Monday, August 6, 2012

Program TV Ramadhan: Hidangan Barakah

Salam alaik.

Salam Ramadhan ke 18.

Entry kali ni serba sedikit bakal menggamit kerinduan rakan2 blogger saya yang berada di luar negara *rasanya...*

Tiap kali menjelang Ramadhan, antara program yang dinanti2 di kaca TV ialah program masakan selain program keagamaan.

Selain rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan *yang menjadi tontonan saya setiap hari kalau tak kemana2*, tahun ini TV AlHijrah muncul dengan program masakan baru iaitu rancangan Hidangan Barakah.

Berbanding program masakan lain...rancangan ini menampilkan Chef Ammar El Ali yang berketurunan Arab *dari Jordan kalau tak silap*.

Chef Ammar ni kalau bercakap bercampur gaul semua bahasa Melayu, English dan Arab. Kadang2 nak tergelak je dengar.

Yang istimewanya, setiap kali sebelum mula masak Chef Ammar akan baca sepotong ayat Quran. 

Tengah2 masak pun lidah beliau sentiasa basah dengan zikrullah dan selawat. Paling saya suka kalau Chef Ammar sebut: "Masya Allah...sedaknya *sedapnya tapi dengan telor Arab...(^_^) sangat cute okay*

Saya ni memanglah peminat tegar masakan Arab terutama nasi mandy dan nasi kabsah. Tahun2 sebelum ni ada beberapa kali juga saya masak sendiri nasi mandy seperiuk besar...tapi tahun ni rasanya saya surrender kot. 

Agak busy dengan study dan tak punya banyak masa, tahun ni saya hanya mampu masak hidangan simple2 dengan jumlah yang sedikit.

Nasi Mandy masih boleh buat kalau tetamu beritahu awal nak datang dan beri sedikit masa untuk saya rehat....bila dah start kena migraine, saya tak boleh lagi buat sesuatu dalam keadaan tertekan dan tergesa2 macam dulu2 *Allah dah tarik satu nikmat..huhuhuh*

Kat bawah beberapa gambar yang sempat saya snap buat kenangan Ramadhan 2012 (^_^)

Chef Ammar baca ayat Quran dulu sebelum masak...barulah betul Hidangan Barakah.
Gaya Chef Ammar memasak
Kadang2 ada tetamu jemputan juga...bestnya dapat makan free! (^_^)
At the end of the show, Chef Ammar akan sebut tagline Hidangan Barakah "Masak Dari Hati...Masak with Iman" *seraya membuat gerak tangan bentuk big hearts sangat cumil...*

Semoga Ramadhan kali ini lebih cemerlang, Insya Allah.

2 comments:

  1. hee... like gaya dia... :) mmg terbaik.. n dia pnya bahasa melayu mmg cumil. hoho~

    ReplyDelete
  2. Wife dia melayu penang kalau xsilap...hope to see him again enxt year...

    ReplyDelete