Assalamualaikum :P
Salam Jumaat yang tenang dan ceria.
Dari zaman kecik2...saya memang selalu suka hari Jumaat.
Waktu sekolah rendah suka Jumaat sebab jam 12 dah boleh balik rumah.
Sekolah menengah...suka Jumaat sebab hujung bulan boleh balik kampung, kalau tak hujung bulan dewan makan sediakan makanan spesel sikit dari hari biasa...
Bila dah kerja...suka Jumaat sebab kelas pagi sahaja.
Lepas tu bolehla melepak atau merayau sepanjang hari...atau duk sembang2 kt bilik orang lain.
Hari Jumaat biasanya tenang dan damai...
Biasanya akan saya mulakan dengan Zikir2 Tok Guru Amalan Setiap Hari Jumaat.
Tajuk entry adalah mengenai minyak..
Tapi tak ada kene mengena dengan naik minyak.
Jadi sila abaikan tajuk itu...huhuhu
Rakyat Malaysia akan naik minyak sekiranya harga minyak naik...tetapi minyak yang biasa saya gunakan harganya memang sejak azali sudah mahal..jadi takde sebab nak naik minyak. Hewhew
Saya nak cerita tentang minyak terkini dalam pasaran keluaran Sime Darby.
Pertama sekali, saya memang bagai cacing kepanasan jika melihat ada brand dan produk baru dalam pasaran. Mesti nak cuba juga...dan lepas tu boleh review.
Kalau bagus, beli lagi..kalau xbagus, xpayah beli lagi dan larang orang lain beli sama. Haha.
Saya gunakan 2 jenis minyak masak: Olife dan Alif..adik beradik seibu tapi satu nama Islamik, satu nama omputeh hehe :P Maklumle yang adik tu lahir oversea gamaknye... |
Janganlah tertanya mengapa saya guna 2 jenis minyak untuk memasak. (sebenarnya 3 jenis...termasuk Extra Virgin Olive Oil)
Kedua2 minyak di atas adalah produk tempatan keluaran Sime Darby. Saje nak try sebab ada cousin kerja kt Sime Darby dan pernah dapat barang free dari beliau...
See...sedikit kebaikan akan mencetuskan kebaikan yang lain pula...
Alif ialah minyak biasa yang saya gunakan untuk deep frying.
Tetapi biasanya yang ini lambat habis sebab di rumah kami jarang2 makan makanan yang perlu kepada deep frying.
Adalah sesekali kalau teringin makan ikan masin...atau nugget...dll
Yang satu jenis lagi ialah minyak yang baik untuk kesihatan...brand Olife ni ialah minyak canola (Canola Oil).
Sebelum2 ni saya bertukar2 jenis dan jenama minyak...
Kadang2 Soybean Oil..kadang2 Sunflower Oil..kadang2 Canola...kadang2 yang blended punya...asalkan bukan minyak biasa.
Minyak2 ini kaya dengan lemak baik dan low in cholestrol...
Yang pasti...semahal mana pun minyak..saya takkan sesekali ulang guna minyak yang dah digunapakai.
Sekali guna terus buang.
Walaupun ada sesetengah jenama yang kata boleh 2 kali...but don't believe it.
Itu salah satu sebabnya mengapa saya agak tak berapa gemar nak beli makanan bergoreng di pasar malam atau di kedai2...
Cubalah tengok minyaknya....hitam legam!
Bayangkanlah berapa banyak penyakit yang akan dibawa masuk ke tubuh anda...
Tapi kalau sesekali terpaksa atau teringin..baca sajalah
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai un fil ardhi wala fissamaai wahuassammi'ul alim...:P
Terutamanya sebagai kaum ibu yang merupakan 'chef' di rumah...
Saya rasa bersalah betul jika memasak tetapi memasukkan bahan2 yang tidak sihat untuk dimakan seisi keluarga terutamanya anak2
Saya jadi takut...kalau disebabkan memakan masakan yang saya masak..
Seisi keluarga dapat mudharat.
Mulai hari ini...
Mari kita jalankan amanah ini dengan baik.
Renung2kan...dan selamat beramal (pinjam tagline Prof Izzy...:P)
Hahaha... minyak oh minyak :P
ReplyDeletemak sy p0n gune 2 minyak..
ReplyDelete1 minyak biase (lupe name die) satu lagi minyak jagung (pon lupe name)
mule2 mcm xphm..
nape kena ade 2 minyak..
at last baru phm..
naluri ibu utk lindungi keluarganya terlalu tinggi..
hehehehe~
blog ilmiah.bes3x
ReplyDelete