Entry ni sekadar nak mengucapkan tahniah kepada anakanda Wifaq yang dapat Academic Ecxellence Award 2012 semalam secara khusus. Entry semalam too general.
Sebenarnya semua kanak2 diberi macam-macam award kategori lain tapi yang utama pada mamanya ialah award yang ini. Yang terletak atas sekali dalam senarai dan yang paling awal naik ke atas stage walaupun nama Wifaq bermula dengan huruf W.
Ada kisah sedih masa mula2 Wifaq lahir dulu. Wifaq lahir bulan Disember (hujung tahun). Masa tu, ada sorang hamba Allah ni dia kata...anak-anak yang lahir bulan Disember ni slow dan lembab. Tak percaya nanti tengoklah bila Wifq besar...sebab dia kata anak dia yang lahir bulan Disember agak slow berbanding adik beradiknya yang lain.
Masa tu perasaan mama bercampur baur. Dahlah anak sulung, takde pengalaman. Tiba2 orang cakap macam tu.
Tapi, menjelang 6 tahun kelahiran Wifaq...terbukti dakwaan hamba Allah itu salah sama sekali.
Apa pun....tahniah Wifaq. Mama tak rasa kamu dapat semua ini sebab mama tapi sebab kamu sendiri yang kuat usaha. Semoga kamu terus berjaya dalam hidup.
Graduan cilik...the receiver of Academic Excellence Award 2012. |
The Award. Mak kau imagine benda lain....terbayang kat situ tulis: ACADEMIC EXCELLENCE AWARD FOR BIOCHEMISTRY ENGINEERING bla bla apa2 yang berkaitan...dah Wifaq nak sangat jadi saintis |
Mula-mula angan-angan. Lama-lama jadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment