Friday, November 25, 2011

Our 6th Anniversary

Assalamualaikum :P

Mula2 tadi niat di hati nak tulis benda lain...kenapa benda lain pulak yang keluar? (garu kepala)

Lusa is our 6th Wedding Anniversary..that is on 27th November 2011.

This was 6 years ago...when I was 25...

Enam tahun yang membahagiakan, alhamdulillah.
Enam tahun dengan tiga kanak2 memeriahkan rumah dan tangga ini...syukur alhamdulillah.
Saya teringat kisah enam tahun lalu...terdapat suara2 sumbang yang mengatakan anak tunggal seperti saya sukar nak dapat zuriat.
Well, sudah terbukti sangkaan mereka salah.
Saya pun tak nafikan banyak persepsi negatif tentang anak tunggal...
Tapi percayalah...saya bukanlah typical anak tunggal seperti yang selalu anda lihat dan dengar.

And this is us in 2011...



Adik ipar saya sendiri pun pernah kata: "Tak sangka akak pandai masak, hias rumah, menjahit..bla bla bla...ingatkan anak tunggal tak pandai semua ni".
Saya hanya ketawa. Saya tak salahkan orang kerana persepsi itu...sebab hakikatnya mmg kebanyakan anak tunggal dimanjakan berlebihan hingga tak reti berdikari.

Terima kasih kepada Mama dan Baba saya...yang telah mendidik saya menjadi orang yang boleh berdiri atas kaki sendiri.
Sejujurnya, saya sudah dilatih memasak sejak sekolah rendah...seawal darjah dua...
Sering ditinggalkan sendirian di rumah (mak dan ayah sering outstation) selama seminggu atau lebih...dan thank God saya baik2 saja tanpa apa2 bencana menimpa.
Sewaktu ayah bertugas di UiTM Melaka dan emak di Shah Alam, saya sering diimport ke Melaka untuk jadi tukang masak ayahanda...
Jadi soal masak memasak dan mengurus rumahtangga alhamdulillah saya boleh handle dengan baik2 saja.

Saya bukan anak tunggal yang manja!
Saya juga pernah ditali pinggangkan oleh ayah sewaktu darjah 4 akibat main perang2 dalam hutan dengan budak2 lelaki di kampung arwah nenek di Kg. Jawa, Kelang.
Sekarang hutan itu dh jadi taman perumahan. Sungguh tak best jadi kanak2 zaman ini...kenalkah mereka dengan biji getah?

Berbalik kepada kisah perkahwinan saya..
Suami saya akui sedikit mencabar nak memperisterikan anak tunggal.
Ayahanda saya meletakkan pelbagai syarat....sampaikan ada yang menyangka ayahanda saya sengaja letakkan syarat2 begitu supaya perkahwinan kami tak terjadi.
Tetapi saya dapat lihat kini ayahanda saya sangat sayangkan menantu tunggalnya...
Malah suami saya akui, kalaulah beliau punya anak perempuan tunggal maka beliau akan lakukan perkara yang sama!
Alhamdulillah syukur untuk segala2nya....

Sejak sekolah rendah saya berdoa semoga Allah temukan jodoh saya dengan lelaki yang WAJIB lepasan sekolah agama, yang mempraktikkan ilmu2nya, yang mampu menjadi IMAM dan membimbing keluarganya.
Hari ini setelah enam tahun berlalu...beliau masih lelaki yang sama saya kenali dahulu...
Yang sabar, tidak pernah meninggi suara dengan sesiapa hatta anak2, tidak berkata yang buruk2 tentang orang lain...
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Dan aura positif beliau telah terlampias kepada kami sekeluarga.

Kata orang, 5 tahun pertama adalah fasa ujian. Jika berjaya melalui 5 tahun pertama dengan baik, maka tahun2 seterusnya Insya Allah...(dengan izin Allah jua)

Saya tidak mahu bercerita terlalu banyak di sini...bimbang orang meluat pula macamlah kita sorang yang bahagia nak bercerita sangat itu dan ini.
Semoga tahun2 akan datang menjanjikan kebahagiaan kekal abadi buat kami sekeluarga...dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kemurahan rezeki.
Tidak penting untuk mendapat pasangan kaya...tetapi yang sangat penting ialah pasangan yang mampu membimbing kita ke syurga...

Memetik kata2 dari Majalah Solusi:
"Orang yang kaya hati akan merasa cukup walaupun miskin dan serba kekurangan. Tetapi orang yang miskin hati akan sentiasa merasa kekurangan walaupun hakikatnya mereka kaya raya".

Salam Maal Hijrah.



2 comments: