masih lagi kepingin nak mengunyah tart nenas...
Malangnya di rumah sendiri langsung takde kuih tart (padan muka...ekysen lagi konon2 taknak beli kuih langsung takut membazir)

Tahun ni turn beraya di kampung suami di Kota Bharu, Kelantan.
Berdekatan dengan Wakaf Che Yeh...maka dalam hati duk mengira2 kalau sempat macam nak pegi shopping juga...

3 hari sebelum raya (Raya jatuh hari Ahad, kami berangkat pulang pada hari Khamis), kami telahpun selamat tiba di KB dengan jayanya tanpa mengalami sebarang kesesakan lalulintas.
Puas duk memikir..nak ambil laluan mana.
Jam 8 pagi bertolak, sekali sampai Bentong dah mula jammed.

Tak sampai 5 minit duduk situ, terus ambil keputusan patah balik dan masuk LPT dan pulang ikut Terengganu.
Memanglah jenuh dan jauh dari laluan biasa..tetapi jalannya cantik, dan alhamdulillah encik drebar pun tak terasa letih sangat macam selalu.
(*Faktor tambahan ialah...setelah beliau cuba supplemen UMAR bulan Ramadhan ni....memang beliau lebih cergas dari biasa...alhamdulillah)

Sampai di Chalok, kami berjanji nak konvoi dengan keluarga kakak ipar saya Kak Mi.
Maka berkonvoilah kami ikut jalan kampung celah mana entah demi melarikan diri dari jammmed.
Waktu itu di Chalok menuju ke Jerteh pun dah mula jammed teruk...akibat bazar ramadhan dan juga orang yang nak balik kampung.

Alhamdulillah elok2 je azan Maghrib, kami tiba di perkarangan rumah bapa mertua iaitu Ustaz Wan Hassan Wan Othman.
Antara sebab lain kami cuba sampai harini ialah...bapa mertua mengadakan Iftar Jamaie Perdana di Madrasah (terletak betul2 sebelah rumah) dan hampir seluruh kampung dijemput hadir.
Menu harini ialah Nasi Kabsah.
Sampai2 terus makan je...alhamdulillah. (^_^)
Seperiuk besar Nasi Kabsah yang dimasak oleh Ustaz Mat
My father in law yang tengah tu...berkupiah dan berjubah putih. Beliau memang  manusia yang sangat humble. Jika hendak melihat akhlak Rasulullah dalam diri umat baginda, lihatlah bapa mertua saya...
Lepas solat Maghrib, solat tarawih di Madrasah sebelah rumah yg hanya beberapa langkah kaki sahaja dari rumah.
Kalau rasa2 malas pakai selipar...melompat pun boleh sampai dari tangga rumah hehehehe tapi belum pernah cuba lagi.
Usai solat...ada beberapa makcik yang bersalaman tanya saya ni siapa eh? Macam tak biasa nampak.
(Sebelum ni tak berapa rajin solat di sini sebab ada baby kecik yang tak boleh nak tinggal...tahun ni Tebi dah 2 tahun dan dah pandai bawa diri bolehlah tinggal sekejap2)
Waktu nak memperkenalkan diri sebagai menantu Ustaz Wan, rasa macam nak cakap ke taknak....nak cakap ke taknak
Bukan apa, bapa mertua saya dikenali semua orang di sini.
Jadi bila orang dah tau kita ni kaum kerabat beliau...maka jagalah akhlak dan budi pekerti sebaik2nya...demi menjaga nama baik beliau.

Last2 saya beritahu juga..."Saya menantu Ustaz Wan...isteri kepada Isham". 
Ooo...isteri Isham...makcik2 ni memang kenal semua adik beradik suami saya, terutamanya Isham yang peribadi beliau yang serba serbi sangat menyerupai ayahandanya.
Selain madrasah, bapa mertua jugak ada membuka sekolah Tahfiz dan PASTI di kawasan itu juga.
Apabila anak menantu pulang beraya...tu dia parking penuh. Ini pun ada yg belum sampai lagi. Sebelah rumah my FIL ada madrasah dan sekolah tahfiz serta PASTI (yang kubah hijau tu)
Aktiviti keesokan hari (Jumaat) ialah merayau2 di sekitar bandar KB.
Kami pergi jalan2 di Bazar Tok Guru sebab belum pernah pergi...tapi tak best sangat pun kat sini. 
Kedai dan laluan pejalan kaki agak sempit, barang2 jualan pun lebih kurang sama je setiap kedai.
Ada le beli sepasang sutera kaler pink-oren (sebab teringat ada tudung kaler ni tapi baju takde)
Wifaq dan Rihaab tak ikut pergi shopping sebab seronok sangat main dengan kekazen...
Balik kampung ni, anak2 saya betul2 jadi orang kampung...berlari ke sana ke mari dengan bebas...
Keluar masuk rumah takde sape nak marah.
Maklumle orang KL....hihi

