Tuesday, November 15, 2011

Resipi HOT POT POTATO TAK PAYAH GUNA OVEN :P

Salam 'Alayk.
Beberapa hari ini saya super duper busy.
Mood memasak atau untuk apa2 pun tiada.
Tapi bila dah terpergi ke Giant...dan tertengok pula sayur2 yg hijau segar..
Terlihat pula2 bahan2 mentah dan masakan yang kelihatan menggeramkan hati seorang tukang masak tidak profesionalseperti saya..
Akhirnya terbeli...termasak...dan terupdate dalam blog.
Haih...

Saya nak share beberapa resipi yang telah berjaya saya masak beberapa hari lepas.
Ada yang untuk breakfast dan ada yang sesuai utk dinner.
Saya ambil idea ini dari insan2 lain yang lebih pakar tetapi saya olah guna bahan2 yang saya suka dan wujud dalam peti sejuk saya.
Ada antara cara masakannya pun saya ubah mengikut selera sendiri.

Semalam saya buat HOT POT POTATO.
Resipi ini saya dapat ideanya dari blog Cik Fazlinil Irma. Saya suka blog ni dan rajin pula melawatnya setiap hari.
Kalau nak tahu resipi asal sila klik sini. 
Terima kasih Cik Irma kerana share resipi...:P

Jadi ini rupa HOT POT POTATO versi saya.
Yang bezanya saya punya dgn Cik Irma ialah saya takde oven besar dan kena bakar atas dapur...jadi bimbang kentang xmasak...saya goreng dulu kentang2 tu dan hiris secara crinkle cut....
Sape2 yang ada oven xperlu goreng dulu.
Cuma teknik menggoreng ni memberikan rasa yang enak pada kentang.

Hot Pot Potato My Version....
Pandangan dari atas...

Close up..itu daun Rosemary petik dari pasu halaman rumah...feeling Martha Stewart kejap :P
Jemput makan! :P

Resipinya ini ha :) 

Bahan2: (untuk 5-6 orang makan)
~Beberapa biji kentang (saya kupas, hiris bulat2 menggunakan pisau yg ada ketak2 tu...supaya dpt bentuk crinkle cut nampak kiut sikit. Rendam dalam air garam beberapa minit dan goreng. *Pastikan kentang mencukupi untuk disusun berlapis2 menutupi seluruh permukaan bekas membakar yang akan anda gunakan). Kalau nak hiris biasa pun boleh.
~Bawang merah/besar/Holland (ikut banyak mana anda nak guna). Hiris2kan.
~Bawang Putih...saya guna 3-4 ulas.
~Cili Benggala (lebih cantik guna warna merah sbb bahan2 lain warna hijau...cili ni saya bakar dulu atas api untuk naikkan baunya kemudian potong kiub)
~Daging ayam cincang (minced chicken). Boleh juga guna minced beef, tp saya pilih ayam kerana beberapa sebab. 1) org berdarah A seperti saya x sesuai makan daging berwarna merah. 2) daging putih seperti ikan atau ayam lebih baik dr daging berwarna merah. 3) Rasanya jauh lebih lazat jika guna daging ayam. Saya pernah guna daging lembu tp rasanya kurang menyengat.
~Cendawan butang-hiris. cari jenama yang halal seperti REX.
~Carrot-potong kecil dan hiris.
~Celery-semalam saya xjumpa celery jd saya gantikan dgn daun sup kerana baunya hampir sama. Nampaknya lebih sedap guna daun sup..atau guna kedua2nya sekali...
~Leek-klu xkenal leek, sayur ni rupanya macam daun bawang tp bersaiz besar. Saja saya masukkan kebetulan ada dalam peti sejuk.
~Sos spaghetti-apa2 jenama pun boleh asal Halal. Saya guna Kimball yang ada Daun Selasih (Basil). Rasa basil ni menambah aroma herba.
~Daun Sup-dihiris sedikit kasar untuk dapatkan bau. Separuh digaul dengan base, separuh lagi utk ditabur di permukaan time dh nak masak)
~Cili Boh-1 sudu besar untuk 5-6 orang makan. Kalau lagi ramai, sila gandakan sendiri. Yang ni xde dlm resipi asal..saya tambah2 sendiri nakkan rasa cili sikit.
~Mintak zaitun utk menumis.
~Oregano-boleh dibeli di pasaraya dlm botol kecil cth jenama McCormicks.
~Parsley-lebih baik guna yg fresh dan dihiris. Klu xde, boleh juga guna yg dried dalam botol jenama McCormicks.
~Lada hitam-tumbuk
~Lada sulah
~Garam
~Kiub pati ayam-1 saja.

Bahan White Sauce:
~Mentega- dalam 2 sudu gitu.
~Tepung gandum-2-3 sudu
~Susu segar

Bahan Topping:
~Keju sama ada Cheddar / Mozarella. I prefer Cheddar yang diparut. 
~Sedikit garam
~Parsley
~Daun sup-pandai2 tambah

CARA MASAK:
-Masukkan minyak zaitun. Jangan lama sangat sbb olive oil cepat panas.
-Tumis cili boh sampai garing.
-Masukkan bawang merah dan bawang putih.
-Masukkan minced chicken...biarkan sedikit kering tapi jangan kering sangat..biar berair sikit2 sbb klu kering sangat jd xsedap dimakan.
-Masukkan garam, kiub pati ayam, oregano, lada hitam, lada sulah.
-Bila air agak kering, masukkan sayur2an cendawan, leek/celery, carrot, cili benggala, daun sup.
-Masukkan sos spaghetti dalam 1-2 sudu besar (agak2 meliputi semua bahan2 tadi...)
-Bila dah masak padamkan api dan pindahkan ke bekas kaserol utk dibakar nanti.
White sauce:
-Panaskan periuk dan masukkan1-2 sudu besar mentega.
-Kemudian masukkan susu segar dalam satu cawan gitu.
-Masukkan tepung gandum 1-2 sudu besar. (boleh adjust tambah mana2 bahan kalau kurang)
-Kacau2kan dengan senduk kayu sampai likat...
-perasakan dengan sedikit lada hitam
-Agak2 dah sebati dan agak pekat padamkan api dan tuang sebahagian ke atas bahan2 yang digoreng tadi.
-Simpan sebahagian lagi untuk dituang atas topping.

Topping:
~Susun secara berlapis2 kentang yang digoreng tadi macam ni...
Sepatutnya boleh lagi cantik...tp kentang saya xcukup jadi susun je asal boleh tutup bahagian bawah
~Kemudian taburkan keju meliputi seluruh permukaan kentang tadi.
~Taburkan parsley dan daun sup sikit.
~Taburkan sikit garam utk perasakan kentang tadi.
~Dah boleh taruk atas api / masuk oven.

Selamat Mencuba!!!


3 comments: