Assalamualaikum
Sekian lama tak menjenguk blog. Masa tidak mengizinkan dan kerana lately saya diserang penyakit hilang mood untuk melakukan sebarang penulisan. Letih otak!
Baru-baru ini saya melakukan pemeriksaan kolestrol. Mengapa? puncanya saya diserang sakit di bahagian belakang tengkuk kiri hingga ke bahu kiri. Kemudian diserang selsema dan batuk. Suami saya sudah mengesyaki sesuatu yang pelik kerana kebiasaannya saya jarang jatuh sakit.
Awalnya saya menyangka ia hanya sakit urat. Jadi saya minta suami belikan Salonpas. Sakit tidak juga hilang. Tukang urut dipanggil ke rumah, pun sakit tak hilang2 juga. Kemudian pergi ke klinik dan doktor hanya beri painkiller dan ubat sakit urat, pun sama juga.
Akhirnya barulah dapat dikesan..bahawa saya mengalami hypertensi! Puncanya saya kurang rehat, kurang tidur. Tapi, entry ini bukan nak cerita bab hypertensi tetapi bab kolestrol tadi.
Alhamdulillah. Paras kolestrol saya berada di tahap yang ideal. Untuk tubuh seperti saya, paras yang ideal ialah antara 8-11 (kilo? g? kg? saya x tahu penunjuk aras untuk kolestrol..help...). Saya punya ialah 11.
Awalnya saya menyangka ia hanya sakit urat. Jadi saya minta suami belikan Salonpas. Sakit tidak juga hilang. Tukang urut dipanggil ke rumah, pun sakit tak hilang2 juga. Kemudian pergi ke klinik dan doktor hanya beri painkiller dan ubat sakit urat, pun sama juga.
Akhirnya barulah dapat dikesan..bahawa saya mengalami hypertensi! Puncanya saya kurang rehat, kurang tidur. Tapi, entry ini bukan nak cerita bab hypertensi tetapi bab kolestrol tadi.
Alhamdulillah. Paras kolestrol saya berada di tahap yang ideal. Untuk tubuh seperti saya, paras yang ideal ialah antara 8-11 (kilo? g? kg? saya x tahu penunjuk aras untuk kolestrol..help...). Saya punya ialah 11.
Walaupun suka mencuba makanan baru di restoran...hanya insan2 yang mengenali saya dengan rapat mengetahui bahawa saya sangat2 cerewet memilih makanan dan biasanya memilih makanan berunsur kesihatan.
Ada tiga outlet makanan yang saya sangat suka: NANDO's, TUTTI FRUTTI dan SUBWAY...dan ia sebenarnya adalah makanan kesihatan yang sesuai untuk orang yang ingin berdiet. Mahu makan di luar tetapi menjaga kesihatan dan figure dalam masa yang sama.
Follower wall Facebook sangat maklum tentang kegilaan saya terutamanya Tutti Frutti. Saya akan ceritakan mengapa 3 jenama di atas menjadi pilihan.
NANDO's
Sekali lihat dan dengar, anda akan menganggap ianya restoran makanan segera biasa sama seperti McDonald, KFC, Kenny Rogers dll.
Tetapi untuk tahu nature sesuatu makanan baru, anda harus mencubanya kan? (dengan syarat ia HALAL)
Saya suka Nando's kerana ayamnya dipotong mengikut Butterfly Cut dan tidak berlemak. Ia dipanggang menggunakan sos Peri-Peri dan dibuat mengikut perminttan pelanggan.
Dalam erti kata lain, Nando's bukan restoran makanan segera in it's real sense. Jika ada demand, barulah ia akan dipanggang dan akan dihidang panas2.
Saya peminat makanan pedas dan biasanya saya akan request untuk Extra Hot flavor. Saya kurang gemar Kenny Rogers kerana ianya tidak pedas pada tekak saya walaupun bertimbun lada hitam.
Kentang gorengnya dibakar dan bukan digoreng.
Saya kurang gemar ayam2 di restoran fast food lain yang biasanya digoreng dengan minyak yang banyak dan berulang kali guna.
Biasanya peminat Nando's adalah pemakan pedas tegar seperti saya. Of course, lain orang lainlah citarasanya...kan?
TUTTI FRUTTI
gambar ambil dari google...:P |
Ini lagi satu yang sangat2 saya suka...bukan saya saja...tetapi termasuk emak dan anak2 saya.
Saya memang penggemar yogurt.
Hendak dijadikan cerita, sejak lahir dan sejak kecil...ketika tinggal di Mesir ayahanda saya sering memberi saya yogurt sebagai sarapan pagi.
Apabila pulang ke Malaysia, yogurt hanya muncul di pasaraya2 tempatan hanya sekitar tahun 1989-1990. Saya masih ingat kerana sebelum itu...jika teringin makan yogurt ayahanda saya akan memasaknya sendiri menggunakan alat membuat yogurt yang dibelinya di Mesir.
Itulah puncanya mengapa saya sangat menggilai yogurt.
Dalam peti sejuk di rumah saya juga wajib ada yogurt.
Sejak Tutti Frutti muncul, kedai ini menjadi tempat kunjungan wajib saya.
Kerana ia frozen yogurt...dan rasanya nun jauh lebih sedap daripada yogurt biasa.
Ada orang kata TF ni tak berapa sedap dan sedap lagi aiskrim biasa.
Pada saya...saya memilih sesuatu bukan hanya kerana sedap...tetapi kerana ia adalah kombinasi: 'boleh diterima tekak+menjaga kesihatan'.
Bukan semua yang dijual di kedai itu baik.
Jadi terpulang kepada kita untuk memilih.
Saya ada seorang sahabat yang malas memasak, suka makan di luar dan sering sakit.
Ada orang selalu makan di luar, tetapi masih boleh maintain figure dan kesihatan yang baik.
Mungkin kerana walaupun secara zahir nampak macam makan di luar, tetapi perhatikan apa menu yang mereka pilih...
Apa yang menarik tentang TF ialah, konsepnya DIY. pelanggan masuk, pilihsaiz mangkuk yang dikehendaki, lepas itu pergi ke mesin dan pilih perasa kegemaran anda.
Setakat ini saya tidak berapa gemar perasa yang selain buah2an seperti Chocolate, Mocha dan Red Velvet (tapi Red Velvet klu dicampur dengan perasa TF Original akan jadi marbeles...ditambah topping buah2an seperti kiwi,strawberry, pic dan laici.
Perasa2 buah2an yang lain semuanya feveret saya tetapi bukannya semuanya ada setiap hari. Hari ini lain, esok lain.
Yang paling saya suka: TF original, Strawberry-Banana, Raspberry, Mix Berries, Pomegranate (tak ingat nama sebenar..hohoho). Ada juga perasa Mango, Kiwi, Orange, Grape dll.
Tentang topping, mula2 dulu saya suka letak segala macam buah2an tapi sekarang dah bijak sikit.
Demi mengurangkan timbangan (sebab nak jimat...TF ni harga boleh tahan juga: RM5.30 per 500gm. 500gm tu banyak manalah sangat..) saya suka letak conrflakes (utk dpt rasa crunchy2) dan sejenis buah saja.
TF dibawa masuk ke Malaysia oleh Kumpulan NAZA. Hebat2 idea depa ni.
SUBWAY
Outlet di Malaysia tidak ada ham...gambar ni saya rompak dari website Subway Internantional :P |
Subway ada membuka outlet berdekatan rumah emak dan ayah saya di Shah Alam, sama seperti Nando's dan Tutti Frutti yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Konsepnya lebih kurang Tutti Frutti iaitu: You Create It! cumanya ada staf dia yang melayan kita dan kita cuma tunjuk apa yang kita nak.
Woohoo..
Jarak dari rumah hanya 10 minit berjalan kaki. All in one place. Ayahanda saya memang bijak pilih lokasi membeli rumah.
Subway adalah kedai sandwich sebenarnya.
Ada orang yang berjaya menguruskan badan dengan berdiet dengan hanya memakan sandwich Subway.
Biasanya saya beli yang bersaiz 6 inches...dengan roti PARMESAN-OREGANO.
Inti di dalam saya suka ayam especially grilled chicken with extra cheese...lebih sayur2an seperti lettuce, pepper, tomato dan disudahi dengan mustard dan sos.
Pernah sekali kami ke Secret Recipe, dan rakan pelik melihatkan menu yang saya pilih: Grilled Seabass dan Green Tea Blended yang keduan2ya rasanya sungguh tak sedap jika anda tak suka.
Tapi itulah prinsip saya...anything good for your health saya akan telan dan akan kata sedap!
Sekian saja buat kali ini.
Salam.
No comments:
Post a Comment