Salam Ramadhan (lagi...)
Entry yang ni untuk memenuhi permintaan sahabat handai dan rakan taulan yang bertanya resipi Pasta Bakar yang saya buat waktu iftar jamaie baru2 ni (Sebenarnya tiap2 tahun buat waktu iftar jamaie dan jamuan raya...)
Baru siap bakar (^_^) |
Setiap kali buat, setiap kali itulah orang tanya resipi.
Kadang2 post thru email. Kadang2 tulis atas kertas bila jumpa kat mana2...kadang2 PM kat Inbox di facebook...
Lepas ni, insya allah lebih mudah refer di blog saja.
Dah berapa ratus kali buat barulah terasa nak tulis resipi kat blog hihi.
Yang terakhir saya buat adalah last 2 days...macam biasalah ada yang tukang request jadi buatlah nak raikan orang puasa.
Letih jugak. Balik dari KLIA, berkejar cari bahan kat Giant dan balik rumah masak.
Siap je masak...rasa sakit kepala...
Masa jamuan raya tahun lepas, Pak Lang saya dan anaknya Abg Hafez duk puji katanya sedap sangat.
"Kombinasi bahan yang kau guna memang menjadi la...sedap betul", kata Pak Lang. Lepas tu dia sambung sambil perli2 Mak Lang (sabo jelah aku pakcik ngan makcik aku ni):
"Ada orang, dia jarang2 masak...tapi sekali dia masak menyengat terus. Ada satu jenis orang lagi, dia memang rajin masak tapi takdelah sedap mana pun macam orang tu...(sambil jeling2 maklang...)".
Paklang dengan Maklang saya ni memang jenis couple happy go lucky dan kelakar. Selamba je kat mana2 pun.
Dah kena senduk dek insan2 kelaparan..hehe :P |
Baiklah. Akhirnya saya share resipi di sini ya.
Asalnya saya ambil dari myresipi.com tapi ada beberapa bahan yang saya olah sendiri selepas bebarapa kali trial and error.
*Pasta ni boleh juga dibuat oleh mereka2 yang takde oven kat rumah sebab biasanya saya bakar atas dapur je. Tapi pastikan ia diisi dalam bekas bertutup.
Biasanya saya guna bekas kaserol kaca tu je dan bakar dengan api paling kecik sekali. Pastikan bekas tertutup rapat.
Fungsi api hanya untuk cairkan cheese je sebab bahan2 lain semua dah sedia dimasak.
Resipi yang saya bagi ni memang Insya Allah sedap kalau anda ikut step2nya (^_^)
BAHAN-BAHAN (7-8 orang)
1 tiub/ peket daging AYAM cincang (*mesti ayam. Kalau suka daging pun boleh tapi rasa dia kurang menjadi...)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin/botol sos spagetti (*Saya selalu guna jenama Kimball perasa Mushroom atau Selasih. Nak yang original pun boleh)
1 tin cendawan butang - dihiris (*boleh juga guna shiitake atau portobello mushroom yang segar)
1 biji lada benggala - dihiris nipis
1 kiub pati ayam
1 batang carrot – dihiris nipis
1 batang celery – dihiris nipis
1 camca teh Oregano kering
Satu pokok daun parsley segar (kalau takde, boleh juga guna dried Parsley jenama McCormicks tu)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano (*tapi saya suka Cheddar rasanya lebih umpphhh dan lebih mudah cair bagi yang membakar atas dapur)
Sedikit minyak zaitun utk menumis
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Bahan sos putih :
2 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1 kotak susu segar (biasanya guna separuh je)
Sedikit lada hitam.
Cara-cara
-Rebus pasta dalam seperiuk air. Masukkan sedikit minyak dan garam agar tidak melekat.
Lada hitam
Bahan sos putih :
2 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1 kotak susu segar (biasanya guna separuh je)
Sedikit lada hitam.
Cara-cara
-Rebus pasta dalam seperiuk air. Masukkan sedikit minyak dan garam agar tidak melekat.
-Sementara tu, di kuali lain, masukkan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
-Kemudian masukkan daging ayam cincang. Goreng hingga ayam masak tapi jangan terlalu kering.
-Masukkan carrot, cendawan, capsicum dan celery.
-Masukkan sos spageti. Jangan terlalu kering dan jangan terlalu berkuah.
-Masukkan carrot, cendawan, capsicum dan celery.
-Masukkan sos spageti. Jangan terlalu kering dan jangan terlalu berkuah.
-Masukkan kiub ayam dan pecahkan hingga rata dan oregano.
-Masukkan pasta yang sudah direbus dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah dan lada hitam.
-Masukkan garam secukup rasa. Agak2 sedikit pekat, tutup api.
-Dalam periuk lain, buat sos putih. Masukkan butter atas api kecil dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan tepung gandum dan kacau laju menggunakan senduk kayu.
-Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai sos pekat dan melekat di belakang senduk kayu kemudian tutup api.
-Dalam bekas tahan panas (bekas pyrex ke, luminarc ke..yang boleh hidang terus lepas masak), sapukan butter ke seluruh permukaan bekas.
-Masukkan bahan2 yang digoreng tadi. Padatkan.
-Kemudian tuang sos putih hingga rata dan meleleh ke bawah (kalau guna bekas kaca boleh nampak), taburkan keju parut hinggan rata dan tak nampak langsung pasta...kemudian taburkan hirisan parsley di atasnya.
-Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau kalau bakar atas dapur, gunakan api paling kecil dan tutup api sebaik nampak semua keju mencair.
-Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau kalau bakar atas dapur, gunakan api paling kecil dan tutup api sebaik nampak semua keju mencair.
-Ok dah boleh makan :)
Jemput mamam...oopp lupa, puasa (^_^) |