Salam 25 Ramadhan.
Tapi entry ini nak story mengenai kisah 22 Ramadhan (Jumaat) lepas.
Masak sendiri je...nak makan kat kedai selalu boleh kopak juga...(^_^) |
Semenjak 1 Ramadhan lagi, menu iftar tahun ini (semuanya) ditentukan oleh anak teruna Wifaq (officially 5 years now) yang berpuasa penuh tahun ini. Jadi memang tak merasalah mama nak memasak menu yang mama suka...
Dalam senarai menu, memang dah beratur juadah2 yang anak teruna nak makan jadi bila tiba harinya tak perlu nak tanya2 lagi.
Sekali macam mana boleh lupa daaa...
Jumaat Wifaq ada majlis iftar dengan teachers dia di Al Fatih.
Jumaat Wifaq ada majlis iftar dengan teachers dia di Al Fatih.
Majlis ni untuk meraikan anak2 berusia 4-6 tahun yang berjaya berpuasa penuh yang digelar 'Ramadhan Heroes'.
Dengan poyonya mama pun telah memasak Nasi Mandy yang Wifaq asyik duk minta dari awal Ramadhan lagi...tak ingat langsung yang si anak tak berbuka di rumah harini.
Last2 Wifaq tak makan pun....
Saya teringat raya tahun lepas, dalam taknak buat open house...kebetulan ramai yang call kata nak datang. Jadi nak taknak, saya masak banyak.
Satu periuk besar Nasi Mandy Ayam dan Nasi Mandy Kambing (Mandy Lahm~in case ada yang tak makan kamben...)
Memang berpeluh dan jenuh.
Antara tetamu yang datang ialah ayah mertua Maksu saya yang duduk kat Sungai Besar.
Yang seram dengar bila dia kata: "Pandai kau masak nasi mandy banyak2 ni...esok atuk nak makan nasi mandy atuk panggil kau masak kat Sungai Besar ye...".
Hohohohhoh. Kalau betul memang pengsan.
Kelemahan saya tak boleh nak masak kat tempat2 yang saya tak familiar.
Sebab bila saya masak...saya tak suka dan tak boleh dibantu.
Semua kerja memasak saya akan buat sorang kecuali hal potong memotong aje.
Lepas pada tu...taubat taknak masak banyak2 dah.
Nanti orang ingat aku terer sangat masak.
Sejak cuti belajar ni...selain tesis, rasanya skil memasak saya makin 'berkilat' selepas banyak kali latih tubi.
Resipi Nasi Mandy ada di bawah ye tapi saya punya versi ayam/kambing dimasak sekali dengan nasi (^_^):
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
*PENYEDIAAN STOK AYAM / KAMBING
Beberapa ketul ayam (biasanya bahagian drumstick dan paha atau paha saja) / rusuk kambing.
1 camca besar buah pelaga (diketuk untuk keluarkan bau)
1cmb bunga cengkih
1 cmb lada hitam (biji) (ditumbuk kasar)
1 sudu kecil jintan putih
1 cmb serbuk puah pala (nutmeg)~boleh guna McCormicks atau MasterFood
2-3 helai bay leaves
1 inci halia (diketuk)
CARA MEMASAK NASI:
3 pot beras basmathi
4 cawan stok (bergantung kepada jenis beras basmathi)
minyak zaitun untuk menumis
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
4-5 biji buah pelaga (ketuk)
4-5 kuntum bunga cengkih
5-6 biji lada hitam (tumbuk kasar)
garam
Saffron (Za'faran) yang dicampur sedikit air dan dikacau rata (*saya guna original saffron + serbuk untuk dapat kaler kuning yang lagi cantik)
Seketul arang
Sedikit minyak zaitun (kalau sayang, guna minyak biasa pun boleh)
Aluminium foil yang dibuat bentuk cawan (tapi saya guna cawan besi bertangkai je)
CARA MENYEDIAKAN SALATAH (SALSA)
2 biji tomato-didadu
1 labu bawang besar-didadu
1 batang zuchini (timun jepun) / timun biasa (*kalau guna timun biasa akan lebih berair)-didadu
sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1-2 biji perahan lemon
garam & gula secukupnya
Campur kesemuanya dalam satu bekas dan gaulkan.
Cara Memasak:
Rebus ayam / kambing sehingga empuk bersama rempah, bay leaves dan halia.
Setelah empuk, keluarkan ayam/kambing letak dalam bekas lain.
Dalam periuk lain, tumis bawang besar dan bawang putih minyak zaitun sehingga layu.
Masukkan rempah ratus dan tumis sekali.
Masukkan beras basmathi dan kacau rata (kalau tak kacau nanti rasa rempah tak sekata)
Masukkan stok ayam / kambing.
Perasakan dengan garam.
Akhir sekali masukkan ayam/kambing yang dah direbus tadi dan tutup periuk. (Boleh masak guna periuk elektrik atau periuk biasa)
Sementara tu bakar arang atas api sampai keluar asap.
Agak2 nasi separuh masak, buka tutup periuk dan buat lubang di tengah2 nasi muat2 untuk ketak aluminium foil bentuk cawan (atau cawan besi).
Masukkan arang yang dibakar tadi dalam cawan.(*method guna arang ni memang method asal yang digunakan di negara Arab)
Dengan cepat tuangkan minyak zaitun / minyak biasa atas arang sampai keluar asap tapi jangan sampai minyak melimpah ke nasi.
Bila dah berasap, cepat2 tutup periuk dan balut dengan kain atau apa2 yang boleh halang asap tu dari keluar.
Bau arang ni yang akan menyedapkan lagi rasa nasi mandy anda.
Teruskan menanak nasi hingga masak.
Bila nasi dah masak, tuangkan bancuhan saffron tadi ke atas nasi dan gaul rata.
Bila dah masak, susun nasi, ayam/kambing dan salatah cantik2 atas pinggan dan sedia untuk dimakan.
Senang kan...?
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment