Wednesday, August 8, 2012

Siapa Sahabat Kita...?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan...dahpun tiba ke 10 hari terakhir Ramadhan.

Cepat sangat masa berlalu, kalau boleh nak repeat balik ke hari pertama Ramadhan.

Hari ni...saya terjumpa majalah Solusi edisi ke-4 yang berbicara soal seketul daging dalam diri kita yang bernama H.A.T.I.

Berikut ialah intipati dari majalah Solusi yang saya cubit sikit2 sana dan sini buat peringatan diri sendiri.

Ya. Saya mahu bicara Soal Hati *bukan filem Soal Hati tu ye...*

gambar ambik dari SINI
Siapa kita ditentukan oleh hati kita. 

Bukan itu saja. Siapa kita ditentukan juga oleh siapa 'rakan-rakan' kita. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Jika kita hendak kenal seseorang itu, kita kenal rakannya" (Solusi isu 4 hlm.21).

Saya rasa hadith ini sangat tepat kerana biasanya siapa kita ditunjukkan oleh siapa kawan kita.

Maka siapakah teman yang baik?

Bilal bin Saad seorang tokoh tabiin di Syam berkata:
"Seorang teman yang setiap kali berjumpa memberitahu keburukanmu...lebih baik daripada seorang teman yang setiap kali bertemu memberimu wang".

Tepat sekali. Teman yang baik ialah yang bukan hanya memberitahu hal2 yang ingin kita dengar dan memuji2, tetapi juga memberitahu apa kesalahan kita, di mana silap kita dan menunjukkan kelemahan kita. Itulah teman yang ikhlas.

Pernah terjadi satu keadaan di mana, apabila seorang teman memberi teguran demi teguran di facebook...teman yang memberi teguran itu terus di'delete' dari senarai rakan kerana dituduh menjatuhkan maruah dan menghentam rakannya.

Saidina Umar Al Khattab pula pernah berkata:
"Orang yang paling saya cintai ialah seseorang yang menunjukkan kesalahan2 saya".
Subhanallah. Seorang khalifah pun sanggup merendahkan diri dan menerima teguran..apatah lagi kita yang biasa2 ni (^_^)

Jiwa besar Umar mendorong beliau untuk sentiasa bermuhasabah, mencari dan bertanya orang lain akan kelemahan diri beliau.

Bukan mudah hendak mengakui kelemahan dan mengikis sifat ego. Kebanyakan kita, pantang ditegur terus melenting....walhal bukankah lebih baik kita duduk sejenak...bertafakur dan cek semula mungkin ada kesilapan2 kita di mana2.

Untuk mengaku kesilapan...memerlukan hati yang baik dan bersih.

Untuk 'mencuci' hati memerlukan mujahadah. Ubat kebiasaannya pahit, begitulah juga dengan mujahadah. Ia sangat pahit, perit dan menyeksakan. Tetapi...mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!

Jalan ke syurga memang bukannya mudah.

Sebab itu...Imam al Ghazali pernah berkata:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca Al Quran. Jika tidak kau temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika bertafakur mengingati mati. 
Jika kau tidak temui juga, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".

Maka, rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mati akan hidup, dan hati yang melupakan mati akan mati sebelum waktunya.

Maka jagalah hati. Kerana hati bukan saja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai seseorang itu secara keseluruhan.

Jom kita 'clorox' hati. Campak ego ketepi...muhasabah diri.

Salam Ramadhan....sayang anda semua !!!(*_^)

No comments:

Post a Comment