Salam 24 Ramadhan.
Allahuakbar...tinggal 3 hari je lagi (sebab Malaysia puasa 29 hari je...) tawaran hebat mengumpul pahala berganda2.
Sempat ke ni...sempat ke? tsk tsk
Harini Ahad. Tertengok Melodi, seorang lagi artis diberi hidayah untuk berhijrah iaitu Sharifah Aleya. Nampak sweet sangat beliauy bertudung moga2 istiqamah.
Alhamdulillah encik husband sudah selamat tiba dari Madinah. Masih letih dan belum dapat cover tidur dengan selena2nya.
Jam 9 sampai rumah bersama seorang jemaah warga emas.
Jam 11.30 pagi ke KLIA semula (dengan kami semua) untuk hantar jemaah tersebut.
Kesian pakcik tu tak pandai nak check ini sendiri.
Tapi lagi kesian tengok encik husband yang keletihan.
Duduk2 kat KLIA tu, apalagi tak sah kalau tak masuk The Body Shop.
Kebetulan ada offer Mega Sale sekarang.
Kebetulan pencuci muka pun dah nak habis...dan satu tube lagi nak kena bawak balik kampung sempena raya.
Encik suami kata ada sorang jemaah beliau mukanya habis menggelupas dan berkuping2.
Sampai kena makan ubat dan dan sapu krim farmasi.
Kesiannya.
Saya teringat waktu saya menunaikan umrah awal tahun ini...
Alhamdulillah kulit (muka) takde masalah langsung.
Ada sorang jemaah encik husband (seorang tokey batik di Kelantan, rasanya mau taraf jutawan tu tapi sangat humble)...Kak Ni namanya.
Satu hari dalam bas nak pergi ziarah, Kak Ni datang tanya:
"Mintak maaf dik Kak Ni nak tanya ni...adik pakai krim apa kat muka? Nampak elok je tak kering tak menggelupas.
Sebenarnya saya main capai aje krim apa yang ada kat rumah.
Kebetulan saya memang pengguna setia krim Vitamin E The Body Shop.
Vitamin E ada dua jenis krim. Satu untuk siang, satu untuk malam.
Saya bawa yang malam punya i.e Vitamin E Moisture Cream (yang tutup hitam), sebab kat Mekah tu konfem keringnya lain macam.
Moisture Cream ni formulasinya agak likat dan kalau guna kat Malaysia muka jadi berminyak sikit tapi hasilnya kulit jadi moist sangat.
Jadi saya nak rekemen kalau ada sahabat2 yang nak pergi umrah atau haji, boleh guna krim ini.
Cuma, ia ada sedikit bau harum.
Kalau rasa2 tak yakin, elok jangan guna dalam ihram.
Tapi menurut ustaz, krim ni ada bau pun harus sebab kita memerlukan dia demi kemaslahatan kulit.
Wallahua'lam sila rujuk pendapat pakar kalau nak gunakan jugak dalam ihram.
Sebab biasanya memang dh ada krim khas Elhajj tu (yang bebas haruman) kalau nak pakai dalam ihram...cuma krim tu saya tak suka nak guna dekat muka (tak tau kenapa...)
Pic taken from thebodyshop-usa.com |
tula vit e mmg bgs utk kulit tapi hanis tak amek pun huwaa asik tak jd je nk beli, tapi kak shana mmg gojes tgk kat gambar, kalau jumpa face to face mesti lg gojes mojes!
ReplyDeleteHuikkkk gojes apa bendanya Hanis oiii..tak nampak kedut2 sebab jauh..heheh. Alhamdulillah yg ni je serasi ngan akak Hanis...:P
ReplyDelete