Sunday, November 13, 2011

Tiada Yang Setanding Barry Manilow!

Salam 'Alayk...
Phew lama sungguh empunya diri tak menjenguk blog. 
Hari ini...tiba2 terasa nak mencoret sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya coretkan di mana-mana.

Anda kenal siapa Barry Manilow?
Kalau tak kenal, sila klik pada lagu EVEN NOW di sebelah kanan blog saya yang cumil ini.
Itu salah satu lagu hit beliau.


Jika anda seusia saya, kemungkinan besar anda mengerutkan dahi berserta tanda soal besar.
Yang mengenali nama ini biasanya insan2 yg berusia sekitar 40-60 pada hari ini.
Mereka yg seusia saya pastinya kurang mengenali siapa Barry Manilow.

Baiklah. Saya akan cerita mengapa saya begitu obses dengan lelaki ini yang...menginjak usia 20an barulah saya tahu bahawa beliau seorang Yahudi.
Jadi apa patut saya lakukan dengan koleksi album dan lagu2 beliau yg banyak tersimpan di rak dan dalam komputer saya?
Saya akan terus menikmati muziknya kot....what else can I do?
Takkan nak buang semua album2 yg mencecah ratusan ringgit itu?
Harap Allah ampuni saya kerana kelalaian zaman muda saya yang satu ini.


Saya simpulkan diri saya sebagai seorang yg sangat cerewet dalam banyak hal..
termasuk jenis muzik, irama yang bakal jadi halwa telinga saya.
Sejujurnya saya tidak pernah benar2 meminati mana2 artis terutamanya yang sezaman dengan saya.
Mungkinkah saya tua sebelum waktunya?
Kebanyakan album dalam koleksi saya adalah artis dari era 70an...seperti Chicago, Eagles, ABBA dan terutamanyalah pakcik Barry Manilow ini.


Kali pertama saya mendengar lagi beliau adalah sekitar Tingkatan 3-4. Sewaktu rakan seusia duk sibuk melayan lagu2 Melayu yang meleret (bagi yang layan lagu Melayu) dan mereka yang fanatik boybands pula sibuk dengan single terbaru Backstreet Boys...
Saya hanya layan Barry Manilow.
Biasanya saya mendengar saluran Light & Easy (berlagak kan...xdengar saluran Melayu...waktu IKIM.FM pun jauh panggang dari api hendak wujud...)
Dari situlah saya pertama kali mendengar lunaknya suara Pakcik Barry mendendangkan lagu Somewhere In The Night.
Liriknya bagus dan jelas...(membolehkan saya memantapkan Bahasa Inggeris dengan baik~alasan!)
Iramanya menusuk ke hati...lontaran vokalnya xpernah saya jumpa pada mana2 penyanyi lelaki lain.
Kebanyakan lagu beliau dicipta sendiri.
Kalau nak tahu, beliaulah yang mencipta jingles KFC dan McDonald yang popular hingga ke hari ini.
Pendek kata...beliau sangkat berbakat. He's living legend!
Dan selepas itu saya cari maklumat siapa dia Barry Manilow.
Saya terjah MPH (waktu itu MPH bukan hanya jual buku tapi juga cakera padat dari penyanyi2 terkemuka dan berprofail tinggi)
Sejak itu...asal jumpa album Barry Manilow saya akan beli!
Gila betul budak ni.


 Kisah hidup beliau ada dipaparkan di Channel BIO. True Story (yang mana saya xdapat tengok sebab xsubscribe..huhu)
Album debut beliau tidak ke mana dan gagal menaikkan nama beliau.
Tuah beliau bermula dengan album kedua beliau yang menjuarai carta Billboard dengan single 'Mandy' (yang telah dipopularkan semula oleh...err...Westlife kalau xsilap saya) dan mula mengglamerkan beliau di era 70an.