Sebenarnya saya peminat sutera.
Sebelum2 ni kalau beli sutera, nak yang puas hati dari segi corak, design dan warna rasanya di Bazar Buloh Kubu lebih best.
Mahal sikit...tapi design best2 dan tempatnya lebih luas dan selesa.

Malam, tercapai juga hajat dan cita nak buka puasa dengan Nasi Kukus Zakini yang memang terkenal di KB dan pernah keluar JJCM.
Sebelum sampai KB lagi dah cakap dengan encik husband, saya nak makan nasi kukus ori Kelantan.
Dekat KL saya tak berapa suka nasi kukus...bukan sebab tak suka nasi kukus, tapi sebab rasanya tak sama macam yang kat Kelantan.
Gulainya....sambalnya....perghh...meleleh ayaq liuq (*aduyai....waktu menulis entry ni tengah puasa enam...)
Iftar beramai2 bersama adik beradik suami. Mueheheehe akhirnya dapat juga Nasi kukus Zakini (^_^).
Pinjam gambar dari www.saji.my. Kalau balik KB wajib singgah sini.
Gambar ni pun pinjam dari www.saji.my

Malam Raya di KB

Hari Sabtu (sehari sebelum raya) kami dah tak keluar ke mana2. Dah boleh agak macam rupa jemnya bandar KB tu...baik duduk rumah diam2.
Siangnya kami duk mengemas rumah...bentang segala karpet dan alih segala kerusi ke tepi.
Lepas tu ada masa, saya iron baju raya siap2..dan cek2 aju raya hari seterusnya kot2 ada yang tak kena ke kan.
Lepas siap iron 5 pasang baju...rilek2 kejap sementara tunggu waktu berbuka puasa untuk hari terakhir tahun ini.

Menjelang hari terakhir Ramadhan ni....entah kenapa la hati rasa sebak dan sayu.
Malam raya...kalau di KL, kita disibukkan dengan aktiviti menyediakan juadah, tetapi tidak di sini.
Malam raya aktiviti ibadah masih hangat. Takde orang sibuk masak rendang, tetapi semua orang sibuk dengan solat sunat Tasbih di surau2.

Makan untuk hari raya esok dahpun ditempah dari caterer (dasat kan, untuk raya pun caterer masih sanggup ambil tempahan. Kalau di KL jangan harap le...caterer pun sibuk nak raya jugak)
Jam 2 pagi saya terjaga dan terdengar adik2 ipar lelaki sibuk gi maghi gi maghi ambil juadah untuk raya esok pagi.


1 Syawal di Kampung Suami

Sambutan 1 Syawal di sini unik sikit.
Saya solat sunat Aidilfitri macam biasa di madrasah sebelah rumah.
Sebelum solat raya...para jemaah akan bersedekah pada tabung duit raya yang dikutip khas untuk diagih2kan pada kanak2 selesai solat raya.
Seluruh kampung datang berhimpun di madrasah bapa mertua
Yab dan Tebi pun masuk barisan. Yang di sebelah dan belakang itu adalah2 kekazen mereka
Ramainye...

Jadi, kanak2 la yang paling best.
Habis je solat sunat...kanak2 dari seluruh kampung akan beratur panjang untuk ambil duit raya.
Anak2 saya pun tak ketinggalan juga....seronok betul tengok budak2 ni happy...
Lagi banyak duit yang dikutip, lagi banyak la kanak2 ni dapat...syok betul.

