Salam Ramadhan.
Akhirnya setelah berbelas hari berpuasa penuh, anakanda Wifaq dianugerahkan pingat *eceh ye ye je...* bukan pingat pun...badge je, iaitu badge Ramadhan Heroes.
Teachers di Al Fatih Integrated Preschool memang hebat2 belaka sebab berjaya encouraged anak2 seawal usia 4-6 tahun untuk puasa penuh.
Tahun lepas Wifaq tak dapat badge...sebab pukul 6.30 je sampai rumah dah nangis2 mintak susu padahal sikiiiiiiiiiiit je lagi nak masuk waktu iftar.
Tahun lepas Wifaq baru 4 tahun, jadi mama taknak paksa2 sangat.
Tahun ni pun saya tak paksa sangat...tapi Wifaq sendiri memang dah ready nak puasa.
Saya memang tabik spring dekat teachers di Al Fatih.
Seawal bulan Syaaban lagi, anak2 ni dah buat countdown Ramadhan.
Siap diorang buat banner to welcome Ramadhan.
Banner tu di gantung kat pagar school siap ada nama anak2 ni...mana la diorang tak excited kan.
Masa bulan Syaaban, kanak2 ni digalakkan puasa sunat. Sempatlah Wifaq puasa sunat sehari beberapa hari sebelum Ramadhan.
Dua hari sebelum tiba Ramadhan, terpaksa bergaduh pulak dengan Wifaq sebab dia nak puasa sunat tapi mama dengan Opah tak izinkan. Mana ada orang puasa sunat pada hari-hari syak? Lepas tu jenuh nak explain apa itu hari syak....*adui..*
Masa entry ni dibuat, hari Ahad baru2 ni Wifaq tak makan sahur, tapi alhamdulillah dia berjaya (dan segar bugar pulak tu) puasa penuh. Mama yang cuak boleh ke anak aku ni bertahan sampai maghrib....
Badge Ramadhan Heroes tu Wifaq pakai 24 jam sampai bawak balik ke kampung untuk family iftar jamaie.
All the best Wifaq.
Opah dengan Atuk dah janji naka bagi upah lumayan kalau Wifaq berjaya sampai 30 hari.
Hebat betul budak2 lani umur 4-5 tahun dah boleh puasa penuh. Mama dulu darjah satu pun ada mengelat sehari dua sebab tak tahan...huhuhuh.
Kesilapan kita, jangan diulang pula kepada anak2 kita. Belajar dari kesilapan masa lalu.
Ni gambar2 Wifaq kat school, Al fatih Integrated Preschool (Abu Bakar Center):
Teacher kata: " Good job, Wifaq! Badan kecik, tapi semangat waja.." |
"Tahniah, Ramadhan Heroes of Abu Bakar centre"~Wifaq yang tengah sekali dan paling cenonet (^_^) |
ipak kuat! :)
ReplyDelete