Kalau dengar lagu2 pakcik Barry ni...hampir kesemuanya boleh jadi hits. 
Semuanya jadi inspirasi saya..peneman saya menulis novel di malam hari pada malam2 hujung minggu yang sunyi tatkala saya pulang ke rumah dan bercuti dari asrama.
Novel2 saya pun turut jadi hits juga hasil inspirasi lagu2 beliau.
Tapi novel2 saya hits di kalangan rakan sebaya, junior...dan senior di asrama sahaja.
Kenapa? Disebabkan masa itu saya baru Tingkatan 4 dan mana ada kemudahan untuk menaip.
Saya tiada pilihan selain tulis tangan.
Itupun setiap malam ada yg curi2 baca novel yg saya sorokkan bawah bantal..kot2 saya sudah update page baru.
Ada sekali...saya ternampak seorang senior tertunduk2 baca sesuatu di bilik prep...rupa2nya beliau baca novel saya.
Ah melalut sudah...tajuk entry kan tentang Barry Manilow!!!


Inilah rupa Barry Manilow masa muda...takde la hensem mana pun..tapi suara dan bakat beliau anugerah yang tidak ternilai (komen ala2 wartawan hiburan gitu...)
Hidung Pakcik Barry yang menjadi trademark beliau....
Dari segi penjualan album dan hayat karier beliau yang panjang...beliau merupakan salah seorang penghibur kontemporari paling berjaya dalam Sejarah.
Apa kesimpulan yang saya dapat?
Beliau seorang Yahudi yang diketahui sangat mahir dalam bidang muzik. Walau apa bidang mereka ceburi, mereka akan melakukannya bersungguh2.


Berikut adalah antara anugerah yang pernah Pakcik Barry raih:
  1. 1977 Grammy – I Write The Songs – Song of the Year (award went to the song's writer Bruce Johnston)
  2. 1977 Emmy for Outstanding Special – Comedy, Variety or Music – The Barry Manilow Special
  3. 1977 Special Tony AwardBarry Manilow on Broadway
  4. 1978 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  5. 1979 GrammyCopacabana Best Pop Male Vocal Performance
  6. 1979 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  7. 1980 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  8. 2002 Songwriter's Hall of Fame
  9. 2006 Emmy for Outstanding Individual Performance in a Variety or Music Program – Barry Manilow: Music And Passion
  10. 2007 RIAA – Plaque commemorating worldwide record sales of 75 million
  11. 2009 Clio Awards Honorary award for prior work with commercial jingles
  12.  ? Kentucky Colonel
  13. 2009 Inducted into the Hit Parade Hall of Fame
KOLEKSI SAYA (Kalau dari dulu saya tahu beliau berbangsa 'itu' sumpah saya tak beli)


Dan ini pula antara album2 beliau yang masih dalam simpanan dan saya masih mendengarnya hingga ke hari ini (cuma saya malas nak berkongsi mengenainya di Facebook sebab saya tahu ramai yang tidak kenal beliau...):


Album ini dikeluarkan ketika saya masih bayi





dan lagi...

dan lagi...sungguh klasik bukan? Anda yang tidak kenal saya tentu menyangka saya di ambang usia 40-50an....huhuhu...tua sebelum waktukah saya?
Of all the albums I got, inilah feveret saya...semua lagu2 di dalamnya sedap di dengar
Rasanya saya tidak akan meminati mana2 penghibur lain selain beliau di masa2 akan datang.
Reason being, saya sudahpun mencecah angka 31 tahun ini baru2 ini...dan sudah tiba masanya saya menumpukan pada soal2 akhirat.
Barry Manilow adalah kenangan zaman remaja saya...yang banyak mempengaruhi saya dalam memilih genre muzik yang 'kena' dengan jiwa saya...
Dan kenangan itu akan kekal.


Okay...saya akan share sedikit lagu2 beliau ysng menjadi all time favourite :)




I Can't Smile Without You dan Somewhere In The Night




Download this mp3 from Beemp3.com













Download this mp3 from Beemp3.com

2 comments:

  1. ok..kompem sy xkenal..
    hehehe..
    btw muzik itu kan universal..
    kite bebas memilik..

    bak kate lirik nasyid :
    "berhibur itu tiada salahnya..kerana hiburan itu indah"

    s0 skung dah kenal siapa itu pak cik barry~

    chup..nk tanye..puan tulis n0vel kah?
    w0w..im t0tally amazed!
    :)

    ReplyDelete
  2. Novel...bolehlah...penulis kecil-kecilan...:)

    ReplyDelete