Wednesday, August 8, 2012

Aidilfitri...Sebelum Bergelar Ibu (*_^)

Salam Ramadhan (sekali lagi).

Rasanya saya ni macam dilanda mood raya dan mood balik kampung.
Walaupun tahun ni turn beraya di kampung encik suami di Kelantan, tapi...saya excited nak menempuh perjalanan jauh dalam erti kata 'balik kampung' yang sebenar.

Saya tak nafikan, ada sesetengah isteri yang kurang 'feel' bila kena turn beraya sebelah suami. Setakat ni alhamdulillah saya masih seronok pulang ke Kelantan....

Dalam kepala duk terbayang juadah enak lazat di pagi raya yang macam2 ada. Lagi2 di Kota Bharu...menunya agak moden dan lain sikit dari menu di Selangor (family saya je kot..) yang biasanya asik rendang..ketupat...rendang..ketupat...sampai tak larat nak makan. 
Semua rumah ada rendang. 

Ayah saya pulak bila saya bagi cadangan buat menu lain sikit dia tak setuju...last2 kami hanya ubah jenis rendang. Last year saya suruh emak buat Rendang Udang Galah...barulah kejap je licin. Kalau tak sampai ke sudah tak habis2....huhuhu.

Tahun lepas, turn beraya di Shah Alam, si Wifaq dengan mulut tak bertapis mengomel: "Ala...makanan sama lagi. Asyik2 makanan sama je...air pun sama je asyik2 air oren..." (Rasa nak tekup je mulut budak ni tauuu....tapi kanak2 kan jujur...)

Sebenarnya dah kebetulan airnya sama.
Lagipun kami habiskan round dalam hari yang sama memang ketara sangatlah kalau ada menu yang 'accidentally' sama.
Tapi dalam banyak2 rendang...saya paling suka Rendang Kerang Mak Esah....dan Rendah Hati Pedas yang Mak Ngah Kiah buat.
Mabeles wehhh...pedas giler sampai meleleh2 air mata idung semua.

Bila raya kat Kelantan...tak jumpa rendang, rasa rindu jugak. Ngada2 kan hehehe.
Betul ke raya di Kelantan takde rendang eh?
Tapi setakat ni memang saya belum pernah jumpa rendang lagi di pagi raya.
Tak pastilah kalau orang lain.
Pengalaman kita semua berbeza-beza kan?

Tradisi beraya di sebelah ayah saya di Kg. Delek, Kelang biasanya usai solat sunat Aidilfitri...kami akan berkumpul di rumah arwah nenek sambil baca tahlil dan makan2 sikit.

Lepas tu round semua rumah adik beradik ayah (semua duduk dekat2 je...kami je yang duduk jauh sikit di Shah Alam) dan habiskan round dalam masa satu hari tu jugak. Letih memang letih tapi seronok.

Tiap kali malam menjelang raya, encik suami mesti akan ajukan soalan ini: "Macam mana **** (pangilan manja encik suami...biarlah rahsia haaaa) raya sebelum kahwin dulu? Tak sunyi ke? Tak boring ke?".

Untuk pengetahuan pembaca, saya merupakan anak tunggul tunggal.

Jadi..silalah gunakan imaginasi anda...untuk membayangkan betapa sunyinya malam raya kami hanya bertiga~saya, emak dan ayah.

Dulu memang tak terasa sunyi sebab dah biasa. 25 tahun hidup begitu mana nak rasa apa2.

Lepas saya kahwin...tahun 2006 kami selebret raya ber-4.

Tahun 2007 kami raya ber-5 (Wifaq dah lahir...)

Tahun 2009 kami raya ber-6 (Rihaab dah lahir...)

Tahun 2010 kami raya ber-7 (Tebi a.k.a Nehal dah lahir...)

Seterusnya tahun 2011 dan 2012 tiada pertambahan umat hehe.

Bila fikir2 balik...aik tiba2 je family kami berkembang jadi 7 orang semuanya. Nak beraya kalau tak naik MPV memang tak muat dah.
Riuh pulak dengan suara anak2 saya yang memang tak reti diam punya spesis dan suka create scene di mana saja...

Tiap kali beraya ke rumah saudara mara, diorang ni rajin duk kira kot2 ada pertambahan umat nabi Muhammad (^_^).

Agaknya sedara mara nie excited melihatkan perkembangan pesat anggota keluarga saya...dari 3 dah jadi 7 orang.

Sekarang...

Saya dah tak boleh imagine beraya tanpa suami dan anak2.

Malah saya rasa tak boleh hadapi lagi kalau terpaksa beraya ber-3 tanpa mereka macam dulu2...

Sungguh perkahwinan itu satu rahmat.
Dengan perkahwinan...datangnya zuriat. Dengan zuriat, keluarga berkembang dan hidup jadi meriah.

Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah atas segala rahmat-Mu.

Harap2 raya akan datang adalah pertambahan umat lagi ye....(*_^)
Rindu nak timang baby kecik lagi sebab baby yang ada ni dah pandai mengkritik (especially bila menyusu dan susu tak banyak...Tebi boleh komen: "Mama tak dapatlah susu...nak yang cebelah lagi...")

Salam pra-Aidilfitri buat rakan2 pembaca.
Apa pula ceritera raya anda?

Yang ni gambar raya 2011...

shana-alhana.blogspot.com
Lima oramg sudah...

4 comments:

  1. Haa pandainya tebi tu comel je dia mintak susu hehe. Lawak la ayat akak yg pertambahan umat tu. rumah hanis dan mertua ada rendang tp menu wajib mesti satay

    ReplyDelete
  2. Hehe Hanis. gitu le gayanya bila nyusukan budak yg dh boleh becakap. Pertambahan umat tu...ayat yg digunakan sedara mara bila jumpa masa raya dan tengok gendong baby baru hihi. Ooo ada ye....agaknya family husband akak je kot yg tak penah buat rendang ni...serius mmg tak penah jumpa lagi.....(^_^)

    ReplyDelete
  3. Hehehe...mcm anak dara aku 'aisyah plak...masa ngandung ni susu mmg lah merudum...dia boleh cakap..."Bu, susu dah ilang..."hahaha! Mana la aku tak gelak dgr dia cakap camtu...

    ReplyDelete
  4. Mandique: thanx Mand sudi meninggalkan jejak di sini....Aisyah dh berapa tahun ek? dah nak dapat adik dah ye....

    ReplyDelete