Lepas je habis solat sunat...seluruh penduduk kampung dijemput naik ke rumah bapa mertua.
Masa ni la keadaan agak sesak dan jammed.
Kena cek kot2 makanan habis ke...air habis ke...pinggan dan cawan habis ke.
Biasanya raya pertama bapa mertua tak ke mana2...hanya duduk di rumah dan tunggu tetamu datang sampai malam.
Esoknya barulah beliau boleh beraya ke tempat lain.
Anak2 menjamu selera pagi raya dengan kekazen
Tebi pun makan sate...risau takut tercucuk je maka terpaksalah mama mengadap  si anak makan tanpa membantu  ipar duai melayan tetamu
Comotnya si kakak makan

Dah tengahari sikit, barulah kami dan adik beradik suami yang lain beraya ke rumah saudara mara dan jiran2 yang dekat.
Habis yang dekat...naik kereta pergi yang jauh pulak.
Masa ni, anak2 kami dah bertukar2.
Anak2 saya duk naik kereta pakcik2nya yang lain...anak2 orang lain naik kereta saya...huhuhu...macam2 lah...
Kecuali si Tebi aje yang duk melekap 24 jam dengan mama.
Senyuman lepas dapat duit raya...
Kalau nak ikutkan raya ni memang letih...lebih2 lagi bagi yang ada anak kecik yang akan meragam kepanasan dan tak cukup tidur.
Kesian jugak...tapi nak buat macam mana kan ziarah menziarahi pun penting juga.
Mari pegi beraya rumah jiran2 terdekat dulu...
Kanak2 dah boring...dah mula meragam menjelang tengahari

Biasanya raya2 ni kat TV banyak rancangan raya best2...tapi saya belum pernah berpeluang menontonnya betul2.
Tapi itu lebih baik.
Saya sebenarnya kurang setuju kalau di hari mulia ini kita duk melekat depan TV di rumah dan tak ke mana2 untuk bertemu sanak saudara.

Kalau satu hari nanti anda lihat saya hanya duduk depan TV pada hari raya, itu bermakna saya dah takde saudara mara langsung.

Rugi. Sangat rugi kalau tak gunakan kesempatan ini untuk menjalin silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah.
Jangan hanya cari saudara ketika perlukan bantuan...tetapi jalinlah hubungan akrab dari mula dan bantuan ketika susah akan datang sendiri tanpa dipinta.
Galakkan anak2 dari kecil untuk kenal saudara, mencari saudara yang jauh...dan menghargai hubungan persaudaraan.
My kids and their cousins...sebahagian je ni...kalau semua ada terbalik rumah Tokki
Hari Raya Pertama hinggalah ketiga penuh dengan open house.
Style di sini, tuan rumah akan menjemput tetamu berbeza kita di Selangor (negeri lain saya kurang periksa)...dalam minggu pertama raya, tetamu yang akan terjah atau call beritahu nak datang.
Perut tak sempat nak rilek langsung.
Hari raya ketiga (setelah menyelesaikan jemputan makan2 sebelah pagi) kami bertolak pulang ke Selangor.
Hajat hati nak lalu Gerik...tapi tersekat dalam jammed selama 7 jam dari KB-Jeli.
Akhirnya singgah bermalam di rumah ibu mertua sepupu saya, Izzat dan isterinya Wani di Ayer Lanas, Jeli.

See? Nampak tak....bila ramai dan rapat dengan saudara...time2 susah mudah nak dapat pertolongan.
Kalau ikutkan hubungan sepupu tu taklah rapat sangat, tapi sebab istilah 'sepupu' dalam keluarga kami umpama adik beradik, jadi kami sangat rapat.
Esoknya (raya ke-4) kami dan Izzat berkonvoi sama2 ke Selangor...stuck lagi dalam traffic jammed di lebuhraya Utara-Selatan selama 10 jam...bravo...huhuhu
Entah berapa kali berenti RnR pun tak tau...akhirnya sampai di Shah Alam jam 9 malam.

Esok....maraton untuk beraya di rumah saudara mara sebelah saya pulak sebelum pulang ke KKB (kampung emak) untuk gathering besar-besaran tahun ini......
Selamat Hari Raya semua....hohohoho (^_^)
Takde gambar raya yang lebih proper....huhuhu budak2 ni tak memberikan kerjasama langsung



No comments:

Post a Comment