Tuesday, August 7, 2012

Rindu Haramain...

Salam Ramadhan sekali lagi.

Jom upgrade graf ibadah kita harini jom (^_^)

Malam semalam My Other Half SMS dari kota Madinah al Munawwarah. Oh sangat rindu Madinah.

Rezeki encik suami dapat ke bumi Haramain setahun 3-4 kali atas urusan kerja.

Jemaah Yaskin (syarikat bapa mertua saya) sepanjang bulan Ramadhan ini mencecah 500 orang, patutlah encik suami tak cukup tidur dan nampak lesu sehari sebelum berangkat haritu.

Dulu...

Sebelum berpeluang menjejak kaki ke Madinah, saya ni macam orang takde perasaan...takde feel. Tak pandai nak berkirim salam pada Rasulullah SAW.

Sekali bila dah sampai sana...dah jejak kaki ke Raudhah barulah faham macam mana rasa rindu pada Rasulullah SAW yang selalu orang sebut2 sebelum ni.

Kalau tak pergi maka tak tahu...

Maka sesiapa yang belum lagi menjejak kaki ke Tanah Haram (bumi yang hanya orang Islam berada di dalamnya dan sempadan tanah haram ditandakan oleh malaikat Jibril dengan arahan Allah SWT...betapa istimewanya kita umat Islam)..usahakanlah untuk segera sampai ke sana.

Antara Makkah dan Madinah, hati saya lebih terpaut pada Madinah.

Tapi di Makkah saya rindu Kaabah dan ini.........

Aiskrim Makkah. Tiap kali balik Masjdil Haram tak dapat menahan diri mesti nak beli jugak...huhuhu
Saya sangat suka Madinah kerana:

Pertama: ...ada Rasulullah SAW bersemadi di situ...
Kedua: Madinah lebih sejuk, nyaman dan lebih tenang...kota paling tenang di dunia.
Ketiga: Orang Arab Madinah lebih cool dan mesra....berbeza dengan Arab Makkah yang kasar *tak sama langsung dengan akhlak Rasulullah SAW...huhu*

Kalau duit banyak, lupakanlah dulu segala gajet2 mahal yang harga ribu riban itu dan simpan duit untuk ke sini.

Encik suami akan pulang beberapa hari lagi...dan saya masih berfikir2 apa barang nak dikirim. *Dalam kepala duk terbayang2 jubah2 elegan di Madinatul Azya' (depan Elaf Taiba Hotel) yang harganya 200-800 Saudi Riyal itu....

Dan terfikir nak kirim encik husband belikan berus gigi kanak2 *what? berus gigi..?*. Entahlah dalam banyak2 berus gigi kanak2 di dunia ni saya terpaut yang dibeli di Riyadh awal tahun ini...rasanya brand yang sama boleh ditemui di mana2 cawangan Hyper Panda (orang Arab sebut 'Hyber Bandah') atau di Bin Dawood di serata bumi Saudi.

Harap ada rezeki menjejak Haramain dalam bulan Ramadhan pula. Walaupun orang selalu kata saya boleh ke sana anytime, just say 'yes' dan encik husband akan book tiket...tapi komitmen saya terhadap anak2 lebih besar.

Lebih2 lagi next year anak sulung dah nak masuk darjah satu..lagilah tak boleh nak berjalan sakan macam sebelum2 ni.

Insya Allah ada rezeki nanti....*pssst....pembaca sekalian berbuka apa petang ni eh?*

Bakal CEO Yaskin Travel ececece....anakanda Wifaq yang riang ria sepanjang di Madinah

Depan kedai jubah Madinatul Azya'......susah betul nak bergambar dgn budak2 kenit ni
Dengan kakak Turki yang datang nak bergambar....
Insya Allah ada rezeki kita ke sana bersama2 lagi ye (*_^)

2 comments: